***Dr Zaidi dalam kenangan***

ImageSalam ceria. Maha Suci Tuhan yang menjadikan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Dunia pasangannya akhirat, syurga/neraka, malam/siang, gelap/terang, panas/sejuk, hitam/putih, lelaki/perempuan, sakit/sehat… Begitu juga hidup/mati. Kematian adalah pasangan kepada kehidupan. Atau boleh juga disebut mati lawan kepada hidup. Allah berfirman: “(Dia) yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” 

Kata Abuya, Tuhan dahulukan dalam ayat ini, menyebut kematian baru kehidupan walhal realitinya kita berhadapan dengan kehidupan dahulu baru kematian. Ini menunjukkan, kata Abuya, kematian adalah lebih penting dan utama difikirkan dibandingkan dengan kehidupan. Persiapan menghadapi kematian lebih tinggi prioritinya dari persiapan untuk kehidupan. Rasulullah saw juga bersabda: ‘Manusia yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati kematian.’

Ya Allah! Ingatkan kami detik-detik kematian kami. Hadiahkan kami ‘mati syahid’ atau mati sebagai orangMu. Kematian adalah sangat pasti. Bak kata Syh Tashmidin berfalsafah: ‘Ia lebih pasti dari datangnya hari esok’.

Tapi kita semua manusia. Anjang manusia. Para pembaca semua manusia, mudah lupa. Baru-baru ini kita kehilangan Sy Cikgu Asri. Ramai yang berkata, ‘ana baru je berbual-bual dengannya’, ‘ana baru berjalan-jalan dengan dia.’ ‘Tiga hari lepas, baru je makan-makan dengannya…’ Dll… Tiba-tiba dah pergi. Memang begitulah sifat kematian. Masanya tak diketahui sesiapa. Hanya Allah yang mengetahuinya. Ia pasti berlaku tetapi dirahsiakan detiknya. Kecuali sesiapa yang Allah kehendaki.

Baru-baru ini Syh Hasan Mohd Zin bbm anjang memberitahu Dr Zaidi sudah meninggal dunia di Syria. Macam biasalah anjang… Terperanjat. Kesian Dr Zaidi, mati sendirian. Serangan jantung. Ketika itu juga terbayang segala zikrayat/kenangan bersama beliau di Damascus.

Berkenalan dengan Dr Zaidi umpama menyelami satu pengalaman kehidupan yang panjang dengan pelbagai warna. Manis, pahit, sedih, gembira, cemas, mesra, bimbang dan lain-lain. Bila pengalaman hidup berbeza, dapat berbual dan berkongsi cerita, hidup lebih ceria.

Anjang orang kampung. Anak penoreh getah. Dari kecil persekitaran kampung je la. pancing ikan di Sg Terap, lastik burung di kebun sawit Dato’ Osman Saat, mandi parit besar. Bila masuk Arqam banyak dapat pengalaman baru. Dr Zaidi pula anak angkat Sultan Terengganu. Adik angkat kepada YM Sultan Mizan. Masa kecil banyak di istana. Antara tugasnya di istana ialah menyiapkan sejadah dan bersihkan ruang solat. Bila nak masuk waktu, Sultan akan bertanya di mana Zaidi. Sebab itulah bila bergaul dengan remaja Abuya di Damsyiq, Syria, Dr Zaidi terkenang zaman kecilnya yang menjaga solat di awal waktu, seperti yang remaja Abuya lakukan.

Kemudian beliau berlajar lama di luar negara. Kalau tak silap anjang di US. Mengikut pengakuannya, hidup di negara orang kafir terlalu bebas. Tiada siapa mengawal. Sebab itu Abuya, kalau hantar pelajar keluar negara, mesti ada muraqib sekali. Mesti ada pemimpin mengawal, memimpin dan mendidik. Di Mesir semasa anjang di sana, pernah Syh Nizam yang jaga. Begitu juga Syh Johari Morad. Di Jordan, Syh Farul dan Us Ramadhan. A pelopor pendidikan Islam sebenar. Pelajar-pelajar yang dihantar, mesti ada pemimpin yang tinggal sekali menggantikan tugas ibu bapa mereka malah lebih dari itu.  

Dr Zaidi pernah berkerja di Amerika Selatan, rasanya Brazil, berumah tangga dengan wanita Italy, mempunyai seorang anak perempuan. Kemudian berpisah. Pernah mengajar di Jordan. Akhirnya kebebasan di luar negara menyebabkan dia terasa kekosongan. Ingin mencari pengisian hidup yang sebenarnya. Pernah ke Kg Terbilang (Pochan). Pernah juga mendapat rawatan dengan perawat-perawat Abuya. Kerana istana Terengganu pun bukan asing bagi orang Ikhwan. Akhirnya ke Syria membawa diri.

Aku kesian dengan Dr Zaidi, berkawan dengan Ghias, anak muda warga Syria yang teruji dengan kehidupan keluarganya. Dua tempat yang selalu anjang berjumpa Dr Zaidi, samada di CC atau di Mat’am Abuya di Abu Nur (Mat’am Sehah). Tapi yang paling kerap tentulah di mat’am. Anjang rasa setiap hari Dr Zaidi makan di mat’am. Pelanggan tetap. 

Di sinilah Dr Zaidi akui dapat ketenangan. Malah dia kempen kawan-kawannya, kalau nak berbincang apa-apa, mat’am Abuyalah yang paling sesuai. Berkawan dengan remaja Ikhwan, Mujahid, Khunais, Hazim, Nizam, Faah, Aufa, Khubaib dan lain-lain. Rapat dengan remaja-remaja hinggakan pernah di harijadi Mujahid Dr hadiahkan sebijik kek yang besar. Harga seribu lebih. Mahal tu. Tapi 1000 Lera la. Hehe. Macam-macam idea yang dikongsikan untuk mat’am. Dua pasang chop stick di mat’am tu biasanya dia dan Ghias yang gunakan. Dengan berchop stick, wajah lelaki berbangsa China yang sangat jelas pada rupanya, mungkin tak ramai orang Syria percaya dia orang Malaysia.

Ujian pun banyak kali, kena samun sekali, pecah rumah 2 kali. Tapi Dr Zaidi masih tak meninggalkan Syria yang dah huru hara. Dia sedih bila kawan-kawan Ikwhan berpindah ke Syria tapi anjang pun tak tau sebab apa dia belum keluar dari negara yang sudah tidak aman itu. Rupa-rupanya, ada perancangan Tuhan di sana. Firman Allah bererti: ‘Seseorang tidak tahu apa yang akan dia lakukan esok dan di tanah mana dia akan mati’ 

Moga Allah terima roh Dr Zaidi, dialu-alukan Allah dan seluruh penduduk langit. Selamat dari azab-Nya. 

Selamat menyambut Ramadhan,

Ampun maaf dari anjang sekeluarga.

 

Dewan Segambut, dlm Lexus dan Bilik A, BCH.

10.05pm, Jul 15, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Advertisements

10 thoughts on “***Dr Zaidi dalam kenangan***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun,Wa Inna Ila Rabbina La Munkalibun.Al Fatihah kepada Dr Zaidi.Semoga Allah curahkan rahmat Nya kepada beliau & tempatkan beliau disisi Nya.Amin.Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Mohon Maaf dari ana.

  2. Ya Dr.Zaidi baik orangnya…Sy sngt bersyukur mempunyai pensyarah seperti dia..dan sy berterima kasih kpd dia, dgn bantuan dan sokongan dia sy berjaya melayakkan diri dalam kursus Architecture di tahun 1,USM..selepas dia meninggallan kami di USM,sy xdengar berita dari dia..kini dah 9thn berlalu..dan sy dikejutkan dgn berita ini..Semoga rohnya dicucuri Allah..:)

    • Alhamdulillah, moga berjaya dalam bidang yang dipilih. Dia anak angkat sultan tapi tak mau hidup cara istana. Sangat prihatin dan suka membantu. Pernah menjadi pensyarah di Jordan tetapi diuji Allah dengan penganiyaan bila gajinya tak dibayar. Maka dia protes ‘lari’ dari universiti sdgkan ada perjanjian. Masuk ke Syria, namanya black list pula utk masuk ke Jordan. Ketika krisis di Syria, urusan bank semua dibekukan. Nak keluar duit kena ke Jordan/Lubnan/Turki. Tapi jalan darat yang aman hanya Jordan. Kesian Dr, saya rasa dia juga kekurangan wang. Moga Allah terima rohnya. Amin

  3. RIP Dr. Zaidi… thanks for all your help that you have done for me… we will never forget you… god love you more and wants to keep you with him… thats why you left us so soon…

  4. Dr. Zaidi….yg saya kenal….sgt stylo……orgnya ceria,peramah,riuh, dan selalu happy………ingat lagi semasa saya mula2 masuk kelas semasa di HBP,USM Penang………..dialah antara pensyarah yg pertama yang saya kenal……….semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya……Amin…..

  5. Semoga Allah mencucuri roh dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..Terima kasih atas segala ilmu pengetahuan yang telah diberikan ,sentiasa dipegang sehingga ke hari ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s