***Mandi Wadi Hadramaut***

ImageImageImageImageSalam ceria. Semalam Jumaat. Lepas Jumaat Sy Megat ajak pekena mandi. Haaa, korang jangan poning, ajak mandi kat air panas ke, air terjun ke atau kolam renang? ‘Mandi’ nama tu salah satu hidangan nasi minyak ala Yaman yang terkenal. Kalau ikut asal tradisinya kena masak dalam tanah. Wallahu a’lam macam mana caranya. Dah Syh Megat nak belanja, kami sedia la. Sediakan perut yang ‘agak’ lapar….ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Tuhan yang takdirkan rupa-rupanya kami berlima pernah diproses di BRSA Bt Hampar.

Syh Megat, Us Najri Manjung, Us Zul Mokhtar, Us Syidi adik Sy Anuar Perancis, dan Anjang. Anjang memang student Bt Hampar, sekolah bayangan jemaah di Era Al Arqam. Pahit manis di yayasan Arqam masih lagi dikenang hingga hari ini. Us Najri bapa mertua Sy Salleh Saliyan bukan orang lain di Bt Hampar. Bekas NAVY. Hujung minggu mereka akan bergotong royong di Bt Hampar. Termasuklah Abg Akub yang kerja di Dock Yart. Usrah Manjung masa tu bawah Perak 3. Sy Megat dari Ipoh, era Ikhwan ni, banyak berkhidmat di Bt Hampar. Us Zul pula, di awal pembukaan semula Rufaqa’ di Bt Hampar, dia terlibat menjaga remaja-remaja harapan. Dengan Sy Tengku, Us Fadhil Hanafi dan tak lupa yang lebih lama dan masih istiqamah di sana, Us Zar Nukman kita. Us Syidi pula datang selepas itu, tapi sempat juga 6 tahun di sana. Kalau belajar medic di Irbid ni dah grad dan tunggu konvo la… “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, 

 

Jadi, me’mandi’kan dirilah kami ni. 3 wajbaat lahmah tak cukup, tambah satu lagi…fuuh sedap. Terima kasih Tuhan. Lokasinya dekat trafik light zam-zam Syari’ Idoon, menghala ke duwar jamiah, sebelah kiri. Di sebelah Bank apa nama ntah. Turun tangga ke level bawah tanah. Di sinilah terletak ‘Wadi Hadramaut’, jangan melantak banyak sangat, boleh bawa mauttttt. Tambah nasi percuma. Air gas percuma. Tak tau la untuk orang lain, untuk anjang percuma. Anjang dah pelawa pekerja dan bosnya ke Mat’am Nur Muhammad, tak muncul-muncul.

 

Nak makan duduk di lantai atau di kerusi, anta hurr… Kami duduk di bawah, teringat Bt Hampar. Macam makan di waqaf yang Syidi buat tu. Nasinya lembut, beras panjang, daging tak liat. Cuma bau kambing kurang. Sy Anuar Perancis mesti tak suka. Tak de bau bukan kambing tu Tuan, kata dia.habis kalau bukan kambing apa? Orang Kedah kata: Kambinn…..

 

Anak-anak Abuya makan kena habis, bagi licin. Jangan ada sebutir nasi tertinggal. Membazir. Haram. Kawan setan. Kalau berjuang masih kawan dengan setan, macam mana nak menang? Sebenarnya semua orang kena makan macam tu. Kita umat Islam, kena ikut sunnah. Tapi sunnah dah dipinggirkan. Oleh bangsa yang dianugerahkan Nabi kepada mereka. Apa lagi kalau mereka yang dah dirosakkan yahudi. Merasakan, kalau licin tu pelahap. Kalau jilat jari, tak standard. Akhirnya makan tak habis, nasi bersepah. Lauk berbaki. Mungkin semuanya dihumban ke tong sampah. Allah… Kejamnya kita umat Islam.

 

Ok, anak-anak… Makan kasi habis tau. Nanti anjang belanja makan ‘mandi’… Jumpa lagi. Mzb

 

Ruang tamu, Homestay lama, Hijazi, Irbid.

9.53am, Mei 26, 2012  

Anjangmuor.wordpress.com.

Advertisements

One thought on “***Mandi Wadi Hadramaut***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,Dorang nak masak apa pun,waima DALAM laut merah sekali pun,tak pe lah Ustadz.Biarkan dorang.HEHEHE.
    Bab MAKAN dari sunnah Rasulullah {SAW} ni banyak sangat.Sebelum makan ada,Tengah makan ada,Selepas makan pun ada.Yang berkaitan tentang makan secara tak langsung pun ada.Masha’Allah.Kerana,”IMAN BERMULA DARI MAKAN”,sememangnya & sewajarnya Baginda menitik berat tentang hal ini,seperti ABUYA.Seafdalnya dari kechil/muda diterapkan.Kalau tak,dalam jemaah pun boleh bantu membantu.Tidak merugikan,insya’Allah.
    Ana ni 25 cc & kurang lah Ustadz.Bodoh pulak tu.Tak tahu makan.Tak pandai.Kalau lauk asam pedas ni,boleh mamam sehingga SATU bulan.Lauk lemak {tak kesah lah lemak apa},SATU bulan juga.Kari ikan pun sama.HEHEHE.
    Dulu waktu bujang,2 TAHUN ana bajau lauk asam pedas,telor mata gajah & kacang goreng.2 TAHUN.Sehingga budak2 Kelanteh nampak ana dari jauh dah berteriak,”ASAM PEDAS DATANG 2″.Ana senyum podeh aje {macam nak tekong aje budak2 ni}.HEHEHE.
    Makan LEBIH dari 2 lauk pauk {walaupun boleh habis} = MAKRUH
    Makan LEBIH dari 2 kali dalam sehari {yang berat lah} = MAKRUH
    Secara purata,umur kita bila mencekau 30 ke atas,berat badan haruslah berada dalam linkungan 65 & ke bawah.Tapi kalau BMI,iaitu BODY MASS INDEX {ukuran berat badan berbanding ketinggian} kita dalam tahap average,Alhamdulillah.Ini untuk orang yang berbidang besar,tinggi,lebar atau pendek & sebagainya,insya’Allah.
    Kali terakhir kita check kesihatan adalah pada tahun 2010 di General Hospital.Alhamdulillah.Orang rumah dapat voucher NTUC sebanyak $300.Dah macam pasar mini di Jalan Minyak tu.Rezki anak3 tiri,menantu2 & cucu2 lah.
    Syukran,Selawat & Salam dari ana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s