***Dialog Bonda Ummu dengan BR -iii (akhir)***

.Salam ceria. Dari petang semalam hingga malamnya, anjang berpeluang menyaksikan keajaiban di Chalet NM, Hudaibiah bila melihat kunjungan rombongan umrah melawat projek GISB di Saudi Arabia untuk mengembalikan ingatan kita kepada kehidupan Rasulullah saw. Betapa program yang disusun ada campurtangan RSA apabila 5 orang artis yang menyertai rombongan itu memberi ulasan mereka, diantaranya bersama tangisan hiba. Itulah pengalaman berharga bagi Heliza AF, Yatt Hamzahn, Irma Hasmie, Diana Amir dan Rozana. Moga ada waktu terluang untuk anjang menukilkannya. Pagi ni, kita sambung wawancara Bonda Ummu dengan BR yang belum kita siarkan sepenuhnya. Selamat membaca. Anjang nak mula berkhidmat di Chalet ni… Atk

S7 : Benarkah Ummu Jah pernah berkata bahawa ghaibnya Abu Ya bermakna bergabung dengan Rasulullah dan Saiyidi? Padahal semua ini tidak pernah termaktub dalam Al-Quran atau hadis sahih umpamanya?

Ummu Jah : Di dalam Islam, Quran dan Hadis, telah mengajarkan bahawa siapa-siapa yang meninggal dunia atau ghaib, bila mana rohnya itu suci, ia dibawa ke satu tempat berhimpunnya roh-roh suci. Yakni termasuklah roh-roh Nabi dan wali-wali.

Saya sentiasa mendoakan agar roh suami dan umat Islam lainnya sedang bersama mereka. Bergabungnya kuasa roh-roh suci sesungguhnya akan lebih meriahlah bumi dengan Islam oleh pertolongan mereka dengan izin Allah.

Allah berfirman :

Ertinya : Turun di dalamnya (pada malam Qadar itu) malaikat-malaikat dan para roh (ke bumi) dengan izin Tuhan mereka dalam setiap urusan.

(Surah Al Qadr Ayat 4)

S8 : Ramai yang keliru bila Ummu Jah mengatakan Abu Ya  sedang memimpin jemaah di alam ghaib. Apa signifikannya kata-kata Ummu Jah ini?  Apa yang kita difahamkan setiap manusia yang meninggal dunia  cuma berurusan dengan Allah Taala dan  kalau tubuhnya wujud itu semuanya permainan syaitan atau jin? Orang ramai jadi pelik bila Ummu Jah dapat berkomunikasi dengan Abu Ya  dan mengetahui perjalanan roh Abu Ya selepas meninggal dunia?

Ummu Jah : Allah sedang memimpin dunia dalam keadaan ghaib. Rasul sedang jadi Nabi dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya pemimpin Islam seperti Khulafaur Rasyidin dan para sahabat sedang bekerja untuk Islam dari alam ghaib.Semasa hidupnya Abuya dan orang yang soleh lainnya sentiasa mengajak jemaah kepada Allah dan Rasul. Kalau kepimpinan golongan ini berjaya di dunia kita sentiasa mendoakan agar berjaya di alam akhirat. Kita mendoakan agar roh Abuya ditempatkan dalam golongan yang baik-baik. Demikianlah sepatutnya dengan Abuya. Kalau di bumi kepimpinannya berjaya. Disana, dengan rohnya lebih-lebih lagi akan berjaya.

Rasul bersabda :

“Roh-roh itu adalah tentera-tentera yang terlatih (siap untuk bertugas).”

Lihatlah jemaah Abuya selepas ketiadaannya. Anda tahu GISB kini 10 kali lebih besar daripada Arqam yang digeruni lalu telah diharamkan itu.

Orang cerdik akan mengatakan :

“Melihat jemaah Abuya setelah ketiadaannya, dapat berjalan sama seperti apa yang dipandukan sebelum ini, berhasil dengan lebih besar lagi, adalah bukti Abuya itu pemimpin roh manusia semasa hidupnya. Rohnya mampu aktif sesudah jasadnya tiada”.

Tapi orang Islam biasa, tidak mampu berkata begitu kerana khazanah perbendaharaan ilmu mereka, tidak mempunyai maklumat ini. Angkara sekularisma! Kalau stesyen TV di KL itu pun boleh mengeluarkan gambar-gambar TV sampai ke pelusuk-pelusuk hutan-hutan di Malaysia apakah roh mereka yang soleh tidak mampu buat lebih dari itu untuk kemengan Islam dan agama Allah ini? Siapa yang boleh menafikan bahawa alam roh (roh orang yang soleh) turut membantu melebar luaskan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia?

Tiada siapa boleh menafikan pentadbiran matahari dan udara oleh teknologi Allah mampu menghantar cahaya dan oksigen ke setiap mata dan hidung-hidung kita dan haiwan-haiwan semuanya, untuk tempoh setiap saat tanpa henti sepanjang umur kita? Teknologi Allah itu sebenarnya berjuta kali lebih hebat daripada teknologi Barat atau Yahudi. tidak mampu mengesan bagaimana orang-orang roh sedang menipu daya mereka. Inilah caranya orang Islam boleh mengatasi Barat.

S9 : Adakah niat untuk memuji dan menggembirakan Allah dan RasulNya dianggap mengampu?

Ummu Jah : Ini soalan pelik. Pada saya kalaulah ada orang yang hatinya begitu suci, mahu memikirkan untuk memuji dan mengembirakan Allah dan Rasul, sekalipun dia tersilap, nescaya Allah dan Rasul akan ampunkan. Itulah orang roh (hati suci) yang mereka itu berbuat semuanya untuk Allah dan Rasul. Bukannya, mereka tidak bersalah, tapi Allah ampunkan oleh taubat-taubat mereka yang tidak henti-henti. Siapa pula yang mengatakan mereka pengampu? Al-Quran yang perintahkan orang Islam agar sentiasa selawat demi cinta Allah dan rindu Rasul. Dan itu tak kena mengena dengan mengampu.

S10 : Apabila Ummu Jah mengaitkan perkara-perkara dilakukan dengan ‘arahan’ alam ghaib dan Abu Ya maka orang ramai mula mempersoalkan apakah kelayakan Ummu Jah  yang lemah ini sehingga  dapat berkomunikasi dengan Rasulullah atau alam roh?

Ummu Jah : Orang ramai juga bertanya saya bagaimana boleh membangunkan ‘Malaysian Town’ di Mekah dan Madinah atas nama Islam untuk Allah dan Rasul? Saya jawab : ‘Kalau bukanlah oleh pertolongan dari kuasa Allah dan Rasul, saya hamba yang hina dina lagi lemah ini tak mungkin boleh melakukannya dengan tenaga empat kerat ini.

Di Mekah Madinah boleh dikatakan saya berjaya mengembangkan perniagaan di sini  , kerana berlaku mukjizat nabi Akhir Zaman kepada seorang hamba dan umatnya  Allah Mendengar doa hambaNya yang selalu menangis dengan air mata cintakan Islam , inginkan Islam itu sentiasa kuat di waktu-waktu malam.

Lalu Allah dan Nabi yang boleh dihubungi dengan hati itu (sembahyang dan zikir) pun, mengabulkan doa saya untuk membangunkan “Malaysia Town” di kampung Rasulullah SAW dilahirkan itu

S11 : Betul ke kejayaan Ummu berpegang pada jin sebagaimana didakwa setengah pihak.

Ummu Jah : Kejayaan GISB membangunkan empayar ekonomi Islam ke 42 zon dunia, di dunia GISB, kalaulah boleh dibuat oleh jin, saya tidak perlu hijrah ke Mekah Madinah yakni ke Allah dan Rasul. Dua buah kampung yang tanahnya suci (Haramain) dari bakaran api Neraka.  Hanya di sanalah di kampung Allah dan Rasul sumber atau pusat kekuatan dan kekayaan umat Islam mungkin diperolehi.  Sebab hanya di sanalah Nabi-Nabi sekalipun diizinkan Allah untuk melahirkan peribadi-peribadi agung yang telah mengangkat Allah dan Rasul (Islam) ke peringkat empayar.

Jin, kalau di Malaysia pun banyak tapi kenapa orang Melayu Islam asyik bergaduh, suka berpecah daripada membangun?  Jin Malaysia tak beri kerjasama dalam bisneskah? Atau jinkah yang membuatkan orang Melayu bergaduh atau bisnes tak menjadi?  Kalau jin dipercayai melakukan kerja-kerja sebesar itu, kenapa susah sangat nak percaya kepada kebolehan roh-roh suci?  Bukankah kedua-duanya pun sama ghaib.  Kalau jin yang menolong itu jin Islam,menghasilkan kebaikan, apa salahnya? Bukannya haram. Dan kalau memang tenaga jin Islam mudah didapatkan untuk menolong mengapa JAKIM tak dapatkan ramai-ramai jin Islam untuk menolong melawan jin Ummu Jah?

S12 : Apakah Ummu Jah tidak mempunyai keyakinan diri cukup tinggi sehingga terpaksa menggunakan nama Abuya  dalam serba serbi?

Ummu Jah : Atas keyakinan yang cukup tinggi kepada Allah dan Rasul lah maka saya diizinkanNya membangun perniagaan dan Islam di Mekah dan Madinah dan bercawangan ke seluruh pelusuk dunia.  Tapi  saya tidak mungkin boleh lupakan sama sekali jasa seorang lelaki yang mendekatkan hati saya dengan Allah dan Rasul.  Dia ialah suami, guru dan pemimpin saya hingga ke saat ini iaitu Abuya. Sebab dia mampu berperanan dengan rohnya, dikala jasad berjauhan, dikala sakitnya bahkan dikala matinya.  Dia bukan hantu atau syaitan  yang menjelma kepada saya.  Dia ialah roh suci yang didunia lagi orang melihat perjuangannya penuh keajaiban.  Sampai sekarang keajaiban terus berlaku pada jemaahnya.  Sesungguhnya, bertawassul atau berwasilah kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada mursyid itu adalah perintah Allah.  Contoh dalam doa selepas azan dan iqamat.

S13. Mampukah  Datuk Seri Anwar  mampu merealisasikan cita-cita menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang?

Ummu Jah : Semasa hidupnya arwah suami pernah berkata: sesungguhnya Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah tiada masa depan. Kita sendiri dapat melihat betapa Anwar kini semakin jauh dari mengambil Allah dan Nabi sebagai pemimpin, tempat rujuk dan sandaran nasibnya.   Mungkinkah seorang  yang seperti Anwar kini, akan dipilih Tuhan untuk memimpin di Negara yang paling cantik Islamnya, dimuka bumi ini?

Sedangkan dunia ini sepenuhnya milik Allah.  Agama Islam yang hidup mewangi di Malaysia itu kepunyaan Allah.  Apakah Allah akan melantik Anwar mewakiliNya untuk memerintah di bumi indah Nya itu?  Sama-samalah kita tunggu dan lihat?  Bukankah Anwar dijatuhkan Allah ketika kerusi PM Malaysia sudah begitu hampir kepadanya?  Kalaulah Allah mahu dia jadi PM, untuk apa pula Allah takdirkan dia sekarang berada terlalu jauh jaraknya dari kerusi idaman?

Memberi mata kepada Yahudi sesungguhnya akan membuatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu, makin jauh daripada janji Tuhan.mMalaysia tapak kebangkitan Islam kali ke 2.  Janji Tuhan atau jadual Tuhan sedang mengarahkan Negara ini kesana, samada manusia sedar atau tidak!  Iaitu Malaysia akan jadi Negara Islam bukan oleh orang politik.

S14 : Fitrah akal manusia sememangnya tidak dapat menerima  hujah Ummu Jah tentang alam ghaib Abu Ya dan alam roh. Mungkin perkara ini sekadar imaginasi Ummu Jah semata-mata mahu melebarkan pengaruh?

Ummu Jah : Syurga, Neraka, Alam Roh, Malaikat dan lain-lain yang telah dihuraikan sebelum ini ialah sebuah kebenaran, bukan khayalan. Tiada siapa mampu berkhayal sampai begitu sekali. Fitrah akal manusia biasa sebenarnya boleh terima semua ini, kalau hatinya berjaya disucikan daripada nafsu, syaitan dan pengaruh Yahudi dan dunia. Tapi bila hati bernafsu jahat, kebenaran tidak mampu dilihat. Kebenaran mahu dimusnahkan!

Padahal sesuatu yang cukup jelas, berlaku depan mata, bukan imaginasi, seperti buang bayi, zina, lesbian dan gay dan lain-lain itu hanya dibiarkan saja menjadi imaginasi dan percaya pada Allah dan Rasul itu dianggap suatu imaginasi? Tidak sakit hatikah melihat binasanya umat Islam di Malaysia kerana Yahudi.

Tapi ingat, kalaupun semua ini hanyalah sebuah imaginasi saya untuk besarkan pengaruh, namun ia bukan kecil. Kekuatan GISB sekarang kalau dinilai betul-betul ialah kekuatan sebuah kerajaan. Kerajaan yang di belakangnya ialah kuasa Allah dan Rasul.  Cuba dapatkan profil GISB terkini.  Kalau tidak masakan keujudan saya dan GISB berjaya menggelisahkan anda dengan semua soalan-soalan emosional seperti ini?  Dan sungguh, kalau bukanlah kekuatan saya dan GISB ialah kekuatan sebuah kerajaan nescaya Buletin Rakyat pun tak minat untuk memberi ruangan kepada GISB.

Ampun maaf, hingga bertemu lagi… Post akan datang nak cite tentang Bani Syaibah, pemegang anak kunci Kaabah…

 

Kabin Pejuang Chalet NM, Hudaibiah/Syumaisi

6.34am, Jun 17, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

 

Advertisements

One thought on “***Dialog Bonda Ummu dengan BR -iii (akhir)***

  1. Terima kasih Tuhan,terima kasih Rasululah SAW,terima kasih Saiyyidi Syeikh dan terima kasih Abuya kerana memberi kepada kami seorang Wasilah yang sangat cerdik serta berjiwa besar seperti Bonda Umu,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s