***Puasa Si Pemburu Akhirat***

ImageSemua ibadah tanpa disertai roh adalah bangkai. Sedangkan ibadah adalah hadiah seorang hamba kepada Tuhannya. Allah tak pandang rupa paras lahir. Allah pandang hati dan roh. Begitu juga puasa. Puasa tanpa roh, hanya dapat lapar dahaga hasilnya. Allah tak beri pahala. Tuhan tak beri markah. Tak kan kita nak hadiahkan Allah bangkai. Nak hadiah pada manusia benda yang murah pun kita rasa bersalah. Inikan pula bangkai yang najis berulat. Tetapi itulah yang kita hadiahkan kepada Allah yang Maha Mulia. Si hamba yang maha hina menghadiahkan bangkai yang amat busuk kepada Tuhannya yang Maha Agung. Kemudian tidak rasa bersalah. Malah merasakan kita telah beribadah. Kita dah tunaikan tuntutan. Kita dah beramal. Kita telah berbuat, Alangkah biadapnya kita. Tak pandai berperasaan terhadap Tuhan. Sedangkan Tuhan mahu kita kekal rasa diri hina. Kekal rasa diri hamba yang lemah, berdosa, serba kekurangan. Rasa ibadah kita tak sempurna. Entah diterima atau tidak olehNya. 

Kita nak tiru Abuya Kita nak puasa seperti puasa Abuya. Puasa Abuya adalah puasa rasa. Rasa hamba. Membawa perasaan seorang hamba dan kekal berperasaan begitu. Abuya rasa semua ibadahnya sepanjang Ramadhan tak sah. Peliknya, semua ibadahnya sah, tapi Abuya rasakan ianya tak sah. Abuya terlalu rasa hamba

Rasa tak beri apa-apa pada Allah. Abuya rasa bersalah pada Tuhan. Sampai Abuya kata dalam nasyid : ‘Aku benci diriku…’ Untuk dapat puasa Abuya, kita kena dengar selalu nasyid ni…

Abuya rasa ibadahnya tak sah, Abuya rasa bersalah, rasa resah dan gelisah, rasa hilang bahagia. Abuya rasakan puasanya tak betul, tak layak diberi pada Allah. Sebab Abuya sangat kenal Allah. Abuya rasakan kualiti puasanya tak layak dengan keagungan Tuhan.

Hasilnya Abuya rasa takut sangat pada Allah. Setiap hari semakin kenal, faham dan takut Allah. Namun dalam masa yang sama, rasa sayang dan cinta padaNya sebab Allah selalu memberi harapan padanya. 

Ya Allah rezkikan kami puasa Abuya, puasa yang mampu melahirkan peribadi ‘Pemburu Akhirat’ yang kerananya Allah akan serahkan bumi ini padanya. Para sahabat kerana menjadi pemburu akhirat 3/4 dunia diIslamkan dan jadi milik Islam. Kita pula dijanjikan akan dapat Islamkan dunia seluruhnya di akhir zaman buat kali ke 2. Di bulan Ramadhan yang Allah muliakan, bulan untuk bertaqwa, puasa buatkan kita makin takut dan cinta pada Allah. Puasa di bulan Ramadhan akan membuatkan seseorg bertambah lagi rasa hamba. Sebab apa? Sebab puasa itu adalah suatu perintah Allah sepertu sembahyang. Seseorang bila melakukannya, hasil sembahyang orang akan rasa hamba. Tenggelam dalam kebesaran Allah. Begitulah hasil puasa dengan melaksanakan pengorbanan, tidak makan minum, mujahadatunafs dll, manusia merasa apa yang dipersembahkan tak sepatutnya dibuat begitu. Dia sepatutnya dalam keadaan membesarkan Allah. Tetapi apa yang berlaku, dia selalu lalai. Dalam puasa seseorg takut pada Allah. Tapi selesai puasa hamba terduduk dan berkata, ini sajalah yang mampu aku buat, rasa bersalah, rasa sangat hamba, rasa takut kerana apalah yang Allah nak buat dengan puasa ni?!. Sama seperti sembahyang, diterima atau tidak. Di humban ke muka seperti kain buruk atau dijunjung penuh kemuliaan. Ke syurga atau ke neraka? Rasa perasaan tidak sempurna, lemahnya, hinanya. Begitulah Abuya, dia rasa memberikan sesuatu yg tidak sah, tidak layak sedangkan Allah terlalu Mulia. Puasa Abuya yang hebat membentuk rasa hamba yang tinggi pada Abuya. Tapi dalam masa yang sama, Abuya rasa ianya tak sah. Itulah sumber rasa hamba.

Ada membaca Al Quran, orang baca dapat taqwa. Abuya rasa, dia baca dapat kelalaian. Rasa kurang ajar dgn Al Quran. Al Quran terlalu besar, hebat. Datang kepada Nabi yang agung. Tapi datang kepada Abuya, pada Abuya seperti kera dapat bunga. Tak pandai menghargai Al Quran. Begitu juga sembahyang tarawih, bila selesai sahaja, Abuya rasa tak betul, tak guna, tak sah. Gabungan seluruh rasa hamba dalam bulan Ramadhan akhirnya seorang hamba akan berteleku kerana terlalu takut dan cinta pada Tuhannya. Rasa diperhati dan diawasi. Hidup tidak lagi bebas dari penglihatan Allah. Rasa tak pernah sendirian, kerana rasa ada Allah, ada Rasul. Makin takut dan cintanya pada Allah melalui Ramadhannya. Itulah hatinya telah hijrah ke Akhirat, 

Perasaan itu menjadikan dia nak sangat berada bersama-sama dengan Allah dan orang-orang Allah. Sedangkan mereka semua dah berada di Akhirat. Berlakunya proses rasa hamba membawa kita ke Akhirat adalah kerana mursyid berperanan pada roh. Dia akan terbawa ke akhirat kerana semua yang ditakuti dan dirindui ada di Akhirat. Mari kita usaha sebelum sampai Akhirat kita dah mesra dengan Akhirat. Ramadhan ini kita cakap tentang puasa Abuya dan pemburu akhirat. 

Rasa ingin bertemu Tuhan dan orang-orang Tuhan. Rasa berkeinginannya nak bertemu Rasulullah tak putus-putus, sangat diidamkan, sangat nak segera mati agar dapat bertemu Rasulullah, kekasihnya. Agar dapat melihat Allah, kemuncak segala nikmat.

 

Lihatlah para Sahabat, cinta dan rindu mereka pada Rasulullah membuatkan mereka teringat akhirat. Sahabat menangis merindui akhirat. Menunggu hari kematian penuh rindu kerana ada yg menunggu di sana iaitu Rasulullah saw. Rasulullah sedang menunggu-nunggu mereka.

Kalau dipupuk hati ini, nanti akan rasa rindu dan menangis untuk ke sana, lebih dari tangiskan dunia. Pupuk ibadah, pakej, selawat kita nanti kita akan menangis rindukan akhirat. Nanti bila sampai, kita akan berkata: ‘Ruginya, kenapa baru sekarang sampai, kenapa tak dari lama lagi….

Nabi Muhammad menunggu kita di sana, dengan pakaian, rumah, makanan, kenderaan dll yang ‘ma la ainun roat, wala uzunun sami’at, wa la khotoro ‘ala qalbi basyar’. tak kan tak rindu? Sahabat menangis nak ke sana…

 

Ya Allah, jadikan kami Pemburu Akhirat. Berilah kami subsidi roh di akhir Ramadhan ini. Layakkan kami menjadi orangMu.

Amin…

 

Bilik belakang DNM, GISB Ipoh.

8.41am, Ogo 1, 2012

Advertisements

One thought on “***Puasa Si Pemburu Akhirat***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s