*** 5 Artis ‘Hijrah’ di Chalet NM Mekah ***

ImageImageImageSalam ceria. Hamdan, Wasilah, Walidah, Fadhilah, Hasan dan Husin mungkin antara yang paling banyak berdoa agar Allah hadiahkan rasa cintakan Allah dan RasulNya kepada tetamu-tetamu di Chalet Nur Muhammad milik GISB 3 hari yang lalu khasnya 5 artis ‘hijrah’ Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Diana Amir dan Rozana .

Begitu terujanya para tetamu dengan chalet NM tampak di awal lagi bilamana masing-masing bergambar beramai-ramai depan Chalet sebaik saja turun bas. Siapapun akan teruja bila melihat adanya chalet orang Melayu di Mekah. Terpampang dengan tulisan besar: 

Selamat Datang ke Bandar Mekah-Malaysia dengan logo besar GISB. Sangat terasa kehadiran roh Rasulullah saw bila melihat unta-unta binatang kesayangan baginda seolah-olah menyambut tetamu. Begitu juga burung unta, kambing-kambing dan kuda. Di sini ada 14ekor unta, 52ekor kambing, 2 ekor burung unta, 6 ekor kuda dewasa, 3 ekor anak kuda, 4 ekor keldai dan entah berapa puluh ekor unggas. Fuuh, dah macam mini zoo. Berjalan di celah kandang makhluk-makhluk Tuhan yang tak henti bertasbih dan berdoa ini memberi satu perasaan yang tak dapat di mana-mana.

Tetapi kemuncak perasaan para tetamu, diruntun ialah bila menonton teater anak-anak Abuya dengan judul ‘Umrah – menghayati perjalanan penderitaan Rsaw’ Siapapun yang punya rasa hati akan menangis kalau tak di mata, di hati. Sapa tahan melihat lakonan Siti Hajar di tinggalkan suaminya, hanya berdua dengan si kecil Ismail berlatar belakangkan alunan nasyid yang sangat menyentuh. 

‘Sofa dan Marwa,

Kisah bermula,

Siti Hajar berhati mulia,

Taatkan Allah,

Jua suami,

Biarpun hidup penuh derita…’

Mana tak hiba melihat Siti Hajar yang kurus, berlari-lari, terjatuh, bangun dan berlari-lari, jatuh lagi, bangun dan berlari lagi mencari air sedangkan anak kecil menangis kelaparan sedangkan susunya sudah kering. Anjang pun tangkap sedih kalau macam ni. Sob, sob, sob.

Anjang lihat Yatt dan kawan-kawan bergerak sampai dekat betul ke depan merakamkan aksi penari latar GH ketika life show penuh warna warni dengan pancaran lighting system include follow spot, 4 biji moving head, 2 smoke mechine dengan controller bernilai SR15K. Asap putih dari smoke mechine berkepul-kepul menambah indah suasana. Sebahagian besar penonton duduk di karpet yang dihamparkan di depan stage, manakala di bahagian belakang terdapat bangku panjang untuk yang mahu duduk di bangku. Dataran lapang di chalet NM yang kelihatan sangat simple di waktu siang, berubah sama sekali di waktu malam. Ia umpama show di dataran terkenal yang berada di kelasnya yang tersendiri.Betapa tidak, bahan-bahannya adalah dari RSA susunan Bonda Ummu. Dengan suara latar dari rakaman suara kormesial Sy Nik Hazani. Malah bertambah keberkatan majlis kerana bonda Ummu sendiri hadir menyaksikan show. 

Lagu demi lagu, pentomin demi pentomin hingga keldai dan kambing pun naik ke pentas, tak sedar show 1 jam dah tamat.

Rasa puas di hati. Begitu terasa penderitaan Rasulullah dalam memperjuangkan Tuhan. Mendidik manusia cinta dan takutkan Tuhan. Rasa bersalah jika duduk saja tak perjuangkan agama ini. Korang semua kena tengok show ni. Kempen pada semua grup-grup umrah, kena datang chalet NM. Rasailah sendiri suasana kehidupan baginda dalam memperjuangkan agama.

Usai show, ibu Azwa menjemput 5 orang artis tersebut ke pentas, membuat sedikit persembahan dan memberi ulasan. Yang paling anjang ingat ulasan Irma Hasmie, ada watak kepimpinan orang bilamana komennya bukan hanya untuk dirinya bahkan berazam untuk mengwar-warkan kewujudan Chalet NM ini, katanya: 

‘Ruginya saya tak tau tempat ni. Dah 4 kali ke sini, malah bulan 2 baru ni juga ke sini, tapi tak tau langsung tempat ni. Terima kasih. Tak tau nak kata apa. Terima kasih sangat. Saya akan war-warkan pada kawan-kawan di Malaysia bila balik nanti supaya datang ke sini.’

Ada yang berkata sambil menangis: ‘Saya rasa saya sangat dekat dengan Allah dan Rasul di sini.’ Yang lain pula berkata: ‘Saya macam tak percaya yang saya boleh berubah. Saya tak tau adakah Allah terima saya yang sangat jahat ini. Moga saya dapat istiqamah dalam kebaikan. 

Anak-anak Abuya ketika ingin memulakan show memperkenalkan diri, saya….. Anak yang ke…. Dari 39 adik beradik…, bila seronok dengan show mereka Heliza kata: ‘Nak joint la grup mereka ni!’, seorang di kalangan mereka menyampuk,: ‘Kau nak jadi anak yang ke berapa?’, kata Dr Azlina: ‘Anak mungkin tak boleh tapi menantu masih boleh…’ Begitulah kemesraan antara semua yang hadir pada malam itu samada di kalangan staf GISB atau rombongan umrah, lebih-lebih lagi dapat bergambar beramai-ramai dengan bonda Ummu di akhir program.

Diakhir zaman Islam akan bangkit semua. Semua golongan akan kembali kepada Islam sebenar. Selepas artis, insyaAllah para atlit pula. Moga-moga tiada satu golongan pun tercicir. Ampunkan kami Tuhan. 

Otw ke Jordan, jalan Tabuk.

4.46pm, Jun 19, 2012

Anjangmuor.wordpress.com 

Advertisements

9 thoughts on “*** 5 Artis ‘Hijrah’ di Chalet NM Mekah ***

  1. Salam kaslh dan rindu dari ana.Sangat terharu di atas pengalaman dari 5 artis yang Allah beri hidayah dan kelapangan.RSA bantulah mereka.Kalau ada rezeki ana dan isteri akan ke Mekah tunai haji dan minta izin dari Bonda Umu utk menjadi kadamulharamain utk kali ke 2.

    • Bukan jadi Khadamul Haramain, itu sekarang jawatan yg dipegang/didakwa dimiliki oleh Raja Saudi skrg. Nanti jawatan itu akan diserahkan kpd org Tuhan. Kita ni klu dpt jadi khadam di istana RSA atau di projek RSA pun dah sgt besar. Abg Zul ikut pgrm ke kat Malaysia tu?

  2. jahfarini, terlebih dahulu saya mohon maaf, boleh tak beri komen ikut tajuk dan jangan merapu, anda suka beri komen tapi merapu tak ikut tajuk. mungkin itulah sebabnya komen anda selalu ghaib. T.kasih

  3. Baguslah ada artis-artis wanita yang dah kenal Umu Jah
    Tapi jangan la ada pengikut GISB yang dah pasang angan-angan nak nak tambah cawangan (calon artis) ……heheheee
    Dapat artis ni memang gelemer …..

  4. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Khususnya kepada Saudara Zahin Razak,Syukran & Insya’Allah.Biasa lah.Bukan disengajakan.Kadang2 begitu.Kadang2 lebih daripada itu.Maklumlah,dah 20 tahun GHAIB.Setakat KONGSI MENGONSI sebagai CERMIN hidup aje.Tak banyak.SiberMelayu,HW@M,AMT & BULLETIN NUR MUHAMMAD.Ini aje.
    Setahu ana,KEBANYAKKAN komen2 ana GHAIB disebabkan MASA’ALAH SERVER { no response,connection failed,request timeout & DNS failure } & bila GRAVATAR.com SYNCH dengan WORDPRESS.com atau PROCEDURE “LOG IN” ana SALAH.GHAIB kerana SERVER 2nd/3rd party.
    Ada jugak 2/3/4 perkataan/ayat DI GAM.Ini kerana MERAPU lah.HEHEHE.Maklumlah,ada budibacara bila mengutarakan komen di alam siber.Administrator/Moderator lebih arif tentang SASARAN intipati topik kepada pengunjung.Boleh lah perkataan2,ayat2,perenggan2 atau pun kesemuanya DI GAM kerana tidak menepati sasaran atau tidak selaras dengan tujuan/maksud yang sebenar.INI STRATEGI DAKWAH lah.No Problem.Tak ada masa’alah.
    Bukan niat ana nak MENGOTORI blog2 tersebut dengan KERAPUAN ana.Tidak sama sekali & sama sekali tidak.Ana akan mengambil ikhtibar untuk mengelakkan disaban hari,insya’Allah.
    Bukan mudah nak DIRECT & STRAIGHT FORWARD.SUSAH.Ana tak ada skill lah.Maklumlah,bila dah “kenal mengenal” dalam 2/3 bulan,kadang2 & selazimnya kita terlanjur sedikit.Dalam PERBUALAN pun sama ah.HEHEHE.Jadi,terbawak bawak lah dalam penulisan,insya’Allah.
    Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

  5. Salam rindu….kesedaran artis terhadap Islam mengingatkan saya tentang artis-artis yang pernah memeriahkan suasana perjuangan Islam era demi era …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s