***Puasa Abuya***

Image.Salam ceria. Sementara menunggu kawan datang ambil untuk ke Segambut, anjang nak ajak kita semua lihat panduan puasa orang yang kita rindui, Abuya Sohibuz Zaman. Macam mana puasa Abuya ye? Esok Puasa, entah untuk kali ke berapa anjang bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini. Korang pun macam tu kan? Ada yang dah 10 kali berpuasa Ramadhan, ada yang dah 20 kali. Ada yang lebih dari itu. Tapi tak tau la, puasa kita itu, rasanya macam tidak memberi kesan yang sepatutnya pada jiwa. Belum jadi orang bertakwa lagi. Sedangkan tujuan berpuasa adalah untuk menjadi orang bertakwa. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”

Apa yang tak kena dengan puasa kita ni? Abuya berpuasa dapat sifat takwa, kita berpuasa khasnya anjang ni, tapi kita tetap kita. Belum lagi bertakwa. Mari kita renungi bagaimana puasa Abuya. 

 

PUASA ABUYA

1. Sedih kerana merasa gagal melakukan yang terbaik untuk Ramadhan.

Ya, perasaan Abuya sedih ketika menyambut kedatangan Ramadhan lagi. Cuba korang dengar nasyid ‘Bimbang Ramadhan’. Tak pasti anjang titlenya, betul atau tak. Tapi ianya perasaan mursyid, yang ingin kita tiru. Meniru yang lahir senang. Setakat tiru mursyid berserban jubah, malah bercelak dan spek bertali, masih mudah. Tapi nak tiru perasaan mursyid … Sedih dengan kedatangan Ramadhan kerana tak menyambut dengan selayaknya, bukan mudah. Tapi untuk kali ini kita kena usaha dapatkannya. Janganlah silap berperasaan, sibukkan perasaan kita dengan bazar Ramadhan, show di hotel, lebih-lebih lagi sibukkan dengan persiapan raya. 

 

2. Memburu keberkatan Ramadhan dengan bertaubat, dan menebus dosa di bulan pengampunan.

Dikesempatan ini, anjang nak mohon ampun maaf daripada semua pembaca blog anjangmuor atas segala salah silap anjang dan keluarga terhadap tuan/puan dan korang semua ye. Moga dengan kemaafan semua, Allah terima puasa kita. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku…untuk jadi orang yang tidak berdosa, tak mungkin. Tapi Allah sebut: “Sesungguhnya Allah sayangkan orang-orang yang sentiasa bertaubat.” Jadikanlah kami sentiasa bertaubat seperti Abuya tercinta. Istiqamahkan kami menebus dosa dengan amalan-amalan yang mulia kerana ia menghapuskan dosa-dosa. “Wattabi’ saiyiaatil hasanat tamhuha.”

 

3. Membanyakkan doa di bulan di kabulkan doa.

Kebetulan kita dapat banyak doa-doa baru iaitu terjemahan doa bersama bahasa roh yang dipimpin. Apakata kita perbanyakkannya dan menghafaznya? 

Doa yang difahami lebih dapat dihayati dari semata-mata hafalan dari buku doa.

 

4. Menunggu Lailatul Qadar dan membanyakkan baca Quran selain daripada pakej ibadah yang biasa.

Abuya menunggu-nunggu Lailatul Qadar malah keluar dalam sajak-sajak Abuya. Dinukilkan bait-bait rindu Abuya pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu. Mari kita pasang niat dari sekarang, moga tahun ini kita dianugerahkan Lailatul Qadar. Amin ya Robb!!

 

5. Ramadhan ialah syaitan sifar maka mujahadah dengan nafsu untuk tarawih dan tahajud dan witir.

Ya, banyak-banyak kita ingat dan yakin syaitan telah dirantai. Kita hanya berhadapan dengan diri (nafs) kita sendiri. Kita berlawan dengan nafsu kita sendiri. Kalau kalah berperang dengan musuh lahir, syahid… Masuk syurga tanpa hisab. Tapi kalau kalah musuh batin, iaitu nafsu, nerakalah tempat kembali kita. Sebab itu Abuya sangat titik beratkan soal mujahadah. Rasa malas nak tarawih? Mujahadah! Lawan! Jangan menyerah. Tepis lintasan. Begitulah bila datang malas solat tahajjud, hajat, witir. Kena mujahadah. Kalau malas mujahadah, tak dopek den nolongnya…    

6. Tarawih 

Macam-macam pendapat tentang rakaat solat tarawih. Memang ia ikhtilaf yang dibenarkan dalam Islam. Tetapi di dalam satu jemaah perjuangan, alangkah baiknya kalau dapat diselaraskan. Abuya biasa buat 20 rakaat. Tapi bila ada program perjuangan biasanya Abuya ajar kita buat 8, masa tahajjud cukupkan 20 rakaat. Tahun ini kita di GISB di selaraskan untuk malam Isnin dan Jumaat 20 rakaat, Malam-malam lain 8 rakaat. Seeloknya tambah ketika tahajjud untuk cukupkan 20 rakaat. Witir di kemudiankan selepas tahajjud. Ya Allah, terimalah amalan kami.

 

7. Baca Quran : 

i. Lepas Sembahyang Wajib. 

Anjang lihat begitulah yang Abuya buat di bulan Ramadhan, selepas solat zuhur dan Asar jama’ taqdim, usai berwirid, Abuya akan mengambil mushaf Al Quran lalu membacanya. Ketika itu anjang berkhidmat menjadi Imam di rumah Abuya di BCH. Lepas Zuhur eloknya kita baca Al Quran beserta terjemahan. Agar dapat lebih penghayatan.

ii. Lepas Tarawih sementara tunggu makan.

Selepas tarawih selalunya kita baca secara tadarus. Tadarus itu ialah seorang membaca, yang lain menyemaknya. Jika salah, dibetulkan fawran/on the spot. Maklumlah manusia tentu tersalah silap. Kadang-kadang barisnya, madnya, dengungnya. Ia adalah sunnah. Rasulullah saw dahulu bertadarus dengan malaikat Jibril as. Kita bertadaruslah dengan kawan-kawan. Seeloknya ada seorang yang lebih mahir mengetuainya. 

 

8. Berbuka 

Biasanya Abuya berbuka ringan saja. Selalunya dengan tamar dan air. Samada jus buah-buahan atau minuman panas. Serta sedikit kuih muih. Paling berat pun hanya ada bubur atau manisan seperti pengat dll. Selepas tarawih barulah hidangan berat disediakan. Mari ikut Abuya 100%.

 

9. Banyakkan sedekah dan khidmat.

Abuya kalau bersedekah tak ikut bulan, sentiasa. Tetapi di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi. Kalau di Labuan, kita biasa dengar Abuya bayarkan harga ikan orang ramai berbelanja. Mana ada orang buat, orang lain belanja, ada yang bayarkan. Kalau makan di restoran, biasa Abuya bayar untuk semua pelanggan. Mari kita banyakkan bersedekah dan berkhidmat. Bantulah kami ya Allah untuk memperbanyakkan sedekah dan khidmat.

 

10. Iktikaf dan memikir-mikirkan kematian dan perjuangan apa lagi untuk memaksimumkan usaha-usaha takwa sebagai bekal terbaik untuk kehidupan akhirat.

Ya, kematian boleh datang bila-bila. Mungkin ini adalah Ramadhan kita yang terakhir, siapa tahu? Mari kita perbanyakkan usaha takwa. Ia adalah sebaik-baik bekalan dunia akhirat. Itulah didikan Abuya pada kita. Itulah Madrasah Ramadhaniah yang sebenarnya. Puasa untuk mendapatkan sifat takwa. 

Sekian, jumpa lagi.

 

Depan Pentas Roadshow Pelancaran Saham Akhirat.

6.56pm, Jul 21, 2012

Anjangmuor.worpress.com

Advertisements

2 thoughts on “***Puasa Abuya***

  1. Dapat dlm loghat n9 ialah dapek yo ..bkn dopek. Manokalo satu lg yg sering org tersilap sobut ialah perkataan cepat disobut copek bkn copat atau copet..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s