***Pak Bakar Langkawi dalam Kenangan***

.Salam ceria. Macam mana puasa korang hari ni? Moga ia semakin baik dari hari-hari sebelumnya. Begitu juga kualiti sembahyang kita, semoga Allah tingkatkan kerana sembahyanglah yang pertama-tama dikira. Tiang agama Islam. Alhamdulillah, Abuya didik kita dengan Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Antara ciri-cirinya ialah ia bersifat global. Tidak dipisahkan oleh sempadan geografi mahupun politik. Dalam GISB ada ahlinya orang Malaysia, Indonesia, Jordan dan Perancis. Tapi hari ini, islam-islam ‘sekular’ menghadkan ahlinya ikut negara dan sempadan politik, kerana matlamat dan cita-cita yang berbeza. Jemaah Islam sepatutnya mempunyai matlamat yang sama. Selaras dalam pemikiran dan tindakan. Kerana pemimpinnya sama.
Kesefahaman dan keselarasan adalah asas kekuatan GISB di bawah pimpinan Abuya. Setelah GISB Malaysia mengadakan roadshow di Segambut daripada 18hb Julai hingga 22hb Julai, GISB Indonesia pula memulakan roadshow dari 27-29 Julai 2012 bertempat di Kompleks Pusat Dakwah Islam, Bandung. Melihat gambar-gambar suasana roadshow di Bandung menambah kekuatan kawan-kawan di Malaysia untuk meneruskan roadshow berikutnya di Seremban 2, Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi, kesan roadshow pertama di Segambut masih belum berakhir dengan perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh Syh Habib Osman ini:
‘Kebesaran Allah dan jemaah kebenaran sangat teserlah di roadshow GISB di Segambut baru-baru ini menyebabkan seorang gadis Kristian berketurunan Iban dari Sarawak terbuka hati meninggalkan agamanya untuk memeluk Islam yang suci.
Pada malam akhir road show tersebut
Syh Habib Osman menjemput anak saudaranya datang ke roadshow kita di Segambut yang mana dia datang dengan kawan-kawannya. Salah seorang dari mereka adalah Satia Luban 25 tahun. Apabila melihat sendiri perkembangan Islam seluruh dunia yang digerakkan oleh RSA melalui jemaah GISB, Satia yang memang sudah ada minat terhadap agama Islam mendapat kekuatan untuk memeluk Islam. Rupa-rupanya momentum roadshow yang berakhir 22hb Julai lepas masih belum berakhir, setelah 3 hari berlalu, tepatnya pada 25hb Julai 2012, Satia menyerah diri kepada jemaah RSA untuk di Islamkan. Allahu Akbar!!!, RSA menang terhadap yahudi dan kristian dengan Islamnya Satia di tingkat 2 JPM dengan nama Islamnya Nur Aishah. Terima kasih RSA, moga-moga ia menambahkan kegigihan kami berjuang dengan keyakinan bahawa Islam tak akan kalah-kalah lagi.’
Moga-moga kebesaran RSA akan juga dapat dirasakan kepada kawan-kawan di Bandung dan dikongsikan bersama-sama seluruh dunia. Ya kita berkongsi segala-galanya, kegembiraan, kesedihan. Malam tadi juga kita dapat berita perginya Pak Bakar Langkawi yang sangat berjasa pada jemaah. Moga-moga rohnya dialu-alukan dalam perjalanan menuju Cinta Agung- Allah Robbul Jalil. Meninggal dunia dalam perjuangan menegakkan sistem Tuhan untuk menggantikan sistem yahudi yang sangat merosakkan manusia. Moga seluruh keluarga dan kawan-kawan meredhai pemergiannya. Al Fatihah. Berita gembira yang boleh dikongsi ialah Hummam At Tamimi sudah menjadi ayah, begitu juga Ayie anak Syh Hamdan Abu.
Tahniah kepada mereka. Moga zuriat-zuriat yang lahir di bulan yang penuh berkat ini akan menjadi penyambung perjuangan kebenaran yang mulia ini. Amin ya Allah.

Subang Permai
10.40am, Jul 28, 2012

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s