***Salji Ajlun dan Menteri Belia Jordan***

*Salam ceria.

‘Jom ke Ajlun!’ Abu Mubarak mengajakku dan Sy Wahab. ‘Ana nak balik Irbid’ kataku sambil menyiapkan beg galas hitamku.
‘Nanti kami hantar le kat mujamma’, jom la… Main salji!’ Di Syria, kami sama-sama ke Bludan. Ye, salji turun di Ajlun… Ajlun pun bukan jauh sangat dari Jerash. Ajlun antara tanah yang tinggi di Jordan. Menurut Abu Abdullah, kenalan baru kami, antara 800 hingga 1200kaki dari aras laut. Sama tinggi dengan kawasan Madinah Tibbiyah di Amman.

Kami bertujuh ‘gagah’ duduk bersempit-sempit dlm ‘pickup’ hitam, 5 ‘seater’ dengan baju sejuk yang tebal. Cemah Abg Zul Akaun, Mus’ab Sy Zamri, Sy Wahab, Abu Mubarak, Miqdam dan Zayyad Sabah. Dah setengah jam berhimpit-himpit masih belum nampak salji, udara sejuk yang amat!!. Bila masuk kawasan Ajlun, dah mula nampak kesan-kesan salji. Ya, makin tinggi makin banyak, cantik memutih, hingga kenderaan kami follow satu jentolak yang menolak ais di jalanraya.

Tak ramai orang tempatan yang keluar kerana cuaca sangat sejuk. Tapi orang Malaysia ni pulak dok merayau-merayau dalam kedinginan extream musim syita’ 2012 ni. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Salji turun, sekejap lebat, sekejap halus-halus putih melayang-layang, mengikut tiupan angin. Sangat indah tetapi kabus agak menghalang pandangan.

Masing-masing dah siap dengan kasut musim sejuk, berstokin tebal dan tak lupa pakai plastik di luar stokin supaya stokin & kaki tak basah. Termasuk Sy Wahab kita. Tampak hensem. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Bak kata Us Mahmud Khalil mengusik: ‘Dok Jordan dah jadi makin hensem pulak,kalau kak Sariah dan Busu tengok ni, tak sabaq nak pi Jordan nih’.

Bila parking je tepi jalan, buka pintu pickup, udara sejuk menerobos masuk… Bersama-sama butiran salji berterbangan. Putih, bersih, suci… Indahnya ciptaan Tuhan. Segala kekotoran dan kecacatan mukabumi sudah hilang, tak kelihatan. Yang ada hanya putih, bersih… Salji, salji, salji… Ajlun.

Keluarga Abu Abdullah, bila nampak kami bermain salji di sebelah rumahnya, mempelawa kami masuk. Belumpun sempat kami hilangkan sejuk di depan soba letriknya, hidangan teh dan air herba yang didakwanya boleh memberi kehangatan sampai. Baiknya budaya orang Ajlun, tak sampai seminit ber’sapa’, dah ajak ke rumah. Anjang sebenarnya malas nak minum teh bergelas-gelas tu, sebab udara sejuk. Nanti mesti nak terken…..

Bila berbual-bual, anjang sebut dulu pernah dengan Syeikh kami, Abuya, kami berziarah ke rumah Sy Nuh Al Qudha di Ajlun ni. Abu Abdullah kata, kampung Sy Nuh adalah antara tanah yang paling tinggi di Jordan. Kemudian dia baru perasan, kamukah yang mempersembahkan nasyid di program Wizarah Syabab 2 hari lepas? Kami tonton di TV.

Oh, sejarah berulang lagi. Dulu,semasa Abuya selalu ziarah Jordan, kita biasa masuk TV bernasyid. Sampai ramai orang Jordan sangka, orang Malaysia semua berserban jubah seperti kami. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ sekarang masuk tv semula.

Kata Abu Abdullah, kali terakhir salji tebal begini ialah pada 1993. Anjang teringat, masa tu Abuya kerap ke sini. Anjang belajar di Muktah. Rasanya, sekarang pun Abuya selalu ziarah sini, tapi dengan cara Abuya la. Tapi, kesannya dapat dilihat, kita begitu mudah dapat kawan dengan seorang lagi menteri, selain Menteri Awqaf. Wazir Syabab wa Riadhah, Sy Muhammad Al Qudho. Kawan Sy Jaafar dan aruah Us Ramadhan.

Bukan orang lain pun. Kenalan anjang juga, anjang pernah tidur di rumahnya ketika Us Zul Mokhtar accident langgar Misri. Lepas uruskan mangsa di Mustasyfa Islami dan Mustasyfa Basyer, nak balik Karak dah malam. Mana le ada bas. Bulan Ramadhan pulak tu. Akhirnya, tidur rumah Sy Muhammad yang ketika itu rasa anjang dah jadi Mufti Difa’ Madani. Apa lagi, sahur cara Arab la. Roti cecah minyak zaitun dan za’tar, keju, syai. Ma fi ruzz. Aduh… Macam tak sahur…

Pernah satu jemaah Arqam buat rombongan umrah. Us Ramadhan minta anjang ketuai, Sy Muhammad joint sekali. Tempat rujuk hukum hakam. Sebab itu bila jumpa sangat mesra. Semasa dia masuk pejabatnya, kami menunggu di dalam, lalu depan I Atiyyah, Mohd Ubadah, Nizam dan Abu Mubarak… Sampai kat anjang, terus cuit perut anjang, bergurau, sambil kata:
‘Ma zilta jamilan!’.

SU Kementerian tu macam terperanjat. Macamana menteri boleh bergurau dengan tetamu. Anjang pula tanya dengan nada bergurau:
‘Wah, kamu menteri ye sekarang!!’ Soalan seterusnya, wazir tanya, berapa isteri sekarang? Anjang kata, kereta yang stabil tu kena ada empat tayar, aku baru ada tiga orang. Ma’aali Wazir ketawa sambil memperkenalkan SU Kementerian dan mencadangkan dia berkahwin dengan wanita Malaysia. Mungkin Menteri malu nak sebut, uruskan dia. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Syh Muhammad Al Qudho sangat berterima kasih kepada GH atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program Kementerian Belia dan Sukan Jordan. Seterusnya kami terangkan projek Abuya di Jerash iaitu Restoran Pelancong, kolam mandi, stable kuda dan mazra’ah, beliau menyatakan kekagumannya dan meminta bantuan kita mengiringi program beliau ke negeri-negeri dan daerah-daerah di Jordan, untuk mengadakan show kepada warga belia di sini.

Di akhir pertemuan selepas sesi bergambar, anjang terus terang katakan Us Ramadhan dan Sy Zamri telah pergi, membuatkan wajah ceria beliau berubah sedih. Petang itu juga dia minta kita hadiri majlis zikir tarekat yg dia hadiri dan bawa sekali anak Sy Zamri.Kalau bukan kerana peranan RSA mana mungkin kita boleh berkawan rapat dengan RSA. Ya seperti salji lebat, sumber air Jordan yang datang buat kali terakhir sekitar awal 90’an untuk menyuburkan tanahnya, yang ketika itu jemaah sangat meriah dengan kehadiran Abuya di sini, begitulah sekarang. Nampaknya salji lebat di Ajlun dan Amman yang akan menyuburkan bumi Hashimi ini membuktikan RSA sedang memproses hati-hati penghuninya di kalangan ahli GISB dan para simpati. Allahu Akbar. Di masa yang sama, negara musuh Allah digoncang dengan pelbagai bencana oleh tentera Allah.

Bilik Kuarantin, Wisma GISB Irbid
6.57, Mac 7, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Kampung pengasas KFC musnah

2012/03/05

CRITTENDEN: Sebanyak 103 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat sejak seminggu lalu, yang turut menyebabkan kerosakan di Henryville, kampung halaman David Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) di Indiana.
Laporan terbaru memberi sedikit berita ceria apabila seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki ditemui selamat di Salem, Kentucky, tetapi mereka kini menjadi yatim piatu selepas semua ahli keluarga terbunuh akibat puting beliung itu.
Pada Jumaat lalu, 51 puting beliung dilaporkan bergerak di tujuh negeri Amerika menjadikan bilangannya sebanyak 103 sejak lebih seminggu lalu, meskipun angka itu tidak dapat disahkan.

Kawasan paling teruk ‘diserang’ puting beliung di tengah bandar Henryville ialah sebuah kediaman yang menjadi asrama pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi.

Semua pelajar dipindahkan sebelum puting beliung melanda.

Tetapi, kira-kira 40 pegawai sekolah dan pelajar terpaksa berlindung dalam pejabat sekolah rendah itu, kerana puting beliung terlalu hampir dengan tempat itu dan seterusnya menyebabkan bumbung sekolah tercabut.
Sementara itu, budak perempuan berusia dua tahun ditemui di sebuah padang di Salem, beberapa kilometer dari rumahnya dan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia yatim piatu selepas ibu bapanya, seorang adik berusia dua bulan dan abang, 3, terbunuh dibawa angin, kata jurucakap Hospital Kanak-Kanak Kosair di Louisville, Cis Gruebbel.

Turut parah ialah seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ditemui di Henryville, timur Salem.

Jurucakap Jabatan Syerif County Clark, Chuck Adams, berkata budak itu mulanya hilang selepas beberapa puting beliung berkelajuan 281 kilometer sejam melanda kampung halaman Sanders.

Puting beliung minggu lalu mencetuskan kebimbangan penduduk bahawa bencana alam akan lebih teruk pada tahun ini, selepas 550 maut kerana puting beliung di Amerika tahun lalu. –

Advertisements

One thought on “***Salji Ajlun dan Menteri Belia Jordan***

  1. Salam Sy,ana amat terkesan bila membaca tulisan-tulisan dalam blog ni.Macam ana ada kat sana pulak.Semoga ana di rezekikan sampai ke sana satu masa nanti.Sekian ampun maaf….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s