***Remaja Melayu Islamkan Pemuda Arab***

ImageSalam ceria.

Islam melarang hasad dengki dan iri hati tetapi membenarkan ghibtah dan malah menggalakkan berlumba-lumba dalam membuat kebajikan. Firman Allah bermaksud: 

‘Berlumba-lumbalah dalam membuat kebajikan’

Oleh sebab itu, bila dalam 3 majlis, Nabi Muhammad saw mengistiharkan akan datang dalam majlis tersebut seorang bakal penghuni syurga, maka dalam 3 majlis tersebut muncul orang yang sama, menjadikan hati para sahabat yang lain cemburu. Apakah amalan pemuda bertuah ini yang menyebabkan ia dijamin syurga, diistihar sebanyak 3 kali, oleh Rasulullah saw. Confirm dia bakal menghuni syurga kerana yang berkata Sodiqul Masduq. Cemburu ini sangat digalakkan.

Sebab itu apabila Rasulullah saw bersabda mengenai janji-janji Allah terhadap peristiwa yang bakal berlaku, para sahabat akan berusaha membuktikannya. Malah mengejar gelaran-gelaran tersebut. Seperti Pembuka Konstatiniah. Para Sahabat, Tabien, Tabiut Tabien berusaha mebuktikannya. Begitu juga gelaran Ikhwan, sangat dicemburui para Sahabat. Bagi mereka yang telah rosak hatinya, sakit hati, iri hati, hasad, dengki menguasai hati menggantikan cemburu yang dibenarkan. Menggantikan ghibtah yang digalakkan. Ini dapat dilihat bila gambar bonda UJ tersebar di serata dunia di kelilingi oleh artis-artis ‘Hijrah’, tampak sangat ceria. Mereka tak ubah umpama anak-anak yang baru dapat ibu yang sebenarnya yang telah lama terpisah bila bertemu BUJ dan anak-anak Abuya di Mekah. Maka kejadian ini membuatkan beberapa golongan sakit hati. Firman Allah: 

‘Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan lagi kesakitan.’ 

Sepatutnya, kalau nak ikut Islam yang sebenarnya, usahakanlah syiar Islam teserlah di dalam jemaah kita atau Kementerian kita agar semua golongan tertarik termasuk para artis, atlit, ahli perniagaan, orang politik dll. Itu baru ghibtah namanya. Berlumba ke arah kebaikan dan kebajikan.

Anjang pun cemburu gak, cemburu dengan kejayaan kawan-kawan di seluruh dunia. Di Mekah, Madinah, Manchester, Singapore, Australia, Frankfurt, France, London, seluruh Malaysia malah di Irbid. Di Irbid semasa Syh Cikgu Megat Jiwa di sana, siswa-siswa medic tahun akhir adakan Majlis Perpisahan dekat MNM.

Ketika meraikan itu mereka menyampaikan nasyid-nasyid Abuya. Tak sangka bakal-bakal doktor muda ini boleh sampaikan lagu ‘Rindu’, ‘Pemimpin 3 darjat’ dengan baik. Siap tarik lagi. Yang power lagi, Anuar boleh bawa lagu ‘Bahaya Merokok’, yang majoriti staf GISB pun belum menghafaznya. Siap kawan-kawan mereka minta berpencak mengakhiri lagu tu…. Power tu. Rupanya mereka peminat TVRSA. Dr Athiq, Uwais, Anuar dll tu selalu membincangkan tentang Pencak dan TVRSA. 20 orang Dr muda ini sangat berterima kasih kepada MNM kerana menyediakan juadah harian dan MNM sendiri dah maca jadi kantin mereka. Di MNM mereka jadi lebih mesra sesama mereka dan siswa junior. Tapi sayang kata mereka, MNM buka ketika mereka di Tahun 6. Kalaulah ada sejak mereka di tahun 1, alangkah baiknya.

Peristiwa lebih besar berlaku bila Masa Syh Hamdan di sana, : 2 orang remaja Arab Kristian masuk Islam di tangan remaja GISB. Aduh… Cemburunya. Korang tau, ada hadis Rasulullah saw sebut, siapa yang menjadi penyebab seseorang mendapat hidayah masuk Islam, ia lebih bernilai dari DUNIA DAN SEISINYA!!! Sungguh power sentuhan RSA, bila hanya menolak permintaan mereka yang menghulurkan rokok dan arak, mereka pula yang inginkan Allah dan Rasul lalu menghulur tangan memeluk agama Tuhan. Teresak-esak menangis bila di alunkan nasyid ‘Cinta Agung’ dan ‘Islam yang telah berkembang’. Cemburunya anjang pada Syh Hamdan dan remaja GISB di Irbid. Berkat RSA, mereka berjaya islamkan 2 orang Kristian. Seribu tahun yang lalu, orang Melayu masuk Islam di tangan mubaligh Arab. Hari ini, orang Arab Islam di tangan remaja Melayu Ikhwan. Bukti besar jemaah ini dipimpin secara karamah oleh RSA. Allahu Akbar…..

 

Bilik rumah BCH

7.50am, Jul 4, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

 

Advertisements

7 thoughts on “***Remaja Melayu Islamkan Pemuda Arab***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Masha’Allah.BERGEGAR ARASH atas keberadaan 2 muallaf ditangan remaja Ikhwan.Alhamdulillah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

  2. Saya sangat kagum dg perjuangan seorang wanita yg bisa membangun islam dan membanggakan. Apalagi ini di negri orang. Ini semakin menambah keyakinan saya bahwa aby itu gaib

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s