.***Panggilan Haramain ii-Info Menarik tentang Kebun Kurma RSA***

ImageImageImageImageImageImageImageSalam ceria. Menunggu kalau tak dengan jiwa memang meletihkan. Lebih-lebih lagi dalam penantian ada ujian. Kalau lama menunggu, boleh terhakis keyakinan. Sebab kata Allah: Khuliqal insan min ‘ajal. Manusia dicipta dalam keadaan tergesa-gesa. Maksudnya, Allah cipta manusia, sifat semulajadinya, tergesa-gesa. Nak cepat je. Itulah anjang. Nak tunggu ibu Khaulah dan Diana yang akan musafir dari Cairo, tunggu di Airport Madinah ni,,, teruji. Dah la nak pegi susah kenderaan. Kena ada di airport, ketika mereka chek in Cairo Mesir. Buat urusan yang tak pernah anjang dan Sy Muhasin buat… Cari ‘solah’ menunggu, berjalan di tengah panas membahang. Cari pejabat syarikat penerbangan Mesir. Punyalah susah. Ceritakan masalah. Tunggu panggilan dari Mesir. Jumpa pegawai imigresen Saudi. Hantar telegram ke Airport Cairo. Pasport dipegang. Tak ke mana la, dari jam 3 petang sampai 8 malam. Fuuh. Semuanya kerana kononnya nak laksanakan syariat ‘Mahram’. Apapun terima kasih kepada Syh Omar kerana memahami, “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, dapat hadiah tasbih abanus dan tulang unta.

Post kali ni anjang masih nak cerita tentang ladang kurma RSA. Teruja apa duk kat ladang ni?. Lagilah dapat berkawan dengan Sy Cikgu Zambri, orang lama jemaah. Ikut Abuya sejak 1975. Banyak cerita menarik dari beliau, al maklum orang lama. Juga Syh Sarjan Omar yang rajin di ladang. Syh Muhasin Ranau yang sangat berkhidmat, biras anjang ni. Dia amik akak, anjang amik adik. Sekarang sama-sama jadi peladang kurma. Tak lupa juga, Syh dari Acheh, Syh Raja Ibadiya Syakur. ‘Penguasa’ di sini, sangat tawadhu’ maka Allah angkat darjatnya. ‘Man tawadhaa, rafakahullah’ Malah Allah angkat jasadnya yang anjang kira mustahil boleh sampai ke pucuk pohon kurma setinggi 5-6meter, tapi dia sampai… Berkat… Berkat…kata Syh Azri ar, di Tanah Berkat ni semua boleh jadi. Di sini juga ada kawan-kawan korang, ada remaja iaitu Jun, Suhail dan Nafib, banyak anjang belajar dari mereka.

Ok, korang nak dengar lagi ke celoteh anjang ni?

Lokasi

Mazra’ah Nakhil RSA ni terletak di Khulail, Syarie Baidha’. Iaitu di antara Madinah ke Jabal Baidha’ atau Bukit Magnet. Dalam 23 km dari Madinah. Tak le jauh sangat. Ia di tanah halal. Kawasan ni sangat subur. Air bawah tanahnya banyak. Airnya agak masin yang sangat sesuai untuk tanaman kurma. Kerana pohon kurma memerlukan cuaca yang panas dari atas tetapi akarnya digenangi air untuk menghasilkan buah yang berkualiti. Cukuplah dengan pengairan

Yang sempurna sebagai baja. Anjang tengok depa tak letak baja tambahan pun. Dek kerana kesuburan tanah sekitar inilah khabarnya dahulu Saiyidina Zubair Al Awwam pernah mempunyai ladang yang luas dengan pekerjanya mencapai 4 ribu orang!!! Tapi demi Islam, tiada apa yang tinggal sekarang, semuanya dikorbankan untuk Islam. Hanya sebuah masjid dibina oleh orang kemudian yang diberi nama Zubair Al Awwam.

Keluasan

Ladang GISB tidaklah luas sangat, sekadar 7 ekar sahaja, kerana bukan mudah masyarakat tempatan mahu menyewakan tanah mereka kepada orang asing kerana pertanian kurma sudah menjadi sebahagian identiti khas mereka. Yang ada hanya taukeh-taukeh tempatan yang menggajikan pekerja-pekerja asing khasnya dari Pakistan, India dan Afrika. Tiba-tiba ada pekerja dari Asia Tenggara, khasnya dari Malaysia, berkulit sowa matang sangat-sangat menakjubkan mereka. Kalau mereka tau la yang datang tu Cikgu Zambri, Navy Omar, Pak Ustaz Raja… Lagilah ada Ibu Saadiah, Ibu Khaulah, Ibu Yati Saad, Ibu Fatimah yang bukan asal petani. Tentu mereka lebih terperanjat. Anjang mereka tak terperanjat, memang dah muka kampung. From Kampung Tengah Bakri Muar. Orang Muor.

Sewa

Tak mahal dan ia adalah keajaiban. Cuma 60ribu Riyal Saudi, sewa di sini ikut bilangan pokok yang berbuah, pokok jantan tak kira. 1 pokok 1 ribu riyal sewanya. Kita mempunyai 320 batang pokok berbuah. It’s mean not least 320 ribu riyal sepatutnya kita kena bayar sewa ladang ni. Tetapi kenapa dapat 60ribu riyal sahaja. Itulah faktor rumpun bangsa! At Tamimi!!!.Abu Yasir tuan ladang ini dari kabilah At Tamimi, bila dia tau, Abuya dari Bani Tamim, maka sewa ladang beserta chalet dan kolam renang diberi harga adik beradik. Sangat murah. Berkat… Berkat…

Jenis Kurma

Dari 320 batang pokok, ada 6 jenis kurma terdapat di sini:

1-Ajwa

2-Syafawi

3-Rabia

4-Rotana (macam nama stesyen tv je)

5-Baith

6-Syalabi

Pokok Rabia paling banyak di sini dengan Rotana. Pokok Ajwa paling istimewa. Ada kisah di sebalik kurma ajwa ini. Ada hadis kekasih Allah tentangnya. Buahnya kecil comel tetapi berat. Hargnya mahal. 1kg Ajwa di ladang harganya mencapai 100 Riyal. Di pasar kurma, kita boleh dapatkannya dengan harga 80 riyal Saudi. Post akan datang anjang akan ceritakan tentang kurma Ajwa ni. Sebab dah dekat nak Subuh. “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, . Tak dan.

Chalet

Oop sebelum terlupa di Mazra’ah ni ada chalet yang nilai sewanya adalah 500 Riyal Saudi untuk 12jam. Mempunyai 5 bilik, 1 dapur, 2 tandas, kolam renang paling luas di baidha’, korang tak percaya pi surf, tengok kat google. Setengah kolam di kelilingi dengan julus Arabi dan ianya open air. Sini tarak hujan bang…. Kalau kat Malaysia. Habis basah kusyen ni semua. 

 

Airport Madinah dan villa RSA

7.41pm, Jun 2 dan 3.43am, Jun 3, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s