***Hakikat Puasa***

.Salam ceria. Berkampung ramai-ramai begini mengingatkan suasana kuarantin ramai-ramai pada Tahun 2006 di Kajang dan Nilai. Macam-macam pengalaman ketika itu. Satu dunia Rufaqa berkumpul. Sabah, Sarawak, Indonesia, Thailand, Timur Tengah, Australia dan Eropah semua berkumpul. Tapi kali ni tak la seramai itu. Setelah 5 hari berkumpul, hari ini nampaknya hari terakhir roadshow ‘Saham Akhirat’ sebelum berpindah ke lokasi baru. Moga-moga Allah datangkan seramai-ramai pengunjung malam ni. Supaya Ramadhan terisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Setelah bertarawih dan tadarus dipenuhi pula dengan menonton show RH dengan nasyid-nasyid penyubur jiwa. Sementara menunggu program penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan bantuan, mari kita mengulang kaji minda Abuya tentang puasa. Ia seperti baru di ucapkan semalam. Indahnya bermursyidkan Abuya. Penuh rahmat Tuhan. Dapat ilmu, hikmah, kawan, pengalaman, pengajaran… Ya Allah! Ubatilah rindu kami. 

 

Hakikat Puasa

Orang yang serius dengan agama, faham dengan ilmu, setiap masa sentiasa dapat baiki diri. Walaupun di bulan-bulan lain tidak ada ibadah puasa dan tarawih tapi dalam Islam ini banyak amalan. Oleh kerana kita tak serius dengan agama, maka atas kasih sayang Tuhan jadikan dari 12 bulan, 1 bulan untuk serius dengan amalan-amalan yang tak ada di bulan lain. Puasa, tarawih tiada di bulan lain. Tapi kalau orang memang benar-benar beragama, sama saja ibadahnya antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Sehingga bila masuk bulan ramadhan ini, mereka merasa mendapat durian runtuh. Artinya mendapat bonus yang besar dari Tuhan.

Kita orang Islam ini, cuba kita ingat balik dari waktu kita baligh, waktu itu kita belajar juga tentang puasa dan hukum hakam. Sampai sekarang pun kalau kita mengaji tentang puasa masih tentang perkara yang sama, cerita yang sama. Yang saya maksudkan, kalau kita masuk sekolah, tahun pertama darjah satu, tahun kedua darjah satu, sampai sepuluh tahun pun darjah satu. Begitu ke? Sepatutnya kalau 10 tahun, darjah 10. Jadi sebenarnya dalam sistem biasa, kalau 10 tahun, kita darjah 10. Tapi mengaji Islam di masjid, bertahun-tahun pun hanya dari itu ke itu saja. Peringkat awal mengaji yang asas, tahun-tahun berikutnya mengapa masih cerita yang sama.

Yang sebenarnya sejak kejatuhan Islam 700 tahun lalu, bukan saja kuasa yang jatuh, tapi ilmu dan cara belajar pun, jatuh sejatuhnya. Jadi tak pernahlah kita belajar bab-bab dalam Islam itu sampai siap. Sekalipun tentang rukun iman dan Islam, tak pernah habis mengaji. Macam kita belajar sifat 20. Yang asas itu hanya untuk bezakan antara orang kafir dan Islam. Itu baru darjah satu. Mana cukup. Ia ada darjah 2, darjah 3. Bila sampai peringkat tinggi barulah akal kita akan jumpa tentang rasa hamba dan rasa bertuhan. Macamana yang dikatakan Tuhan itu berkuasa sampai kita hayati. Begitulah ilmu Islam yang selanjutnya. 

Artinya macamana kita nak faham puasa. Kita mengaji tentang puasa, asyik mengaji darjah satu saja. Mana kita nak tahu yang seni-seni. Sebab itu banyak kali belajar hal puasa, tahu yang itu sahaja yakni puasa itu menahan diri, tak makan, tak minum. Itu puasa darjah satu. Takrif puasa yang itu sekadar untuk tidak batal syarat rukun. Kalau sekadar itu, macam buat bangunan, ada atap, ada dinding ada tiang cukup. Kalau kita buat rumah besar, tapi hanya ada atap, dinding dan tiang. Kita ajak keluarga pindah tentu tak jadi pindah. Maksudnya kalau puasa itu sekadar mempertahankan syarat rukun, tak ada erti apa-apa. Sekadarkan tak lari dari nama puasa. Macam rumah tadi tetap dipanggil rumah sekalipun banyak kekurangan. Bagitu juga puasa, bila seorag yang tidak makan, tak minum, tak bersama isteri di siang hari, itu tetap dinamakan puasa. Puasa itu ada takrif yang kedua yang merupakan intipati, ada ubat yang berdiri atas tapak takrif yang pertama tadi. Takrif yang kedua, menahan diri dari perasaan yang negatif, dari nafsu berkehendak yang negatif, menahan akalnya dari berfikir yang negatif. Bila digabungkan, baru cantik puasa itu. Pernah ke kita diajar demikian? Kalau kita belajar sains, kalau hari pertama belajar bab katak, nyamuk. Tahun kedua itu juga, tahun 4 begitu juga, boleh ke buat kapal terbang atau jadi pakar sains. Islam lebih dalam ilmunya tetapi mengapa asyik belajar yang darjah satu. Akhirnya puasa jadi kebudayaan dan jadi pesta makan minum.  

Yang sebenarnya, kalau dilihat puasa Rasulullah dan sahabat, buka puasa ringkas saja. Makan tamar dan minum air segelas terus sembahyang. Kita tak larat sebab tak pernah diproses begitu. Kalau dari kecil dididik, ia jadi tabiat. Zaman Rasulullah tidak ada bazar Ramadhan. 

Sebab kita pertahankan takrif puasa pertama, Rasulullah kata orang itu hanya dapat lapar dahaga. Manakala mengikut takrif kedua, kita nak pertahankan pahala, pada roh. Kalau yang pertama, supaya tidak batalkan syarat rukun, yang kedua supaya tidak membatalkan pahala. Di sini baru kita faham, pahala itu diletakkan di atas takrif kedua. Mengapa? Tarif kedua itu kalau kita hayati, ia buang mazmumah. Munasabah dapat pahala sebab kita telah membaiki diri. Takrif kedua ialah menahan diri dari berperasaan yang negatif, buang hasad dengki, marah, cinta dunia, rasa dendam, tak mahu maafkan orang, semua dibuang. Itu hakikat puasa sebenar. Rangsangan nafsu itu ditahan. Kita rasa nak bertindak balas ke atas orang yang kita benci, tetapi kita tahan. Nak melihat benda yang negatif, kita tahan. Tahan dari berfikir yang negatif.

Puasa yang dihayati akan menjadi pendorong / pemangkin mujahadah melawan hawa nafsu kerana puasa itu akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, rasa timbang rasa, rasa lemah dan rasa hamba seorang hamba Allah. Orang yang berpuasa dapat menangisi golongan susah dan miskin. Orang miskin terus lapar tanpa tahu pasti bila waktu berbuka.  Buruh-buruh terus letih sampai bila-bila tanpa tahu bila sebenarnya mereka boleh rehat dan holiday. Bilamana rasa-rasa itu menguasai diri seseorang pasti akan membunuh nafsu-nafsu yang suka kepada kejahatan dan melanggar perintah Tuhan seperti rasa tamak dan sombong orang kaya terhadap orang miskin.

Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Kemenangan seseorang terhadap musuh utama dalam hidupnya iaitu  nafsu dan syaitan. Sembahyang itu adalah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kekayaan manusia paling utama. Yakni sembahyang dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang menjadikan manusia paling berguna pada manusia yang lain. Kalau  bukan sembahyang apakah langkah lain untuk manusia memperolehi modal-modal hidup rohaniah yang amat diperlukan itu?

Baca Quran yang dijiwai sesungguhnya akan menemukan khabar gembira, ada amaran, suri teladan, kesedaran dan keinsafan . Pemikiran yang agung, global dan praktikal hanya dan hanya oleh Al Quran. Membacanya di bulan Ramadhan, ertinya membangunkan suatu pemangkin yang cukup kuat untuk mengalahkan nafsu dan pengaruh syaitan dalam diri manusia. Bila nafsu kehaiwanan dapat dikalahkan, manusia akan mendapatkan kemanusiaannya semula. Masyarakat kita akan berwibawa semula! Ibadah tambahan lainnya akan jadi ringan untuk dilaksanakan dan akan membuahkan akhlak yang luar biasa.

Allah SWT memerintahkan puasa Ramadhan adalah semata-mata untuk bertaqwa kepadaNya. Yakni dengan melakukan overhaul dan baik pulih kepada jiwa, fikiran dan fizikal. Secara umum hanya sedikit manusia yang berjaya tapi ramai yang gagal. Sepatutnya bila tiba sahaja bulan Syawal yakni penutup Ramadhan, ramailah orang yang bersedih kerana tidak lulus periksa. Sedih sebab sombongnya masih di size XL . Pemarahnya tak kurang-kurang, kedekut menjadi-jadi, hasad dengki terus bermaharajalela, gila dunia, buruk sangka, berbangga diri, salah guna kuasa, dendam, lalai dengan Allah, cuai dengan sunnah dan lain-lain terus merajai hati. Ertinya dia akan terus menderhakai Allah dengan segala perangai buruknya. Adil Fitri tidak ada apa-apa erti baginya kerana markahnya kosong atau minus. Puasa tidak mampu membakar atau mencabut semua itu. Sedihnya hati, kemanusiaan punah, nafsu beraja di hati, di fikiran dan fizikal. Hari Aidupil Fitri yang bermaksud hari mengembalikan perasaan-perasaan yang suci murni, hanyalah untuk orang-orang yang berjaya di bulan Ramadhan. (Adalah menjadi satu kesalahan besar mentafsirkan Adil Fitri sebagai Hari Raya) kerana ia sebenarnya bermaksud hari mengembalikan manusia kepada fitrah murninya atau kemanusiaannya. Bagi orang-orang yang gagal mengembalikan fitrah sucinya di bulan Ramadhan, Syawal baginya menambah jahat hatinya. Hikmah Ramadhan musnah sama sekali. Macam orang sakit tersalah makan ubat, akibatnya bukannya sembuh tapi sakit bertambah. Ubat itu mendatangkan penyakit lagi.

Terima kasih Abuya, moga kami direzkikan ‘puasa Abuya’.

Ok, jumpa lagi.

 

Bilik Lantai 3, Suq Ikhwan Segambut.

4.43pm, Jul 22, 2012ImageImage

Advertisements

5 thoughts on “***Hakikat Puasa***

  1. Salam rindu … Tidak pernah terjadi orang berkempen tentang puasa kerana fitrah tidak seronok menerimanya. Tetapi kalau yang seronok bagi fitrah, maka ulama, pemimpin, orang cerdik pandai, orang besar malah orang kampung ikut berkempen tentangnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s