Sabar Menunggu Janji

Sabar Menunggu Janji

Tuhan…berilah aku kesabaran

Menunggu janjiMu,

Masukkanlah kedalam hatiku

Rasa keindahan menunggu

Berilah aku keyakinan

Bahawa kemenangan itu pasti

Agar aku sabar menunggu janjiMu

Agar aku tenang menunggu janjiMu

 

Kau jadikanlah musuhMu 

Tersiksa sendiri

Kau jadikanlah musuhMu 

Ketakutan tidak menentu

Kau berikanlah kekuatan iman

Kepada pejuang yang telah tersaring

Ikatan hati satu sama lain

Yang terjalin padu dan harmoni

 

Engkau telah menjanjikan

melalui lidah Nabi 

Di awal kurun ini

Islam kembali gemilang

Janji Tuhan itu pasti

Tuhan takkan mungkir janji

Walaupun hanya sehari

Ia pasti kan terjadi 2X

 

Tuhan…berilah aku kesabaran

Menunggu janjiMu

Masukanlah kedalam hatiku

Rasa keindahan menunggu

Berilah aku keyakinan

bahawa kemenangan itu pasti

Agar aku sabar menunggu janjiMu

Agar aku tenang menunggu janjiMu

 

Engkau telah menjanjikan

Melalui lidah Nabi 

Di awal kurun ini

Islam kembali gemilang

Janji Tuhan itu pasti

Tuhan takkan mungkir janji

Walaupun hanya sehari 

Ia pasti kan terjadi 3X

Advertisements

3 thoughts on “Sabar Menunggu Janji

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Alhamdulillah.Madah yang Ustadz hantar tu boleh dijadikan sebuah lagu nasyid,insya’Allah.Kalau boleh lah,jangan disertai dengan alat2 bunyian.Angklung,Rebana & Kompang dah memadai.Kalau nak rancak sedikit,adlib dengan Double Pedal,insya’Allah.HEHEHE.
    Keyakinan yang diminta minta adalah FITRAH manusia.Berlaku kepada Nabi Ibrahim {AS}.Bila beliau ditegur oleh Allah Azza Wajallah,beliau hanya mampu menjawab,”untuk keyakinan”.
    It will happen,BRO,definitely,the least we expected,insya’Allah.Musuh2 Islam sedang monitor beberapa banyak kalimah ALLAH disebut dalam SATU SAAT di bumi ini via satellite diruang angkasa.Canggih tu.Dorang belum kena hembusan teknologi ROH RSA,insya’Allah.Teknologi ROH ni dah lama ada.Dengan ini lah Nabi {SAW} berhubung dengan sahabat2 {RAA} dimerata dunia {telepathy dan sebagainya}.Dengan sihir pun boleh,itu sebab YAHUDI tunggu DAJJAL {LT}.
    Kita tengok sendiri apa yang dah jadi dengan the ARAB SPRING WORLD sekarang.Rata2 BERTERABUH.Rojak dengan nasi lemak,campur ayam penyet.Masha’Allah.Mati matian musuh2 Islam nak PUPPET2 dorang jadi pengganti.Kalau tak ada jihad fisabillillah di sini,payah & lambat lah misi RSA kerana SYARIAT berada di tangan manusia yang BERZAHIR.Ini andaian sahaja lah.Tapi kalau Allah ingin sebaliknya,apa2 boleh terjadi dengan kehendaknya.
    Ada satu penceramah dari Timur Tengah yang memberi tazkirah di universiti di Australia.Ustadz boleh rujuk di You Tube.Ana lupa ah nama dia.Beliau memberi penjelasan {dalam bahasa Inggeris} tentang macam mana YAHUDI catur DUNIA ni sejak zaman2 yang lalu hingga sekarang.MENARIK Ustadz,MENARIK.
    God moves in mysterious ways.Kadang2 apa yang kita sangka tak menjadi.Tapi JANJI TETAP JANJI.AKAN BERLAKU,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

  2. askum,ust msh kenal lg ana?kita dulu sama2 kat sembulan sekitar 2006 kalo x silap…ana jasmi,last kita jumpa masa kat merbok masa thn 2008…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s