***Bulan 5: Abuya Muncul di London, Al Mahdi Muncul di KL***

Image.Salam ceria, malam tadi program dengan Sy Megat dan semua warga Irbid. Inilah program yang hampir semua hadir. Yang tak datang Ustzh Behah dan Aini je. Sebab apa? Kena tanya tuan badan. Program tak la penting sangat, cuma Eid Milad Syh Megat ke 54 dan wida’ dengan anjang je. Pastu pemberian saguhati untuk semua. Tak le penting sangat tapi berkumpul itu penting. Sebab kata Abuya, rahmat dan berkat itu turun di tempat orang berkumpul. Rugi kalau tak datang. Anjang jangka, Jaeid dan shift malam di mat’am yang tak datang sebab kerja mereka banyak. Alhamdulillah, mereka tutup kejap, habis program mereka kembali mengemas. Balik lewat sikit. Lagipun sekali sekala boleh kumpul semua. Makan-makan bersama-sama. Seronok. Terasa kekeluargaan. Bah pula kata dalam ucapan pengerusi, Abuya beritau: Keluarga Besar Bani Tamim itu bukan kerana darah yang sama tapi kerana 1 cita-cita, 1 keyakinan, 1 matlamat, 1 perasaan… Bila begitu keadaan kita, kita tergolong dalam keluarga besar Bani Tamim.

Begitulah kefahaman kita, bila kita ikut Abuya 100%. Keyakinan Abuya adalah keyakinan kita, cita-cita Abuya adalah cita-cita kita, kita seolah-olah seperti Abuya. Kalaulah Saddam Husin boleh melahirkan ratusan Saddam Husin, mengapa orang yang cuba meniru Rasulullah saw seperti Abuya tak boleh melahirkan ratusan Abuya? Sebab itu bila Syh Azri bersalaman dengan DS Najib di London, sudah tentu DS Najib merasakan, hidup lagi Ust Azhaari ni. Ada lagi Arqam. Tersenyum dan bersalam dengan aku di London. Kota yang orang Melayu belum pernah nampak berjaya atas nama Islam. Aku baru nak buat yayasan, depa dah buka restoran. Sebab itu ramai orang berkata: Abuya muncul di London.

Itulah kegemparan bulan Mei 2012.

Rupa-rupanya, banyak lagi kegemparan, samada kita tahu atau tak. Malam semalam, di MNM, Irbid, datang seorang pemuda Arab. Menarik kedua tangan anak-anak lelakinya yang comel. Dengan berjambang dan spek,ketika melihatnya anjang terus teringat namanya: Ahmad Hariri!!! Anjang memanggil, bila menoleh… Tak syak lagi, dialah orangnya. Lelaki dari Dar’a Syria yang pernah bertemu Abuya di Nilai tahun 2006. Mendapat hadiah kain pelikat dan buku zikir agung dari Abuya. Ketika menceritakan pengalamannya dan keluarga berhadapan dengan kezaliman rejim Assad, Ahmad sempat berkata: Ada seorang perempuan solehah yang datang kepadanya ketika dia di kampungnya di Dar’a, memberi kepadanya sesuatu yang sangat berharga. Himpunan bacaan yang perlu diamalkan. Apabila dia membandingkan dengan apa yang ada di dalam buku Zikir Agung yang Abuya hadiahkan, didapatinya semua ayat-ayat itu ayat-ayat yang sama. Adakah ianya satu kebetulan. Maha Suci Tuhan…tiada satupun perkara yang kebetulan, semuanya didalam qada’ dan qadar Tuhan.  

Tak lengkap kalau anjang tak sertakan cerita pengalaman seorang yang Allah hadiahkan bertemu Al Mahdi. Bukan di Maqam Ibrahim depan Kaabah tetapi di Malaysia. Di sebuah hotel di Bukit Bintang. Mari kita ikuti kisahnya dengan dada yang lapang. Kalau ia bukan pengalaman kita, jangan mudah menafikan pengalaman orang lain.

 

Sayyidi Imam Mahdi di temui zahir dengan jasad fizikal pada 18 Mei 2012.

Seorang pengamal tariqat qadariah (Sheikh Abdul Qadir Jailani) dapat berpelukan jasad dengan Imam Mahdi di hotel Bukit Bintang pada bulan 5 ini. Beliau seorang lawyer, lulusan UIA, asal Penang isteri orang Johor. Namanya Sirajun Aswad bin Abdul Kadir, umur 32 tahun kerja dengan Syarikat Zico. Mempunyai pengalaman-pengalaman rohani hasil mengamal tariqat. Peristiwa besar ini berlaku begini. Seperti yang di kesahkan oleh kawan kita (berkawan baik dengan Sirajun) iaitu Ikrimah bin Ismail di Merbok.

Pagi 17 Mei, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang Arab menjual cincin dari Yaman. Kerana pada cincin itu ada tulisan Nur Muhammad dia pun membeli dan terus pakai.

Sewaktu zohor cincin itu tak boleh di buka. Makin ketat dan ketat. Dia ke hospital tapi tetap gagal. Hospital panggil bomba dan akhirnya cincin itu di potong. Jari manisnya jadi bengkak tapi jelas ada tulisan Nur Muhammad pada kulit jarinya. Kesan kuatnya cengkaman cincin itu. Setelah di obati dan dibalut dia balik ke hotel penuh keletihan.

Tidur sampai pukul 3 pagi 18 Mei baru terjaga. Padahal dia sepatutnya ke Airport pukul 1 pagi untuk ke Berlin German. Bergegaslah beliau turun ke lobby hotel untuk bertanya kepada pengurus perjalanannya. Katanya mereka sudah buat macam-macam untuk menyedarkannya tapi tiada respon. Gagallah dia keluar Negara seperti yang ditugaskan oleh syarikatnya. Naiklah dia ke bilik untuk siap-siap sembahyang subuh. Seelok di buka pintu biliknya 0313 beliau mendapati ada orang sedang sembahyang. Wangi, cantik dirinya, cantik sembahyang nya, berjubah dan serban putih serta rida’ atau selendang putih di leher dan bahunya. Muka tak nampak sebab kiblat mengadap ke dinding depannya. Tidak terlalu terperanjat kerana agak biasa denan pengalaman rohani itu, maka dibiarkan orang itu selesai sembahyang dan dia menunggu depan pintu. Dia tarik pintu agak tertutup sebab tak sanggup lihat kalau tiba-tiba orang itu hilang. Selama 10 minit peristiwa itu, tiba-tiba orang itu keluar kepadanya. Mukanya bercahaya terus bersalaman berpelukan dia cium tangan dan dahi orang yang di panggil pak cik itu “Siapa nama Pak cik?” tanyanya. “Saya Al Mahdi” jawab pak cik itu. “Saya tumpang sembahyang di sini kerana bilik lain tak boleh masuk.” Katanya lagi. “saya tempat orang mendapat petunjuk. Ini waktunya saya datang” demikian Pak cik itu menjelaskan. Dia pun pergi. Berjalan dalam jarak 10 Meter, terus ghaib (hilang).

Bersujud syukurlah Sirajun oleh peristiwa itu. Tak jadi ke German rupanya untuk jumpa Imam Mahdi yang di tunggu. Esoknya dia balik Johor. Dalam keadaan cedera di jarinya sudah sembuh sama sekali tanpa sedikit pun kesan.

Huraian cerita diatas setelah di rujuk kepada roh Nabi Akhir Zaman. Bahawa Kerajaan Ajaib lah mencatur peristiwa ajaib yang terjadi itu. Cincin yang dibeli dan dipakai adalah sebab untuk berlakunya kejadian. Orang arab itupun jelmaan. Adanya Nur Muhammad di jarinya lah yang menjadikan biliknya boleh di masuki orang roh. Oleh hospital dan bomba jarinya jadi sakit akibat cincin berwatak ganjil. Tak mampu mereka selesaikan masalah itu. Pemimpin roh menyelesaikannya dengan begitu mudah sekali.

Bulan 5 tahun 2012 adalah bulan gempar. 1001 kegemparan di alami oleh orang-orang roh. Imam Mahdi di takdirkan Allah untuk sudah di lihat orang. Apa lagi kah agaknya Allah akan takdirkan? Sama-sama kita tunggu dan lihat sambil bersiap-siap menyambutnya.

Ok, itu saja buat pagi ni. Cadang nak keluar sebab, malam ni akan bergerak menuju Haramain. Ya Allah terimalah hambaMu yang hina ini….

Bilik Homestay Ikhwan A, Irbid

6.38am, Mei 29, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

P/s Eid Milad Saeid buat Fathiyah Harun. Mudah-mudahan kamu dapat datang ke Jordan, tanah tumpah darahmu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s