Aku menangis wahai Tuhan

Aku menangis wahai Tuhan

Kernaku belum redha dengan takdirMu

Aku menangis wahai Tuhan

Kernaku belum dapat bergembira

Dengan kegembiraan orang lain

 

Aku menangis wahai Tuhan

Kernaku belum dapat mengutamakan akhirat

Demikian tidak sucinya hatiku

Lalu aku menangis selalu

Kerna sakitnya hatiku

Kerna terasa beratnya beban ku ini

 

Mengapa kau menguji begini Tuhan

Apakah maksudMu itu

Apakah sebagai pengampunan dosa

Peningkatan darjat atau kutukan penghinaan

 

Tuhan Kau adalah Tuhan yg Maha Rahim

Cukup baik dan paling baik

Masakan Kau bermaksud jahat padaku

Sedangkan Kau tahu bertapa rindunya aku

Jadi manusia yang baik

Selamat dunia dan akhirat

 

Aku menangis wahai Tuhan

Kernaku hanya mahukan

Cinta dan rindu padaMu

 

Aku menangis wahai Tuhan

Memohon hati yang sejahtera

Bersama rasa redha dan sabar

Hinggaku mampu tenang tika diuji

 

Ketika air mataku mengalir

Diwaktu aku sujud padaMu

Untuk managih keampunanMu

Dan pinta diisi hatiku dengan iman dan taqwa

 

Tuhan sungguhku yakini dengan ke PemurahanMu

Kerna sudah sering Kau menolongku dikala ku diuji

Moga kali ini kukan dapat menjadi hambaMu

Yang redha dengan Tuhannya 

Dapat bergembira dengan orang lain

 

Tuhan Kau adalah Tuhan yg Maha Rahim

Cukup baik dan paling baik

Masakan Kau bermaksud jahat padaku

Sedangkan Kau tahu bertapa rindunya aku

Jadi manusia yang baik

Selamat dunia dan akhirat

 

Aku menangis wahai Tuhan

Moga kutangiskan lagi dunia yg menipu ini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s