***Najib, BERSIH dan GISB di London***

ImageSalam ceria, musim panas begini rupanya bas hijazi dan cooster yang popular di sini habis awal. Anjang keluar rumah sebelum Isyak. Isyak musim panas ni jam 9.11pm. Us Zul dan Syidi keluar sekali, nanti drop mereka kat Safeway. Anjang terus ke Mujamma’ Amman Jadid. Dari sini seluruh kenderaan awam dari Irbid menuju ke bandar-bandar lain seperti Amman, Ramtsa, Suwaileh, Salt dll. Tapi waktu anjang sampai dah sunyi, habis awal. Yang ada hanya prebet-prebet sapu. Ok la dengan tambang JD2, tanpa menunggu lama, kereta bergerak ke Suwaileh.

Elok turun di Mat’am Qasr Lubnan, restoran makanan Arab 3 bintang di lereng bukit di antara bandar Jerash dengan Suwaileh, (betul-betul berhadapn dengan Universiti Philadelphia), di bawah pengurusan GISB, makan malam dah tersedia. Kata orang Melayu, ‘Langkah Kanan.’ Suhail, Syh Husin Sabah, Syh Wahab dan Zayyad memperlawa makan. Ingat nak pekena masakan panas Abu Mubarak, tapi Tuhan takdirkan masyawi Arab air tangan Saiyid Misri. Dujaj Qasr, Sup Daging, Kebab, Syuguf membuka selera anjang. Panas-panas. Habis ni, turun tingkat bawah, nak makan laksa Ibu Anisah Morad ar. Perghh. Laksa Penang dengan cili api narr!!! narr!!, mana nak jumpa di Irbid?! Memang dalam jemaah makan dijamin. Rezki melimpah ruah. Poket selalu kosong, tapi trevel merata, makan macam orang kaya. Antara rahmat berjemaah.

 

Syh Azri ar mesti akui perkara ni. Dulu semasa dia jadi kontraktor, macam-macam kemewahan dia dapat. Tapi semuanya bil masori, bil fulus. Hari ini tanpa fulus di tangan, dia dapat: 

‘hakikat’ fulus 

                  iaitu semua diurus 

dan dia, seperti juga kawan-kawan yang lain, dia dah jejakkan kaki di kota London. Kota bersejarah kepada negara kita Malaysia. 

 

Kronologi Kemerdekaan

 

27 Julai 1955

 

Pilihanraya umum kali pertama. 52 kerusi dipertandingkan untuk ke Majlis Persekutuan. Parti perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah memenangi 51 kerusi.

 

1 Januari 1956

 

Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura, menaiki kapal laut Asia hingga ke Karachi dan dari sana menaiki kapal terbang ke london.

 

16 Januari 1956

 

Rombongan merdeka tiba di London. Ahli rombongan yang terlibat terdiri daripada: Tunku Abdul Rahman (Ketua) , Datuk Abdul Razak bin Hussain, Kol. H.S Lee, Dr. Ismail Abdul Rahman, T.H Tan. Wakil raja-raja terdiri daripada: Datuk Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood ( MB Kelantan), Dato’Abdul Aziz Abdul Majid (MB Selangor), Haji Abdul Wahab ( MB Perak), Dato’ Mohammed Seth (Johor) dan MCS Abdul Kadir Sahamsuddin.

 

8 Februari 1956

 

Tututan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani antara Tunku Abdul Rahman dengan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lenox di Lancaster House.

 

21 Februari 1956

 

Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dan disambut oleh ratusan ribu rakyat yang sedang menunggu.

 

21 Februari 1957

 

Penyata Suruhanjaya Reid dikeluarkan. Menggubal undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Antaranya: pembentukan parlimen, Yang di-Pertuan Agong dan timbalan sebagai Ketua Negara, kuasa raja-raja Melayu, agama rasmi, perlantikan Perdana Menteri, pilihanraya dan lain-lain.

 

9 Mei 1957

 

Tunku sekali lagi berangkat ke London untuk persiapan terakhir kemerdekaan bersama Datuk Abdul Razak, Dato’ Sambathan, Datuk Ong Yoke Lin, dan penyimpan Mohor Raja-raja Melayu, Haji Mustapa Al-Bakri.

 

31 Ogos 1957

 

12.01 dinihari di Padang Kelab selangor berhadapan Bangunan sultan Abdul Samad, bendera Inggeris, Union Jack telah diturunkan buat kali terakhir dan digantikan dengan Bendera Persekutuan. 8.00 pagi di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaya yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu. MERDEKA!!!

 

Ini sejarah. Ramai yang tau, saja anjang nukilkan. Tetapi sejarah yang sedang dicipta, janganlah tak amik peduli. Tunggu dan lihat apa yang berlaku bulan 5 ni.

 

Tunggu tu membina rindu.

Duduk berkampung dan berkubu 

 

Ia menghasilkan sesuatu yang besar dalam kebangkitan Islam kali ke 2. 

 

Lihat tu dengan persiapan. 

Perhatikan BUJ ar, Jemaah, Haramain, Malaysia, dunia.

 

Abuya meninggalkan kita pada 13hb Mei 2010, satu sejarah yang mudah orang ingat. Sekarang Abuya ambil sejarah di London pula. Macam mana seorang yang ghout 1 minggu, ke bilik air pun merangkak, tiba-tiba boleh sehat. Mampu bertemu PM Malaysia, dengan senyuman menerangkan keberadaan jemaah A di London. 

 

Di Malaysia kita diburu bagai kucing kurap. BRSA Bt Hampar diserbu lebih 100 orang di tengah malam. KDN, Jab. Agama dan SB bergabung tenaga. Serbuan dan tangkapan di Shah Alam. Di Penang naik turun mahkamah. BUJ ar diburu. Tapi anehnya GISB muncul di bumi yahudi. Di London dengan senyuman. Memberi pengharapan kepada pemimpin UMNO yang sudah lesu dek tekanan BERSIH.

 

Walau letih lesu, kerana dihina BERSIH, PM tetap ke London. GISB menunggu di London. Di Malaysia GISB dimaki hamun, disesatkan, di negara yahudi, Allah buat sesuatu yang besar. Di London terjadi sesuatu besar oleh KA. Ketua polis yang jaga keadaan resah gelisah kerana jeritan BERSIH, tetapi keadaan terkawal kerana ada kuasa yang mengawal. Sebelum ini kita tidak dibenarkan masuk. Imej orang-orang yang tersenyum mesra, berbaju kemas, berkupiah Oman ini tidak pernah layak bersama majlis ‘sepetang bersama PM.’ 

 

Tapi bila Allah kehendaki Syh Azri ar berjaya mempromosikan kafe NM kepada PM. Melepasi SB yahudi dan Malaysia. Syh Azri telah dapat bersalam dengan PM, setelah PM sendiri berjalan ke tempat beliau berdiri. Aneh kerja Tuhan.

 

‘Kami ada kafe di London.’ 

Najib menunjuk minat bertanya: ‘Untung ke?.’ 

‘Boleh, dah 6 bulan operasi.’

 

Macamana orang yang ditekan di Malaysia, sekarang ada di London. Ada satu etnik Melayu berjaya di tempat yang tidak pernah orang Melayu berjaya. Kaum inikah yang lebih layak menerima kerajaan ini dari DSAI dan ‘kaumnya?’

 

Di waktu orang hina PM, ada yang datang cuba menyelamatkan. Waktu orang cemuh kamu, kalungkan kamu dengan bunga malai, ada yang bersalaman denganmu dengan senyuman. Ikutlah Islam Islam, kamu akan selamat. Inilah proses penyerahan kuasa kepada Islam secara aman. 

 

Ya Allah ampunkan kami. Ya Allah pecutkan roh kami menujuMu melalui orang-orangMu.

 

Jumpa lagi…

 

Bilik suluk GI, Irbid.

8.22am, May 25, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***Najib, BERSIH dan GISB di London***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s