***Corat coret Gerbang Haramain***

ImageSalam ceria. Malam ni anjang ke Jerash sebab nak sambut Sy Megat yang sampai esok pagi di QA Airport. Dia naik RJ. Direct flight. Kalau sewa kereta, mau habis JD30, naik bas je la. Lagipun dia sampai pagi. Dalam jam 5am. Boleh ambil bas ke Mujamma’ Syimali. Dari Mujamma’ Syimali, ambil bas Hijazi ke Irbid. Sampai Mujamma’ di Irbid, boleh naik teksi, ;d1 je untuk sampai ke Duwar Qubbah.

Esok 1 rombongan akan ke Haramain. Dalam 30 orang. 1 bas. Termasuk ibu-ibu Zon yang ada di sini. Bagi orang GISB, keluar masuk Haramain ni dah biasa. Ibu Ju At Tamimi dan Ibu Roslina yang baru je pulang ke Malaysia dah sampai semula ke Amman untuk masuk ke Haramain. Teringat kata-kata mak anjang semasa call nak maklumkan padanya, anjang nak balik bertugas ke Syria. Apa mak kata: Ko ni, kejap sangat balik. Aku ni, semenjak ko balik, Bando Muo pun belum pegi, ko dah nak balik sana. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 

 

Yang baru sampai ada beberapa orang. Baru sampai dari Haramain. Antaranya, Kak Maliha, Kak Yati, anak Wan Sivi dan Syidi adik Sy Anuar Perancis. Syidi ni bukan orang lain pun di Jordan ni. Masa anjang belajar sini, dia pun di sini. Di tahun 90’an. Cuma di sekolah Menengah. Kat Omariah rasanya. Antara bekas pelajar Omariah, Syh Miqdad, Ibu Om, Ibu Yati Salim. Mereka masih muda. Masa tu Syidi vokalis kumpulan Nasyid kami. Selain Syh Malek Raswan. Pastu tenggelam namanya, bila anjang pindah ke Kem Motivasi di Bt Hampar, jumpa dia di sana. Bahagian pembangunan dan penyengelaraan. Dengan topi dan kereta sorong dia bertukang keliling bandar RSA. Waktu solat, selalu jadi imam. Rupanya balik Jordan sempat jadi mat rempit. Bila enta berubah? Bila aruah Ayah meninggal. Ya, kematian banyak merubah seseorang. Tapi, lebih ramai lagi yang tak berubah-ubah walaupun sudah berlaku banyak kematian orang di sekelilingnya.

 

Jadi Jordan istimewa. Tempat transit mereka yang keluar dan masuk Haramain. Gerbang Haramain. Di sini juga tempat ramai zuriat Abuya bergelangang. Anjang menumpang berkat mereka. Walaupun ada kedudukan yang tersendiri, rupanya Abuya nak buat kegemparan di bulan Mei ini bukan di sini. Di sini sudah lama terkenal sebagai kubu Abuya. Abuya buat kemunculannya di London. Kota yang sangat dikuasai yahudi. Abuya dah masuk kubu yahudi. Macam mana tu? Malas anjang nak tulis sampai habis… Korang bukan baca pun celoteh anjang sejak akhir-akhir ni.

 

Cerita best-best ni. Tapi kalau best, tak ada yang baca, tak best langsung… Ok, korang cari sendiri la cerita Syh Azri bertemu DS Najib di London. Ulasan di balik peristiwa. Teringat sama-sama dengan Sy Azri dan Us Zul Mokhtar di homestay Syria, musim panas tahun lepas. Berkurung di rumah. Bulan Ramadhan pula tu. Ramadhan tahun ni tak tau di mana? Apakah akan berjumpa?

 

Bilik suluk Syh Wahab, Jerash, Jordan.

12.14am, Mei 24, 2012H

Anjangmuor.wordpress.com 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “***Corat coret Gerbang Haramain***

  1. Citer la sh…saya tak pernah miss entry kat blog ni…semua saya baca…citer la kalau takda org baca saya baca….ceciter2

    • Bila anjang chek pembaca blog anjang majoritinya dari Malaysia dan Kanada. Yg Malaysia ni anjang faham la. Dari Kanada ni sapa mereka? Student Malaysia ke sapa ye?! Ada sesapa boleh jawab?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s