***Saham Akhirat di Ambang Ramadhan*** 

ImageImage.Salam ceria. Korang kat mana? Mai la joint program besar-besaran GISB di Segambut. Moga-moga yang besar tu roh program. Yang zahir tu pun besar, sebab melanggar macam-macam undang-undang logik akal yang dibangga-banggakan dunia hari ni. Mana ada org rancang dan mula siapkan program besar hanya 2 hari. Tanpa meeting yang memeningkan dengan asap rokok berkepul-kepul, memerah fikiran konon. Tanpa bincangkan bajet yang penuh pro dan kontra. Tanpa ice breaking dan ntah apa2. Buat kerana yakin dengan sistem Tuhan akan menggantikan sistem akal dan nafsu. Buat kerana nak cuba taat setaat-taatnya. Terima kasih RSA kerana tunjukkan kebesaran mereka.

Magrib 2 hari lepas Syh Hafiz masuk musolla GISB Segambut, bawa surat dari DBKL sambil sebut: ‘Pegawai tu kata, orang nak buat program macam ni, buat permohonan 2 minggu sebelum program. Kalau 2 hari macam ni. Susah nak dapat. Rasanya tak dapat.’ Susahlah kalau tak dapat permit sebab khemah dan stage tak boleh pasang lagi. Tapi dalam hati tak terlintas langsung program ni akan dihalang. Sekarang masa yang dijanjikan, Islam tak akan kalah-kalah lagi. ‘Tapi peliknya, dia kata tak boleh, tapi dia sain/sign dan suruh teruskan urusan. Dapat surat sementara untuk urusan permit ke Balai Polis. Ertinya insyaAllah boleh.

Masa yang ditunggu tiba, mesej gembira dikongsi bersama: 

Salam,ybm sy,baru sekejap td selesai interview dgn L/kpl Ismail. Ditanya detail ttg event/ekspo. Di akhirnya, dia bgtahu tdk ada apa masalah, dn boleh teruskan. Dia bg hp no dia jg jk ada apa2 masalah timbul.Atk

Pendek cerita, pagi tadi anjang dah berjalan dari hujung ke hujung parking lot di depan tepi Suq Ikhwan Segambut telah didirikan 20 khemah 20’x20′. Enam darinya Arabiyan tent. Pastu tak cukup, tambah 3 khemah lagi. Satu stage bersaiz 30′ x 20′ untuk show setiap malam selama 3 malam. Dengan lighting dan sound sistemnya. Vip boleh menonton persembahan dari kafe Ikhwan di anjung (baca betul-betul… Bukan anjang hehehe) bangunan Suq Ikhwan yang sangat strategik ini. Deretan panjang kereta yang berhenti di lampu isyarat malah sebelum sampai ke persimpangan, pemandu dan penumpangnya akan melihat 8 gugusan belon dengan 8 warna menjulang di udara. Sangat menarik perhatian.

6 khemah untuk pameran. Dapatkan makanan fikiran dan roh di sini. 

14 khemah adalah booth yang diperuntukkan kepada rumah-rumah amal yang dinaungi GISB menjual produk-produk halal mereka. Dari makanan sejuk beku, kek lapis Sarawak, roti Ikhwan, Ayam Rangup Ikhwan, air rozel, air tapis Ikhwan, cili sos ikhwan, sos tiram dll hinggalah ke minyak wangi dan herba kesihatan lelaki, semua ada.

Mari-mari… Jangan percaya apa anjang cakap, datang sini la!!! Tengok sendiri. Show ada, makanan fikiran dan roh ada, nak membeli sambil beramal pun ada…

Orang-orang Cina dan India pun dah datang tanpa prejudis. 

GISB nak berkasih sayang dengan seluruh lapisan masyarakat. Lagipun kita di ambang Ramadhan yang penuh berkat. Percayalah, kita perlu Allah, Rasul dan pemimpin dari Tuhan, untuk membangunkan segala kemajuan yang berteraskan rasa takut dan cinta Allah. Tanpa bantuan mereka, kemajuan hanya akan memisah-misahkan manusia mengikut kaya miskin, berpangkat tidak, pandai dan bodoh. Maka terbiarlah masyarakat tanpa pembelaan. Makanan ‘halal’ kita pun orang kafir yang buat.

Ya Allah, muliakan para Ikhwan dengan berjuang, hidup, mati hanya untuk dan kerana Allah.

Aminnnn.

Jumpa lagi.

 

Musolla GISB Segambut.

3.29pm, Jul 18, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

5 thoughts on “***Saham Akhirat di Ambang Ramadhan*** 

  1. Pemimpin yg dilantik atas dasar Takwa pembelanya adalah Tuhan. Mendahului apa saje krn Tuhan bsamenye. Atas karamahnye itulah mereke yg sblm ini perokok tegar, malah sgt teruk, mampu mbuang tabiat itu ibarat mbuang sampah yg begitu mudah. Krn bsame dgn org yg Tuhan ‘pandang’ tempias berkat lambat laun akn terkene jg. Ketika itu, kelihatanlh yg kehidupan ini byk skop2 yg jelas nyata n lbh bmakne krn Tuhan itu dijadikan ‘modal’. Kehidupan bkn hanye, skola rendah, menengah, universiti (jika dpt. Jike tidak, tkial kial) kerja, bkeluarge (jika ade duit, jike x, smpai kesudah lyn biru kt hp) mengundi dll.. Kehidupan ini tidak blh lbh besar dr Tuhan. Marilah kite berusaha.. Hidup msti dipimpin. Kalau pemimpinnye takut Tuhan, lain carenye. Kalau pemimpinye melayakkan diri, lain jg carenye..

  2. Kerja orang bertaqwa tak sama dan jauh bezanya dengan orang lain yang merasa berbuat … semoga berjumpa di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s