***Corat Coret Puasa di Syria***

ImageSalam ceria. Antara perasaan yang nak diaktifkan di bulan Ramadhan ialah belas kasihan, simpati dan prihatin kat orang lain. Moga-moga dengan perasaan begitu hati kita jadi lunak dan mudah memberi, bersedekah, korbankan hak, beri pada yang lebih memerlukan. Paling tak, kita doakan. Sebab bukan semua orang mampu memberi. Tetapi Rasulullah saw sangat menggalakkan, dalam satu hadis ada disebut: ‘Bersedekahlah walau hanya sebelah tamar.’ Menunjukkan ia sangat dituntut.

Bercakap tentang simpati kat orang ni, teringat anjang kat saudara seislam di Syria. Kalau di Iraq zaman Saddam Hussin memerintah, majoriti penduduknya Syiah, Presidennya Ahli Sunnah. Di Syria sebaliknya, majoriti penduduknya Ahli Sunnah, Presiden dan parti pemerintah Syiah Alawiah. Umum rakyatnya baik, anjang pengalaman tertinggal hp 2 kali dipulangkan semula. Satu kali di mat’am, sekali lagi dalam teksi. Ibu Min, tertinggal BB di Suq Hamidiyah, boleh dapat semula. Tapi, di Irbid, ibu Matun tertinggal BB di kedai, terus tak dapat-dapat. Tengok-tengok location dah sampai Jerusalem, Israel. Selamatttt BB Curve 9360…Mesti orang Palestin yang rembat. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ moga Allah gantikan yang lain.

Syria, walau penduduknya baik, mereka telah dirosakkan oleh pemimpin. Melihat wajah-wajah ketua-ketua keluarga di Damsyik, terasa ada keperitan hidup yang cuba mereka sembunyikan tetapi tetap kelihatan di garis-garis dan kerut wajah.

Kesian rakyat Syria, tertekan oleh sistem sosialis, oleh pemerintah kuku besi, oleh masalah ekonomi dan fahaman agama yang berbeza sedangkan di sana, Nabi Isa as bakal turun. “Syiah pandang kita ni lebih hina dari binatang, kalau mati, campak bagi anjing makan je…” Itulah kata-kata Qasim, seorang pelajar dari Iraq yang bapanya Ahli Sunnah dan ibunya Syiah. Apabila ditayangkan video kuliah Abuya: ‘Bahaya Syiah’ dan diterjemahkan serba sedikit, dia mengulas: “Syeikh Ashaari ni ulama besar. Ulama sebenar yang berani berterus terang tentang Syiah, apa yang beliau sebut semuanya benar.” Terasa macam baru sehari dua di Damsyik. Ramadhan tahun lepas duduk di homestay dekat Sahah Syamdin bersama Syh Azri dan Us Zul Mokhtar. Puasa musim panas yang hampir 18 jam. Kesian tengok Syh Azri, keluar masuk bilik, keluar masuk bilik, bukan kata Maghrib, Zuhur pun belum masuk. Pastu kami ‘paksa’ Syh Azri belajar makan malam dan sahur dengan buah jeruk zaitun yang pahit-pahit lemak. Tapi dia jenis menyahut cabaran, akhirnya dia minat dengan zaitun. 2 minggu Ramadhannya di Syria, sempat juga berbuka di rumah simpati Arab. Jenuh nak habiskan hidangan. Kena adjust talipinggang. Tahun ni, rezki Sy Azrilah berpuasa di Mekah sambil menyiapkan drama ‘Pemburu’ dengan barisan pelakon: Syh Rasidi Abdullah, Syh Anuar Perancis, Syh Pak M dan Syh Abd Rahman Said. Jangan lupa puasa di Syria dan keperitan hidup rakyatnya untuk kita doakan: 

((Dan dengan kuasa Mu itu binasakanlah orang-orang kafir harbi, orang-orang syiah, wahabi, orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah sangat-sangat menyakiti dan merosakkan agama Allah dan Rasul atas nama agama Islam.  

Tolong hancurkanlah musuh-musuh Mu itu Ya Allah. ))

Ok, jumpa lagi di coretan yang lain.

 

Bilik Rumah Syh Johari, BCH.

12.47 am, Jul 24, 2012

 

PM: Kedutaan Malaysia di Syria ditutup, pelajar diarah pulang

 

22 Julai 2012

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.

 

Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

 

“Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

 

“Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di sini malam tadi.

 

Semalam, Anifah dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera.

 

Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.

 

Anifah berkata, Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan.

   

Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

   

Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. – Bernama

.

Advertisements

One thought on “***Corat Coret Puasa di Syria***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s