***KTS sangat relevan***

Salam ceria,
Antara tujuan asas penubuhan KTS adalah untuk mengajak isteri-isteri mentaati suami sesuai dengan ajaran Islam yang menetapkan lelaki adalah pemimpin kepada para wanita.
Firman Allah: الرجال قوامون على النساء
Ertinya: Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin bagi orang-orang perempuan.

Kalau di dalam kehidupan berumahtangga, maka suamilah pemimpin. Isteri dan anak-anak pengikut. Suami Imam, isteri dan anak-anak adalah makmum. Itulah kumuniti kecil yang mesti dijaga dibuktikan kepimpinan seseorang, sebelum diberi tugas yang lebih besar.

Firman Allah: قوا أنفسكم وأهليكم نارا
Ertinya: Peliharalah diri-diri kamu (wahai orang-orang lelaki) dan ahli keluarga kamu dari api neraka.

Allah sudah tetapkan begitu kerana Dialah Kholiq-pencipta, Dia Maha Mengetahui tentang ciptaanNya. Kita hanyalah makhluk-yang dicipta. Sebagai hamba, kita kenalah terima ketentuan Tuhan. Walaupun kita punya idea bermacam-macam, yang kita sangka sangat bernas, tetaplah kita sebagai hamba yang tidak mampu menjangkau hikmah ketentuan Tuhan. Teringat, Abuya biasa buat perumpamaan, setiap kenderaan mempunyai katalog dan manual penggunaannya yang tersendiri. Katalah kita menggunakan kereta Jepun, bila kereta itu rosak kena baiki dengan peralatan dari syarikat yang sama, syarikat Jepun. Tak boleh la nak baiki guna panduan kereta BMW, walaupun nampak canggih.

Tapi ada orang cuba kelirukan masyarakat, mengatakan KTS menafsirkan ayat Al Quran ikut kepentingan. Bila menabalkan lelaki sebagai pemimpin, lelaki akan mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga. Tiada perbincangan langsung. Kita faham suami adalah pemimpin, tetapi isteri hendaklah sama-sama dibenarkan membuat keputusan. Itulah antara kata-kata mereka. Kalau yang cakap orang biasa, boleh dimaafkan tapi yang keluarkan kenyataan orang agama. Background pendidikan Islam. Ada latarbelakang agama, malah menjawat jawatan dalam menjaga kepentingan agama.

Pertama-tama, yang jadikan lelaki sebagai pemimpin itu bukan kehendak KTS, ia dah betul-betul kehendak Allah. KTS perjuangkan kerana itulah kerana itu kehendak Allah dan cara hidup dalam GISB yang nampak keberkatannya, lebih-lebih lagi bila lihat kepincangan masyarakat yang dah tak amalkan kehendak Allah ini. Takut bini lebih dari takut Tuhan. Syirik. Contohnya bila cakap soal poligami, fitrah lelaki yang sejati, dia mesti teringin berpoligami. Kerana memang Tuhan jadikan lelaki begitu, tetapi oleh kerana takutkan isteri, bisik-bisik je la kat orang yang poligami…’macam mana ko kawin lagi?, berilah tips’. Ada yang kata kononnya takut tak adil….bole pi lah… yang berebut jadi pemimpin, habis beribu-ribu RM berkempen tu berani pulak, tak takut ke tak berlaku adil dalam kepimpinan. Masuk neraka lebih teruk diazab dari suami yang tak adil. Yang mohon kerja jadi kadhi atau dipilih jadi mufti tu tak takut ke terpaksa menzalimi diri sendiri, tak adil bila kadang-kadang kena jaga hati pemerintah dari jaga hak Allah. Tak kecoh pulak. Tak highlightkan pulak.

Pastu, KTS tak kata langsung, bila suami jadi pemimpin, langsung tak boleh bincang. Ni orang tak faham, atau buat-buat tak faham. Suami-isteri sangat diminta berbincang dalam melayari rumah tangga. Lebih-lebih lagi melibatkan pendidikan untuk mengajak isteri-isteri dan anak-anak sama-sama mendapat redha Tuhan, cinta Rasul, berkasih sayang, menghalusi ibadah, bertolak ansur, berkerjasama dan lain-lain semuanya memerlukan perbincangan. Tetapi Islam menetapkan, keputusan akhir ditentukan oleh suami, kerana dia adalah pemimpin. Ketua keluarga. InsyaAllah, di situlah keberkatannya. Tapi kalau seseorang itu dah melalui pendidikan yang telah dirosakkan, semuanya guna akal semata. Dia berpendapat semua boleh buat keputusan. Isteri ada keputusan, anak-anak… kalau ada 10, akan ada 10 keputusan dalam satu perkara, agak-agak aman ke rumahtangga tu? Lebih kita takuti, ada orang yang sangat tahu hukum atau ketetapan agama ini, tetapi oleh kerana nak menjaga hati bermacam-macam pihak demi kedudukannya, sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan agama.

Oleh itu, ringkas cerita, KTS masih relevan dan sangat relevan. Bukan untuk orang Islam sahaja bahkan untuk seluruh umat manusia. Sebab itulah ramai yang bertanya berbagai-bagai tips hidup berumah tangga kepada KTS walaupun non muslim. Kerana takutkan isteri sesuatu yang menjatuhkan maruah seorang lelaki walau apa agama dan bangsanya.

Damascus, Syria.
3.48pm, Feb 17, 2012
anjangmuor.wordpress.com

‘Bini marah jika tahu saya pergi’

ANGGOTA polis cuba menenangkan seorang lelaki yang mengamuk selepas sebuah pusat hiburan diserbu polis di Puchong, Selangor semalam.

PUCHONG – Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai ‘takut bini’ sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini.

Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam.

Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat.

“Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Advertisements

2 thoughts on “***KTS sangat relevan***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s