.***Pakistan Wala dan Dajjal – I’m Coming Home***

ImageSalam ceria. 2 malam lepas anjang nak sambung menaip tentang Bukit Magnet di mantiqah Baidha’ tak jauh dari mazra’ah RSA dan mengenai keenakan susu unta, belum mula taip dah zzzzz. Si Arif anak Dr Norli ajak ke pasaraya pun anjang tak larat. Pagi ni nak cuba sambung tapi dapat satu ulasan tentang lagu yang dikatakan menyeru Dajjal. Cemas. Musuh tak rehat-rehat merancang untuk mengalahkan kebenaran. 

Syh Johan ar dan Syh Md Som ar ada di Irbid. Alhamdulillah, berkat rumah di Duwar Qubbah bila dihuni oleh mereka yang baru sahaja pulang dari Haramain. Berkubu menambah rindu kepada Rasulullah saw. Membina kekuatan roh dengan menghalusi ibadah solat. Berkat dan rahmat yang berbentuk rohani itulah yang lebih utama. Disamping usaha-usaha Syh Johan ar untuk dapatkan kenderaan dalam masa terdekat untuk keperluan GISB di Irbid. Anak-anak juga tentu terhibur dengan kuliah Sy Md Som yang penuh pengajaran dan pengalaman disamping mencuit hati. Kalau ngantuk juga, tak tau la…

Di sini, malam tadi Sy Lokman ar dan Sy Fadhil Yasin ar bergerak ke Amman, Jordan. Mungkin ingin mengenang nostalgia naik bas dari Karachi ke Quetta atau Islamabad semasa belajar dan bertugas di Pakistan. 17 hours travel by bus for remaja, it’s okey… But for who are above 40, it’s quite tough. Tapi, untuk pengetahuan korang, pengalaman belajar di Pakistan best!! Adventure giler. Perkataan (sindiran) ringkas dari Abuya: Pakistan adalah negara yang benar-benar demokrasi. Boleh buat apa sahaja. Lembu pun boleh merayau-rayau, cari makan di tengah jalan. Masa tu markaz Arqam kat Gulsan Iqbal, Toriq Road. Selang dua lorong dari rumah, dah sampai pekan. Situ semua ada, dooth pati, cai, prata, nan, anda kutala, kima, mughri, puri.., air tebu + limau nipis, susu, kalau ada duit lebih sikit, pekena biryani atau ke Restoran China… Duit Pakistan murah pulak tu. RM1 =10 Rupi.  

Masa tu pegi sekolah naik bas pakistan yang seni atau serabut. Penuh dengan aksesori yang entah apa-apa. Cat dah macam-macam warna. Ada bendera-bender. Ada rantai-rantai bergayut di bawah. Gambar perempuan berfurdah dengan renungan matanya, ditampal di cermin belakang. Bas ada tangga di belakang, untuk ke atas kerana ketika itu, ada penumpang yang duduk atas bas. Fuuuh. Ingatkan free, konduktor boleh panjat tingkap, pijak kaki di tingkap, badan terjulur keluar, satu tangan berpaut, satu lagi… Kutip tambang. Tak dak free. Budak Melayu je, dok Pakistan lama, lebih Pakistan dari Pakistan. Bayar tambang jarak dekat, turunnya jauh. Bila konduktor minta tambang, buat-buat tido.. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮. Anjang tak buat ye, orang lain.

Kalau free, masa cuti ke, pastu ada duit pula, pegi kawasan barang-barang second hand, macam-macam barang ada. Kasut-kasut kulit, jaket kulit, seluar, pakaian dll. Rambang mata, barang berjenama tapi masih baik kualiti. Dan jangan lupa, ada barang-barang curi gak. Pernah anjang dengar seorang kawan kita beli kasut di situ, pakai ke Dirasat. Bila keluar dari surau Dirasat, Dr Jawwad, Mudir Maahad bertanya, dapat kasut dari mana? Rupa-rupanya itu, kasut tu dia punya. Kena curi dan dah berada di pasaran barang musta’mal. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮. 

Musim yang sesuai, pergi menangkap ketam di tepi pantai. Pegi ramai-ramai. Sewa 1 kereta je, bawa barang. Yang lain naik bas. Orang Pakistan mazhab Hanafi, tak makan ketam. Haram. Selamatlah ketam, panjang umur dari tangan-tangan dan gigi-gigi manusia hinggalah datang kami. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Bagi kita halal, tu yg pulun… Pernah ketika En Wan Ibrahim jadi ketua paramugara/i MAS, transit kat Karachi (rasanya tahun 1991), kita bawa dia dengan rombongannya makan ketam kat muara sungai tu. Kuat ingatan dia pulak tu. Bila anjang bertugas di Melaka 2002, dia ziarah Melaka bersama rombongan A, dia boleh sorohah pada A, :’A, ana jumpa dia 10 tahun lepas di Karachi, sama-sama tangkap ketam.’ A senyum je.

Dan ada 1001 cerita di Pakistan yang bila dah jadi memori, indah belaka. Walaupun ketika berhadapan, teruji juga dengan percikan air ‘pan’/sirih merah, kadang-kadang dah kehitaman di merata tempat. Najis manusia dan binatang di tepi-tepi jalan. Peminta-peminta sedekah dengan pelbagai cara dan aksi. Pondan-pondan Pakistani yang berbadan besar, dengan janggut dan misai dicukur rapi tetapi kehijau-hijauan nak tumbuh di dagu dan pipi… Eeeeee!!! Tanpa pemimpin roh, orang boleh mengaku negara dia ‘Islamic Country’ tapi hakikatnya, malu kita melihatnya. 

Ok, ni nak iringi Kak Ju dan beberapa orang artis wanita yang sudah berubah untuk mendekati Islam, ziarah beberapa tempat menarik di sini. Yatt Hamzah dll. Ya, di era Islam Menang dan tak akan kalah-kalah lagi ini, tak boleh ditahan, semua golongan inginkan Islam sebenar. Ingin berubah. Mahu pimpinan. Di pihak musuh, dajjal dan kuncu-kuncu juga tidak berputus asa. Walaupun tahu mereka akan gagal tapi tetap berusaha melambatkan kemenangan para pejuang kebenaran. Kita mengkaji hadis akhir zaman, mereka juga mengkaji. Kita mencari pemimpin, mereka juga mencari pemimpin mereka. Kita yakin jemaah dan pemimpin kita dalam kebenaran. Mereka juga yakin pemimpin dan jemaah kita dalam kebenaran tetapi mereka tak mampu menahan dengki dan ego lalu cuba melawan, kita juga yakin kita akan menang. Mereka juga sangat yakin kita akan menang, mereka akan kalah tapi mereka nak cuba juga melambatkan kemenangan. Rasa dendam, hasad, ego lebih menguasai diri mereka. Mari kita teguhkan hati. Tambahkan takut kepada Allah yang memang Maha Pemurah dan Maha Penyayang tetapi, Dia juga Syadidul ‘iqab….

Ampunkan kami Tuhan. Segera datangkan Penyelamat.

Lobi Hotel Mubarak Medina

7.08 am, Jun 11, 2012

Anjangmuor.wordpress.com 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     I’m Coming Home nyanyian Skylar Grey yang dikatakan lirik lagunya menyeru kedatangan Dajjal.

 

I’m coming home

I’m coming home

Tell the World I’m coming home

Let the rain wash away all the pain of yesterday

(dajal datang membawa hujan atau menampakkan syurga )

I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes

(Mereka gunakan perkataan ‘kingdom’… Lihat kekuasaan mereka!)

I’m coming home, I’m coming home

Tell the World that I’m coming

…………………………………………………………

Back where I belong, yeah I never felt so strong

I feel like there’s nothing that I can’t try

And if you with me put your hands high

( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )

If you ever lost a light before, this ones for you

And you, the dreams are for you

………………………………………………………..

Another lie that I carry on

( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )

I need to get back to the place I belong

………………………………………………………..

What if my son stares with a face like my own

And says he wants to be like me when he’s grown

Sh-t! But I aint finished growing

(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau)

Another night the inevitible prolongs

………………………………………………………..

But we’ve been living as friends

So you’ve been a guest in your own home

It’s time to make your house your home

………………………………………………………..

“Ain’t No Stopping Us Now“

Whenever it comes on it makes me feel strong

Forgave me for all of my shortcomings

( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just like our normal day )

Lot of fights, lot of scars

 

NI LAGU TEMA PIALA EROPAH 2012 yang anak-anak kita, malah kita semua seronok follow game dan resultnya….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s