***Dari Batu 12 ke Damsyik***

Salam ceria, tak tau apa akan berlaku seterusnya di Syria. Tapi yang pasti, Bashar atau lebih glamour di kalangan pelajar Malaysia dengan gelaran Pak Long akan pasti jatuh. Dah hampir 1 bulan rombongan pelajar tajaan GISB meninggalkan Ruknuddin, Damsyik satu bas. Mujahid pula keluar dengan van sarat dengan barang mat’am, dalam 20 kotak. Free tak ambil sewa. Terima kasih RSA. Hafiz dan Nizam ziarah tanahair. Sejak itu, hanya Syh Wahab, Alun, Piee je yang pegi sana. Juga Solihin sekeluarga. Kalau bukan kerana kehabisan visa, dan lokasi paling dekat dan murah dengan Jordan, semua mereka tidak akan ke sana. Tapi bila dah sampai sana dapat le melawat ke merata tempat. Ya, Sy Wahab dapat menyambung travelnya dari Bt 12 ke Damsyik, sebelum kejatuhan Pak Long.

Pak Long seorang Syiah, Syiah Alawi dari Ladzakiah. Dia adalah generasi kedua keluarga Asad mengambil kekuasaan dari bapanya Hafiz al Asad. Syiah yang minoriti di Syria sangat takut kehilangan kekuasaan lalu menggunakan segala kekerasan untuk mempertahankan rejim mereka. Sentiasa bekerjasama dan meminta pertolongan dengan syiah di Iran dan Lubnan. Bahkan kata Abu Umar, rejim Syiah ini yang menganggap orang sunni adalah kafir ini sanggup menggunakan sharp shooter dari kafir Serb untuk menembak anak-anak kecil, perempuan dan orang tua untuk melemahkan moral para penentang. Semakin agresif penentang melawan, semakin banyak nyawa yang hilang. Sehingga sekarang meningkat ke 8500 orang. Apakah akan berlaku pertembungan besar selepas ini antara syiah dan wahabi? Kedua-duanya adalah ciptaan yahudi. Kerana yahudi sebenar di bawah pimpinan dajjal akan bertembung antara buku dengan ruas dengan para Ikhwan di bawah pimpinan Imam Al Mahdi, serta pembunuh dajjal yang telah dijanjikan… Nabi Isa as.

Musolla Rumah Syabab, Duwar Qubbah, Irbid.                                                                         10.01am, Mac 16, 2012.                                                                                          anjangmuor.wordpress.com

Bashar terima nasihat Iran

2012/03/16

Maklumat diperoleh dalam e-mel milik akaun Presiden Syria, isteri

LONDON: Ribuan e-mel dikatakan diperoleh daripada akaun peribadi Bashar Assad dan isterinya menunjukkan Presiden Syria itu menerima nasihat dari Iran mengenai bagaimana menguruskan kebangkitan rakyat, berjenaka mengenai janjinya bagi pembaharuan dan memintas sekatan Amerika Syarikat untuk membeli belah dalam iTunes, lapor akhbar Guardian.
Akhbar itu menyatakan, ia memperoleh koleksi e-mel berkenaan daripada seorang anggota pembangkang Syria yang tidak dinamakan. Dokumen dikatakan dipintas anggota Majlis Agung Revolusi antara Jun dan awal Februari lalu. Tiada maklum balas segera dari Damsyik.
“E-mel itu memberi gambaran sebuah keluarga pemerintah yang kelihatan tidak terjejas langsung dengan pemberontakan yang menjerumuskan negara Arab itu ke kancah perang saudara, mengorbankan lebih 7,500 penduduk sejak lebih setahun lalu,” kata Guardian.

Menurut Guardian, wanita pertama Syria, Asma Assad, membelanjakan AS$10,000 (RM30,619.99) memberi barangan mewah secara online, termasuk barang kemas diperbuat daripada emas tulen dihiasi batu permata selain lampu dan perabot.

E-mel yang diperkatakan itu juga mendedahkan lingkungan dalaman presiden. Menurut Guardian, e-mel itu menunjukkan Assad menerima nasihat daripada Iran. Sebelum ucapannya Disember lalu, perunding media Assad berkata nasihatnya kepada Presiden adalah berdasarkan ‘rundingan dengan sejumlah pihak selain media dan penasihat politik untuk duta Iran.’

Memorandum itu menasihatkan Assad menggunakan ‘kekuasaan dan kekerasan’ serta menggalakkan rejim ‘membocorkan lebih banyak maklumat berkaitan keupayaan tentera’ bagi meyakinkan orang ramai bahawa ia mampu bertahan.
“Presiden itu juga diberi taklimat secara terperinci berhubung kehadiran wartawan Barat dalam daerah Baba Amr dikuasai pemberontak di Homs dan beliau digesa ‘mengukuhkan cengkaman keselamatan’ di sana November lalu,” kata Guardian.

Akhbar Guardian menyiarkan penjelasan terperinci sebab ia percaya e-mel itu adalah asli berikutan beberapa maklumat peribadi yang diperolehinya termasuk gambar keluarga, video dan imbasan kad pengenalan Presiden yang amat sukar diperoleh dalam keadaan biasa.

Akaun sam@alshahba.com dan ak@alshahba.com yang dikatakan aktivis digunakan Bashar Assad dan isterinya “berhubung dengan kerap dan dengan cara kasih sayang dengan keluarga dan penasihat, yang mana alamat e-mel mudah untuk disahkan,” kata akhbar.

Namun, Guardian mengakui bahawa proses pengesahan tidak menolak wujud kemungkinan ada antara e-mel itu palsu.

Tabiat membeli belah Presiden dan wanita pertama itu turut menjadi subjek jenaka panjang.

Kandungan e-mel yang dipetik Guardian menyatakan, pada 19 Julai lalu, Asma Assad bersama sepupunya memesan empat utas rantai dibuat di sebuah bengkel di Paris: ‘Seutas rantai dengan permata emas kuning yang dihias permata kecil,’ selain barang kemas, ‘permata hitam’ dan ‘batu kecubung dengan berlian emas putih’.

“Apabila beliau tahu ada kelewatan dalam pesanan, Asma menulis bahawa beliau tidak kisah,” kata Guardian. – AP

Advertisements

One thought on “***Dari Batu 12 ke Damsyik***

  1. Salam Tuan Sheikh Harun, lama menunggu bingkisan terbaru dari tuan. Kenapa ya tuan, membaca catatan tuan, sya tertunggu2 berita terbaru dari tuan. Menonton klip Janji Tuhan rasa meremang badan ini, menonton drama pendik di TVRSA terasa sebak di dada, mendengar kata2 BUJ terasa terangsang utk membuat kebaikan, beruntungnya kalian yang berada dalam jemaah. Bagaimana agaknya perasaan kalian. Ya Allah dengan rahmatMu, berkat RSA kekalkan rasa2 ini, Ya Allah, aku menumpang keberkatan mereka. Ameen!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s