***Keliru***

ImageSalam. 

Baru-baru ni anjang on ym. Dah lama tak on, sejak ber BB. Ada bekas anak buah menegur. Bertanya beberapa soalan. Anjang rasa, elok dikongsikan sebagai panduan. Antara dialog kami (cuma jawapan-jawapannya anjang dah olah kerana post ini untuk panduan). A: Anjang K: Orang yang keliru

K: Us nak tanya sikit boleh?

A: Silakan!

K: Mengapa ramai orang yang tak setuju dengan Ummu?

A: nak jawab panjang sangat, jadi jawapan ringkas, sebab sombong dan dengki.

K: Jawapan panjang?

A: (anjang lupa apa anjang jawab)

K: Apakah yang Cikgu Hashim sebut dalam You Tube itu benar secara ilmiah?

A: Tengok hasil Islam yang dia amal, adakah sama dengan Islam yang BUJ dan GISB amalkan? Adakah nampak syiar Islam terbangun.

K: Boleh ke kemajuan lahir dijadikan ukuran kepada kebenaran?

A: Tidak boleh kalau secara mutlak, atau semata-mata untuk dijadikan ukurun. Tapi boleh digunakan untuk membandingkan dua kumpulan yang masing-masing mengaku dalam kebenaran.

K: Jun beritau ana, Dr Hamid kata, kebenaran itu ada pada golongan yang sedikit.

A: Jawapan dia ni pun ambil dari BUJ.

K: Maaf, tak faham.

A: Jawapan ini dari minda A. Ummu jadi pengantara antara kita dengan Abuya bukan sekarang. Dari dulu lagi. Buku-buku Abuya, Ummu yang susun. Hakikatnya kita guna minda untuk menjawab atau mengelak hasil dari jasa Ummu juga. 

A: Ya, kebenaran ada pada golongan yang sedikit. Ertinya dalam berbilion ramai umat Islam, ada satu golongan yang benar-benar dalam Kebenaran. Ia bukan bermakna bila berlaku ujian dalam jemaah kebenaran, terjadi beberapa golongan, maka yang kekal dalam kebenaran itu ialah yang paling sedikit bilangannya. 

Mana ada jemaah serpihan yang bertahan dari zaman Akbar Anang, Us Mokhtar Yaakub, Hj Halim yang kekal hingga hari ini. Jadi tafsiran Dr Hamid, kebenaran ada pada golongan sedikit yang di maksudkan, mereka yang mengikut Cikgu Hashim sama sekali tak betul. 

Kalau begitu nanti jika Raja Suhaimi dan Khairullah tak setuju dengan Cikgu Hashim, ikut Hasnul, maka adakah Kebenaran itu milik jemaah Hasnul pula?

K: Kalau dari dulu pun ana sedar ana jauh dari semua segi berbanding Jun dan apa lagi Dr Hamid…sbb tu ana confuse apa jd pd dr hamid tu…?

A: Ia soal keyakinan dan rezki. Kalau yakin sila ikut. BUJ sendiri kata, dia dulu pertikaikan li khamsatun, kenapa amal, kenapa 7 kali, bukan 5 atau lapan ke? Abuya kata, yakin tak? Klu yakin amal. 

Ramai lagi yang lebih hebat dari Dr Hamid atau Jun tapi dah tak ada… Ia rezki

Sbb tu kena takut dengan Tuhan, bila-bila boleh kena tarik. Ana sendiri tak tau, apakah boleh kekal. Nasib kita belum tahu. kebenaran itu mahal, tak ramai yang diberi faham dan direzkikan yakin.

K: Keyakinan pun kena berasas juga Ustaz.

A: Boleh tak jawab dengan hati secara jujur, apa asas keyakinan Sy Abu Bakar terhadap Rasulullah saw.?

K: ……….

A: Kaedah mudah, macam Abuya cakap pada Ummu, yakin tak? Kalau yakin buat. Contohnya: Ana yakin pada BUJ tak pada Ummu Ain, sebab itu ana ikut. 

A: Macam mana dengan amalan? Masih berwirid ke?

K: Tak sempurna. Kami tak canggih dalam amalan ….jauh sangat la dari ustaz dan kawan2….tambah2 kami di sini (UK)

A: Kena sungguh-sungguh wirid sebab kalau ada ujian, mudah-mudahan mampu bertahan. Pastu kena cari wakil pemipin di situ.

K: Pada ana, ketika mereka menjadi pemimpin besar, tentulah mereka pun kuat berwirid. Tapi kenapa jadi macam tu?

A: Mungkin hebat mungkin tak. Kita tak tahu, Tak tentu amalan seseorang itu hebat..Zahir kita boleh tipu manusia, di sisi Tuhan macam mana?

K: Maknanya dia nampak hebat tapi dalaman sebenarnya tak hebat..

A:…….(No komen)

K: Bila cikgu Hasyim , Dr Hamid dll dah silap faham macam tu, kena di fahamkan oleh kepimpinan atau biarkan sahaja?

A: Masalahnya mampu ke? Mampu ke kita nak fahamkan mereka. Mampu ke mereka nak mendengar dari kita. Sedangkan kita hanya tahap anak murid atau anak buah mereka. Kalau tak mampu, doakan adalah lebih utama.

Itulah antara dialog Anjang dengannya, anjang minta mereka cari Sy Ali Tahir, wakil Abuya di sana dan alhamdulillah dah berjumpa seperti yang Sy Ali sampaikan dalam mesej di bawah.

 

Kisah keajaiban disebalik rakaman semula nasyid Jangan Tingggalkan Aku Tuhan… Sepasang suami isteri anggota GISB bersama 4 orang anak yg telah lama menyepi di satu daerah 2 jam diselatan London (Southampton) tiba2 datang ke cafe di London. Mereka terpanggil nak kembali kepada Abuya tetapi mengambil masa begitu lama nak buat keputusan. Malu, segan, takut dan berbagai2 perasaan menghantui sehingga Abuya (wakil Abuya, Sy Azri ar) muncul di London bertemu dgn PM Dato Najib. 

Lalu kami buat jamuan makan dan minta Sy Atho ar hiburkan mereka. Dalam ratusan nasyid, Abuya telah memilih nasyid Jangan Tinggalkan Aku Tuhan untuk memberi mesej yg sungguh jelas pada mereka. Mereka terharu dan menangis lalu dapat satu kekuatan semula untuk kembali menyerah diri kepada Abuya semula dan berperanan semula mempromosikan Tuhan. Abuya benar2 menjawab segala persoalan yg menghantui mereka selama ini. Cukup dgn sebuah nasyid hati boleh berubah untuk tinggalkan dunia dan kembali kepada Tuhan. Lalu nasyid ini dirakam semula bagi membantu ramai lagi kawan2 di seluruh dunia yg masih terikat dgn dunia dari seratus peratus dgn Abuya. Abuya Tolong bagi kami dapat hati seratus peratus dgn Abuya.

 

Jangan Tinggalkan Aku Tuhan

 

 

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan

Apalah erti hidup ini

Jika Engkau biarkan aku Tuhan

Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpa Mu Tuhan

Aku memerlukan Mu

 

Jika Engkau pimpin aku

Segala yang ada mempunyai makna

Setiap milikanku mempunyai erti

Kalau tidak memiliki apa-apa pun

Masih mempunyai

 

Begitulah besarnya erti hidup ini

Bersama Mu bahagialah hati

Cerialah muka walaupun papa

Kalau hidup ini tidak bersama Mu

Hilanglah bahagia ceria tiada

Walaupun berkuasa dan kaya

 

Betapalah kalau miskin dan papa

Bertambah malang bahkan celaka

 

Engkau adalah keperluan 

Didalam kehidupan

Engkau adalah cahaya 

Menyuluh harapan

Engkau adalah diperlukan 

Didalam sebarang hal dan keadaan

Engkau adalah segala galanya

 

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Jangan biarkan aku Tuhan

Itulah harapan ku padaMu

Dengan rahmat Mu

Tuhan harap tunaikan

 

 

Ok, hingga bertemu lagi. Mzb

 

Ruang tamu, Homestay Ikhwan Irbid.

6.43am, Mei 27, 2012 Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

5 thoughts on “***Keliru***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,Ana dah “draft” komen yang agak panjang tau.Tak jadi lah nak hantar Ustadz.Pendekkan cerita lah untuk KESINAMBUNGAN & KESEJAHTERAAN hubungan persaudaraan sebagai PEJUANG2 KEBENARAN diakhir zaman ni.
    Yang terbabit dalam “gala” ni MESTILAH bersemuka 4 mata.MESTI.”Trash out” semua masa’alah yang timbul,sekechil kechilnya sehinggalah sebesar besarnya.Masa’alah Aqidah,Sunnah & juga yang Haram,yang Subjectif & Objectif sekali.TAK RUGI!!!.Mengalah kepada KEBENARAN.TAK RUGI!!!.
    Ana beri satu analogi/perumpamaan lah,insya’Allah.
    Kalau kita amalkan hukum hakam FARAID,ibarat,”SEPARUH AGAMA”,sabdaan Habibbullah,Nabi Muhammad {SAW}.Kalau tak,MESTI ada WASIAT BERTULIS.Ini pun ada syarat2 yang tertakluk.Kalau tak nak BERWASIAT langsung,boleh lah agihkan {beri bukan lafaz} berapa banyak kepada sesiapa pun sebelum “pulang ke kampung”.Ini URUSAN dia dengan Allah Azza Wajallah.Tak ada manusia lain pun boleh masuk campur,insya’Allah.
    Seperti FATWA juga.MESTI ikut SYURA’,bukan DEMOKRASI.Kalau ada 10 Ulama’ yang ada kuasa “legislatif”,SEMUA nak setuju.SEMUA.Kalau SATU tolak,SATU aje,FATWA itu tertolak dengan sendirinya.Kena lah muzakkarah pada lain masa,lain waktu untuk mendapat 100%.Bukan demokrasi {majority wins}.BUKAN.
    Ana harap sangat berlakunya PERPADUAN.Sebenarnya,ana dah RASA & menjadi SAKSI lah KEGEMILANGAN ISLAM yang dibangunkan/dizahirkan/diikhtiarkan oleh Mursyid ana,ABUYA ASHAARI MUHAMMAD AT TAMIMI dengan jemaah Al Arqam,khususnya di Kampung Sungai Pencala walaupun ana tak pernah ke sana.
    Kalau kita rujuk kepada khutbah WIDA’ ABUYA di YT,pada penghujung perjuangan ada banyak PENAPISAN.Lagi dekat,lagi banyak ujian,lagi banyak penapisan/penyingkiran akan berlaku.Bukan mudah nak dapat CINTA DIA.
    Sekarang,ana cuma tunggu ………jikalau Allah rezkikan ana umur yang berkah,sama2 lah tunggu di Tanah Hijaz atau Alhambra,insya’Allah.

  2. Salam. Maaf tuan kalau sy bertanya tak kena masa. Saya masih tertanya2 apa yang berlaku pada Hasnul. Kalau di laman Facebook, dia banyak menulis tentang kaedah bercakap tentang kebenaran, perihal akhlak mulia dalam menyampaikan kebenaran. Bahkan banyaknya macam nak sindir Ummu Jah.. Apa pandangan Tuan Syeikh? Pada masa yg sama, ramai pulak yang ikut Like… Kawan2 saya yg tak ikut GISB tp pernahla ikut zaman rufaqa’ pun penah kata, kalau kita xmampu untuk buat (bangunkan jemaah) macam yg Ummu Jah buat, jangan pulak kita mengata dia. Sape kite ni…

    #tuan xnak siar pon xpe..semoga persoalan sy terjawab..mohon maaf.tq

  3. maaf bnyk2..sy pernah dgr pengakuan dri individu yg kini telah pun keluar jemaah,pernah berlaku dlm satu majlis bersama dgn ummu ada hasnul skali.ketika ummu suruh hasnul bernasyid lagu selawat.hasnul berselawat dlm nada yg sungguh merdu la..tiba2 ummu suruh hasnul berhenti dan mengatakan ummu nak muntah dgr hasnul bernasyid.waktu itu kata individu itu, merah padam muka hasnul.cerita yg sy dengar ini menjadikan sy terfikir kenapa individu itu bercerita pekara ini kpd sy?.adakah dia cuba memberi gambaran yg buruk perilaku bonda ummu atau melahirkan rasa simpati pd hasnul?.dlm hal ini sy mengambil keadah berhati2.dgn cuba mencari apa sebabnya kalau ummu berkata sedemikian,dan apakah yg harus hasnul lakukan ketika dia ditegur dgn cara demikian.waktu itu era rufaqa.ungkapan jadilah org roh,ibadahkan roh,rohkan segala amalan sdg giat dipromosikan olh ummu waktu itu.pd pendapat sy,ummu yg waktu itu telahpun menjadi org roh,telah melihat dan mendengar alunan nasyid selawat itu dri hasnul yg tiada roh..nasyid yg tiada roh ialah nasyid bangkai..patutlah ummu ckp ummu nak muntah dgr..bangkaikan busuk..itu teguran dri org roh,kenalah diambil secara positif,tapi syg sekali hasnul telah menerimanya dgn hati yg mendongkol,xpuashati dan rasa terhina.itulah puncanya kenapa hasnul hari ini telah menolak ummu..maaf bnyak2..sy kena ceritakan apa yg sy tahu,supaya org tahu dan nilai sendiri..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s