***Roadshow GISB: Komen Orang Politik***

Salam ceria. Sepanjang 3 hari ke Ipoh dan Bt Hampar RSA layan naik Camry Syh Saadon. Terasa keselesaannya. Lebih seronok bila bahanapinya tersangat jimat. Dia pasang tong gas NGV di boot. Sekali isi, rasa anjang dalam RM10 lebih je, boleh jalan lebih 100km. Jimaaat tu… Tapi tak leh lawan harga di Saudi, minyak 1 liter 40 sen. Petrol Beb, bukan gas. Air mineral lebih mahal dari minyak. Gas ni yang buat ‘potong’ sikit, dia tak ‘pick up’ sangat. Bab jimat, memang jimat. Satu lagi, tak semua petrol pam ada gas, kena rancang perjalanan. Bab bahanapi memang ada cara nak jimat tapi…. TOL… Tarak jimat jimat… Sama saja. Mau jimat kalu, ikut jalan lama la.
Tapi tak selamanya dapat ber’camry’, balik BCH kena bawa WEG semula. Manual tetapi berjasa. Tak sangka di Seremban, ke hulu, ke hilir dengan Camry semula. Camry En Jalal kita. Hehe. Itulah kereta, keperluan hidup zaman moden. Umpama kuda di zaman baginda Rasul saw. Rasul dan sahabat hidup berjemaah. Kenderaan mereka, selalunya kuda la.
Telanjur bercakap tentang jemaah Rasulullah saw, mari kita tengok jemaah Rasulullah di akhir zaman. Apa orang kata tentang jemaah Rasulullah di akhir zaman? Jemaah Rasulullah saw di akhir zaman ni GISB la. Dah mengalami cubaan bunuh banyak kali tapi masih belum mati-mati. Nama berubah, tapi ciri asal tetap terpelihara. Iaitu: ‘zohirina ‘alal haq’. Bila kebenaran yang GISB bawa bukan slogan semata-mata, ia realiti yang boleh dilihat, dipegang maka ramai yang boleh terima. Lebih-lebih lagi bila RSA arahkan untuk mengadakan roadshow satu Malaysia dan Indonesia. Malah Singapura dan Thailand juga kena adakan roadshow, kita dapat lihat pelbagai reaksi Masyarakat.
Post kali ni anjang letak komen orang politik …. Selamat membaca:

Dalam Roadshow Saham Akhirat kedua di Seremban 2, Oleh kerana perasmi YB, Dato Hj Hashim Rusdi, Adun Kawasan Labu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar
Hal ehwal pengguna dan Kemudahan Awam
Kerajaan Negeri Sembilan tidak dapat hadir kerana dipanggil oleh TPM di KL, beliau diwakili oleh yang berbahagia En
Yusof Jaafar, Setiausaha UMNO Bahagian Rasah.
En Yusof bin Jaafar dalam ucapan perasmiannya yang penuh semangat berkata: “Apabila melawat ke booth-booth pameran dan gerai jualan, saya begitu teruja, terperanjat atas hasil-hasil usaha anak-anak Melayu. Mari kita beri tepukan kepada GISB. Semua usaha-usaha ini diterajui oleh anak-anak Melayu kita. GISB sudah meningkat, sebelum ni dengar nama sahaja, sekarang dah muncul di depan mata. Malah projek-projek GISB ada bukan sahaja di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara tetapi juga di Eropah. Kalahlah badan-badan korporat lain, tak boleh lawan GISB. Syabas setinggi-tinggi syabas dari saya dan mewakili UMNO kawasan Rasah. Saya kagum, semua jenis bisnes barang-barang makanan, minuman, dll tak ada yg tiada, malah perniagaan misteri pun ada. Katanya berseloroh merujuk kepada rawatan di booth ‘Rawatan Ikhwan’. Ini adalah satu kejayaan khususnya pada orang-orang Melayu…

Beliau juga sempat berkempen agar menyokong parti pemerintah dalam ucapannya bila berkata: ‘Jangan lupa kita hidup di bawah kerajaan yang aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhaiyuddin Yasin. Sama-samalah kita jaga agar keharmonian ini berkekalan.

Akhir kata-katanya beliau mengulangi ucapan tahniah kepada YKPPM dan GISB atas usaha mengadakan roadshow Jualan Amal lalu merasmikan Ekspo Jualan Barangan Halal untuk Saham Akhirat di hadapan lebih 300 orang hadirin.
Haa… Ini komen orang politik. Apa komen korang?
Jumpa lagi..

Pejabat Ajibah Enterprise, Seremban 2.
9.33am, Ogo 4, 2012

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s