***Jadual Allah di Malaysia part-iii- Sidi Hisham merasmikan stable GISB Mekah***

BUJ AR bersama kambing-kambing yang sangat manja.

Salam ceria. Apa kabo korang semua? Moga sehat selalu. Dalam Islam, antara perkara yang paling utama ialah pemimpin. Pemimpin sebenar bagi orang mukmin adalah Allah Taala dan orang yang Allah lantik. Selain dari orang yang Tuhan tunjuk, jika jadi pemimpin juga, amat susah untuk adil. Abuya pernah sebut, yang betul-betul adil sejak zaman Rasulullah bilangan jari aje. Iaitu: Rasulullah saw, Syd Abu Bakar, Syd Omar, Syd Osman, Syd Ali. Syd Omar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al Fateh, Sultan Solehuddin Al Ayubi dan Imamul Mahdi. Mereka sangat takutkan Tuhan, sebab itu mereka dibantu untuk berlaku adil. Kita ni lahir sebagai pengikut, kena taat. Tapi kalau tak dibantu, nak taat pun susah.

unta di chalet NM Makkah

Zaman yayasan Arqam dulu, ada macam-macam arahan untuk menguji ketaatan. Antaranya cukur rambut/botak kepala. Ramainya yang teruji nak taat. Maklumlah remaja, nak bergaya dengan rambut, maka mendongkol bila disuruh cukur, atau kalau cukur pun, ditinggalkan tengah-tengah ala punk/trojan. Atau tinggalkan sedikit, walau sejemput. Susahnya nak taat. Cinta betul dengan dunia. Baru arahan lahir, belum sanggup mati untuk Islam. Al hasil, ramai yang payah taat ni, dah tak ada dalam perjuangan. Tak sempat nak tengok meriahnya jadual Allah berlaku seperti yang kita saksikan di Mekah.

Adib dan Kuda

Sudah bukan rahsia lagi GISB punyai istana di Mekah. Istana RSA. Kenderaan mewah. Restoran dengan projek katering yang tidak putus-putus. Syh Inaam dan Azam and the team tak menang tangan memberi khidmat kepada rombongan umrah. Paling menggemparkan bila semakin kurang ahli GISB kerana sebahagian yang tak mampu taat setaat taatnya hilang dari barisan perjuangan rupa-rupanya bantuan Tuhan lebih banyak diterima, seperti apa yang berlaku di chalet.

Punyai 8 chalet dengan 4 kolam renang di jalan Mekah – Jeddah adalah sesuatu yang di luar logik akal diketika Abuya dikatakan meninggal dunia. Tapi bila ianya dibangunkan dengan begitu cantik tersusun, ia jadi lebih ajaib. Anda akan terpaku melihat kehidupan di zaman Rasulullah saw berada di depan mata. Ternakan haiwan-haiwan yang menjadi kesayangan baginda mengembalikan ingatan kita kepada kekasih Allah yang sangat mencintai kita umatnya, junjungan Nabi Besar Muhammad saw.

Unta, kuda, keldai, kambing, biri-biri… Oooh zikrayat ayyami Rasul saw. Diternak oleh orang Melayu, bersih tersusun, kemas teratur. Oleh kawan-kawan yang kita kenal, Syh Sarjan Omar yang anjang jumpa di awal Rufaqa di Pularek. Ada Syh Solleh Saliyan, Syh Zulkhairi Al Akhyar dll. Bukan sahaja binatang kesayangan Rasulullah saw, ditambah dengan ayam, pelbagai jenis burung termasuk burung unta yang harganya seekor Riyal 14K, semuanya bertasbih kepada Allah tetapi kita tidak memahami tasbih mereka.

Chalet yang dah dikunjungi beratus-ratus orang (mungkin beribu) dari beberapa syarikat travel agen yang telah menjadikannya distinasi wajib mereka, lantaran padanya ada sesuatu yang berbeza. Pengalaman menarik minum susu unta segar. Menonton pentomen dan show nasyid dari anak-anak Abuya. Makan minum ala kenduri dengan juadah masakan Malaysia. Atau minum pagi teh tarik di kafe yang disediakan menjadi kenangan manis yang tak akan dilupakan.

Lebih menarik bila stable kuda GISB yang menempatkan kuda-kuda Arab dari keturunan yang hebat-hebat bakal mempunyai nilai harga berjuta RM sudah mula dikenali oleh golongan istana Saudi. Bila bonda UJ ra menyatakan, kita ternak kuda untuk kembali mengingati Rasulullah saw, Sidi Hisham tersentuh hati, lalu sudi merasmikan stable kuda GISB. Seeorang yang mempunyai lebih 100 ekor kuda, banyak kali memenangi pertandingan kuda. Stablenya tempat rehat kerabat diraja, selalu dijadikan lokasi pertandingan kuda cantik. Ahli perniagaan terkenal dalam bidang perhotelan, kompleks perniagaan/mall dan lain-lan, datang ke Kampung Rasulullah saw di Chalet Nur Muhammad dengan kereta-kereta mewah dan body guardnya menjalin ukhuwah, moga-moga menjadi petanda golongan di raja akan menyerah kekuasaan dengan kasih sayang.

Itulah jadual Tuhan untuk Malaysia, untuk orang Malaysia di timur. Tuhan pergilir-gilirkan memegang kekuasaan atas nama Islam bilamana satu golongan bertaqwa. Percayalah! Inilah giliran Melayu Islam. Haramain akan bertukar tangan. Bukan atas nama politik kepartian tetapi oleh Al Mahdi dan Fata At Tamimi.

Ampun maaf.

Musolla Villa GI Irbid,

2.05am, Mei 13, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

5 thoughts on “***Jadual Allah di Malaysia part-iii- Sidi Hisham merasmikan stable GISB Mekah***

  1. as salam Anjang,

    terima kasih sudi berkongsi perkembangan GISB di Mekah dan Madinah.
    teruskan bercerita dan menulis….
    semoga ia menjadi berita gembira kepada saudara2 melayu & Islam di tanah air yang sedang berduka cita, pening, resah dan gelisah dgn pelbagai isu yg melanda negara Malaysia
    semoga Allah membuka pintu hati kami semua utk terus mengharap dan mencari2 siapakah sebenarnya yg boleh dipercayai utk meneraju Malaysia dgn adil dan sejahtera

  2. bila jadual Allah akan terlaksana sepenuhnya…. x sabar dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam hari ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s