***Dialog Bonda Ummu dengan BR -ii***

ImageImageImageSalam ceria, 

Selepas Asar anjang ajak Us Hanif Doldiri melawat bahagian atas Kompleks Madinah Malayzia. Ikut pintu dalam sebab belum dibuka sepenuhnya sehingga selesai segala macam perlesenan yang penuh biokrasi. Mudah-mudahan berkat NM, semuanya segera diselesaikan. Memang cantik bangunan ini. Restorannya besar, bilik-bilik ‘ailah (ruang makan khas untuk keluarga) ekslusif. Dengan julus Arabi dan meja Jepun berlapik alas warna keemasan. Oh, baru teringat, ini yang ibu Jera sebut sewaktu di Irbid. Masuk ke salun pula. Canggih, ala-ala salon mewah di Jakarta sebab sentuhan assigmnt para ikhwan dari Indonesia. Itulah antara rahmat jemaah.  

Ada 3 ruangan premis lagi, satu untuk klinik gigi, seterusnya untuk farmasi dan yang besar dewan motivasi. Di bahagian bawah, ada premis proses air tapisan, dobi, stationary, butik, restoran, ofis travel, pasaraya dan kedai herba. Pasaraya dah operasi, anak Sy Saudi, Arif yang jaga. Satu Saudi ni ayah dia punya. “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, gurau je. Yang lain-lain premis tunggu korang datang sini. Sbb di Saudi ni perempuan tak boleh niaga, remaja di kolam, Pochan, Bt Hampar, Tanjung Belungkor, Pekan Baru dll adalah sangat ditunggu-tunggu kedatangan mereka. Mai berjuang kat sini pulak!! Lepas amik-amik gambar di sudut-sudut yang menarik, nak turun tapi Si Hanip ni buat spoil… Nak tau tanya dia sendiri la. Boring betul Anip ni.  

Menjelang magrib, di dalam perut Ford Merah, kami- anjang, Arif, Ibu Sukainah, Ibu Roslina, Ibu Rokayyah dan Tehah dilarikan ke Masjid Nabawi. Us Hanif drive. Selepas solat, duduk bertawassul dengan R di dataran Masjid menghadap kubah hijau bersama ribuan manusia yang datang dari segenap pelusuk dunia moga-moga dengan rindu dan kasih kepada Nabinya.

Ketika jemaah bersolat Isyak, curi masa duduk di tepi jalan, berbangku batu, di dalam udara yang bahangnya umpama duduk membakar bakar lemang (ingat raya le tu!) menyambung edit post dialog Bonda Ummu dengan Buletin Rakyat. Mari kita sambung dialog. Soalan 4-6

 

4: Benarkah Ummu Jah pernah berkata dengan  penyokong bahawa apa sahaja yang beliau laksanakan  dewasa ini adalah hasil dialog dengan Rasulullah S.A.W dan roh Abuya?

 

Ummu Jah: Rasulullah SAW itu adalah pemimpin dan penghulu kepada umat akhir zaman, walaupun jasad sudah tiada, disimpan Allah di dalam bumi Madinah tanpa reput-reput. Membuatkan Madinah sangat meriah oleh umat Islam yang berziarah tanpa henti daripada seluruh dunia. Madinah merekodkan bandaraya paling padat hotel-hotel kerana ramainya pengunjung ke sana. Madinah menjadi pusat perhimpunan umat Islam sedunia kerana adanya jasad Nabi Muhammad SAW di dalam buminya. Lima kali Yahudi merancang mencuri jasad itu untuk dibawa keluar daripada Madinah supaya keberkatan besar tidak lagi berlaku, tapi semuanya gagal. Kalau jasad baginda yang kaku itupun begitu besarnya peranan, apatah lagi roh Baginda Rasulullah SAW. Roh itu sedang memimpin dunia selaku Nabi Akhir Zaman.

 

Abuya mendidik anak-anak muridnya untuk menyanyikan lagu : Nabi Muhammad sebagai pemimpin dan penghulu kami (umat Islam akhir zaman), itu bukanlah rahsia lagi. Baginda Rasulullah SAW itu telah berjanji untuk melakukan kebangkitan ke kedua umat Islam bertaraf empayar, bersama jemaah Ikhwannya itu hampir semua umat Islam tahu. Kini 1400 tahun ditinggalkan Nabi, kita wajib daulatkan Islam pada diri, keluarga, jemaah dan negara kita.

 

S5: Khabarnya Ummu Jah terus mempersoalkan  proses untuk menyesatkan akidah seseorang itu menggunakan ISA iaitu tanpa perbicaraan dibuat di Mahkamah Syariah. Kata Ummu Jah seharusnya  selepas Al-Arqam difatwakan sesat pada 5 Ogos 1994, pemimpin-pemimpin Al-Arqam dibawa berbincang, diterangkan satu persatu hal-hal yang didakwakan sesat itu?

 

Ummu Jah : Kalau ya pun saya mempersoalkannya, namun realitinya, saya tidak pun membawa kes ke mahkamah. Bahkan JAKIM terus menggunakan akhbar-akhbar perdana untuk mengingat-ingatkan saya perihal kes, saya tidak pun melawan.Saya terus akur dan tidak menjawab. Diam itu bukankah tanda setuju? (rela atau terpaksa). Sebab itulah tindakan undang-undang tidak pun diambil oleh kerajaan ke atas saya dan GISB.

 

Sebenarnya keutamaan persoalan bagi saya ialah apakah Allah dan Rasul terima saya dan mahu mengampunkan dosa-dosa saya? Apakah kerja-kerja peribadi dan perjuangan saya mendapat sokongan dan pertolongan mereka? Ditakdirkan saya sekarang tinggal di Mekah dan Madinah. Pada saya, kesempatan yang negara Arab Saudi berikan ini (dengan izin Allah), akan saya gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul. Kampung yang sekian lamanya saya berdoa untuk datang, kepada Allah dan Rasul yang memilih untuk memulakan dan memenangkan Islam buat pertama kalinya iaitu di Mekah dan Madinah. Moga-moga orang Melayu Malaysia ini akan ikut menjadi bangsa besar dan kuat seperti yang pernah terjadi kepada bangsa Arab di bumi ini. Islam yang sama seperti yang Rasul perjuangkan, yang mampu menjadi kiblat dan empayar dunia.  Bukannya Islam-islam yang berbentuk kata-kata saja, tidak mampu dipraktikkan sebagai cara hidup bertaraf dunia.

 

 

S6 : Antara kenyataan Ummu Jah dalam youtube,

 

“Sebelum perginya Abuya ke alam ghaib, Abuya selalu melatih saya untuk berhubung dengan Rasulullah S.A.W caranya diberikan salam sepertimana dalam tahiyyat, ‘Assalamualaika ya ayyuhannabiyyu, maka dengan izin Allah Rasulullah hadir dalam bentuk cahaya. Lalu saya pun berdailog dengan hati ke hati dengannya dan itu bukannya syaitan. Semua orang tahu bila ada pengakuan ‘Saya Rasulullah’, itu tidak mungkin syaitan.”

 

Soalannya ada sesetengah pihak berpendapat manusia mana pun kalau berjumpa dengan Rasulullah dalam tidur atau mimpi tidak akan menceritakan kejadian tersebut  kepada sesiapa. Bila kita menceritakan kepada orang ramai seolah-olah kita mahu menunjukkan atau bersikap riak kepada manusia yang lain atau sebagai langkah mahu mempopularkan diri di mata umat Islam kerana dipilih oleh Allah untuk berkomunikasi dengan  Rasululllah. Apa komen Ummu Jah dalam hal ini?

 

Ummu Jah : Bagaimana kalau saya katakan disini, tujuan saya menceritakan perihal hubungan intim hati saya dengan Nabi Akhir Zaman itu ialah :

 

1.  Umat islam kini umumnya tidak pasti apakah Nabi Muhammad yang sudah wafat itu masih jadi pemimpin atau Nabi kepada umatnya di dunia sekarang? Baginda itu memanglah Nabi kita, tapi macam mana, sebab sudah wafat. Bolehkah baginda itu melakukan pimpinan dan tunjuk ajar seperti sewaktu baginda belum wafat?

 

Tambah keliru lagi bila adanya pendapat mengatakan Nabi dah tak ada. Cukuplah agama itu dirujuk kepada Quran dan Hadis yang diwariskan kepada kita melalui ulama-ulama yang ada. Perhubungan dengan Nabi sudah tiada, sudah putus oleh kewafatannya.

 

Padahal, Quran dan Hadis menyuruh umat Islam bertaqwa, yakni cinta Allah dan rindukan Nabi. Untuk dapatkan itu, seorang Nabi diperlukan. Hadis memaklumkan perihal adanya sekumpulan manusia yang datang sesudah kewafatan baginda, “Mereka tidak bertemuku, tapi merindui diriku”. Rasul bersabda bahawa baginda pun sangat merindui Ikhwan itu, padahal masa itu, Ikhwan itu belum lahir dan Rasul sedang hidup lagi jasadnya. Ertinya, boleh terjadinya keajaiban itu ialah kerana roh Rasul lah yang mendidik roh mereka (Ikhwan) untuk mereka mampu sekuat itu taqwanya. Akan dapat pula melakukan futuh Mekah kedua di akhir zaman. Ertinya Nabi Muhammad tetaplah memimpin umatnya iaitu kita ini, melalui orang-orang yang hati mereka itu mampu berhubung dengan roh baginda.

 

Hadis : Dari Anas bin Malik khadam Rasulullah SAW, dia berkata:

“Suatu ketika tiada orang lain di rumah Rasulullah SAW melainkan aku, Rasulullah dan Abu Bakar ra. Ketika itu aku berumur 15 tahun. Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakar, inginnya aku bertemu dengan Ikhwanku, inginnya aku bertemu dengan Ikhwanku. Sesungguhnya aku mencintai mereka. Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah kami Ikhwan dikau. Rasulullah berkata: Kamu Sahabatku, Ikhwanku adalah mereka yang tidak melihat aku tetapi beriman dan mencintai aku sehingga aku lebih dicintai dari anak dan ibubapanya. Anas dan Abu Bakar berkata: Kami Ikhwanmu ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Tidak, kamu Sahabatku, wahai Abu Bakar, apakah kamu tidak mencintai satu kaum yang mencintai engkau kerana kecintaanku kepada engkau? Abu Bakar berkata: Tentu, aku mencintai mereka selama mana mereka mencintaimu dengan kecintaanku kepadamu.”

 

Pada saya Abuya Ashaari Muhammad itulah yang memulakan program ini. Buktinya mana ada tokoh-tokoh pemimpin Islam lain yang membawa agama yang begini.

 

Semua umat Islam sekarang patutnya mencari Ikhwan Rasulullah. Supaya mereka ikut mendapat pimpinan langsung dari orang yang dipimpin langsung oleh Rasulullah Nabi Akhir Zaman. Itulah kehendak Quran dan Hadis kepada umat yang sudah tiada Nabi selama hampir 1500 tahun ini. Sedangkan Sahabat itu mampu menjadi Sahabat, adalah kerana adanya Nabi bersama mereka. Masakan kita boleh jadi Ikhwan hanya kerana ada Quran dan Hadis saja. Pemimpin pelaksananya juga wajib ada bersama-sama. Iaitu Nabi Akhir zaman Muhammad SAW.

 

Sesungguhnya saya sanggup membuka rahsia ini, padahal saya sedar risikonya sangatlah besar, supaya umat Islam khususnya GISB tidak lagi keliru tentang Nabi hingga sanggup berselawat sebanyak-banyaknya demi membalasi jasa Nabi yang Allah lantik mawakiliNya mentadbir alam seluruhnya. Memang alam diciptakan Allah adalah untuk umat manusia dan kerana Nabi Muhammad. Pesuruh Allah itu ialah hambaNya yang dilantik memerintah alam nyata dan ghaib. Baginda Nur Muhammad berumur seumur alam. Dia makhluk yang pertama Allah ciptakan sedangkan jasadnya didatangkan ke bumi cuma untuk 63 tahun sahaja. Dia berperanan sebagai pesuruh Allah sampailah dunia dikiamatkan. Orang Islam wajib diberitahu tentang Nabinya ini. Riak ke saya, kerana melakukan ini?

 

2. Selama ini orang berdakwah, menceritakan tentang ilmu dan pengalaman Islam dan imannya semua orang boleh terima.Tetapi kenapa bila Ummu Jah berdakwah tentang Nabi Muhammad SAW maka sesetengah pihak melabelkan sesat atau riak? Adakah boleh dituduh riak atau menunujuk-nunjuk apabila mempertahankan Allah dan Rasul sampai begitu sekali? Allah dan Rasul ialah kuasa pimpinan yang wajib dimanfaatkan. Ruginya orang Islam kalau tidak memanfaatkan kuasa kepimpinan Allah dan Rasul. Apakah mengajak manusia kepada Allah dan RasulNya boleh dianggap untuk mempopularkan diri?

 

Tidakkah ia menguntungkan Islam dan orang-orang Islam. Memang ada orang Islam yang tak boleh terima, namun masih menguntungkan kerana penentangan mereka itu bila menjadi isu di media, Allah akan jadikan kebenaran tersebar luas dengan lebih cepat. Hebatnya Islam kerana dari musuh-musuhnya pun ia mendapat untung. Musuh Islam boleh besarkan pengaruh Islam melalui fitnah mereka.

 

Setakat ini dulu, insyaAllah kita akan sambung esok. Pagi ni anjang akan bergerak ke Mekah. Tak tau, apa akan berlaku di sana. Selamat tinggal Madinah. Hadiahkan aku rindu Rasul…. Amin.

 

Tepi jalan Masjid Nabi, sebelah perkuburan Baqi’

9.06pm, Jun 15, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Advertisements

2 thoughts on “***Dialog Bonda Ummu dengan BR -ii***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s