***Dunia di tanganku…***

Jemputan Kompang Sempena Tahun Baru Cina , Persatuan Ku Kong Chow, Tg Malim


Salam ceria,
Seronok tengok gambar-gambar perkembangan di Malaysia. Operasi menebas di TB, Us Aizat dapat doa dan semangat dari kawan-kawan yang lain untuk menangani pendidikan. Berkat Sy Nasir, Abuya akan jayakan, insyaAllah.

Pejuang-pejuang sedang menebas di Tg Belungkor, Atk.


Antara yang menarik juga ialah anak-anak kita mendapat jemputan bermain kompang di Majlis Sambutan Tahun Baru China oleh Persatuan Ku Kong Chow, Tanjung Malim, Perak. Lepas tu masa jamuan, tahu sahaja mereka belanja makan di Restoran orang Islam. RSA dah siapkan hati-hati orang bukan Islam yang sudah difaham-fahamkan. Tak payah gagasan 1 Malaysia yang kadang-kadang terkorban prinsip, budak-budak Sekolah Rendah je.

Bulan lepas pusat jagaan orang-orang tua di sana menjemput ke tempat mereka yang, kebanyakkannya berbangsa cina untuk buat persembahan. Mereka sangat terhibur dengan nasyid anak-anak kita malah terharu, sampai menangis-nangis, meraung pun ada. Mula-mula selawat, pastu nasyid Allah Tuhan kita dan Rasa Syukur. Lepas tu depa nak lagi, tapi anak-anak tu reahesal 3 nasyid je, kata Wan Hazan, Amin suruh budak-budak tu nasyid Rintihan Anak soleh, habis la meraung nenek-nenek semua..
Pada masa tu pengerusi Persatuan Ku Kong Chow itu ada sekali, dia nak kita terlibat jugak dalam program Sambutan Tahun Baru Cina. Memang pelik. Sapa yang buat kalau bukan RSA.

Malam tadi ziarah Abu Omar, dia menceritakan keadaan sebenar berlaku di Syria. Banyak tempat yang telah dikuasai tentera yang berpaling tadah dan penunjuk perasaan. Di setiap tempat mereka telah menangkap orang-orang Iran Syiah yang datang ke Syria sebagai tebusan. Ada bilangan belasan orang, ada ratusan orang. Ia adalah sebagai tindakbalas terhadap rejim Syria yang menggunakan 4 golongan untuk membunuh rakyat Syria sendiri. Mereka adalah:

1. Militia Syiah Hizbullah (kata Abu Omar, hizbu syaitan) dari Lubnan.
2. Militia Syiah dari Iran.
3. Militia Syiah dari Iraq.
4. Sharp Shooter dari Serbia yang menjadi hiburan mereka menembak mati kanak-kanak, perempuan dan orang tua.

Kata Abu Omar, ini bukan dakwaan kosong tetapi penunjuk perasaan dah berjaya menawan sebahagian dari mereka dan mereka sendiri membuat pengakuan melalui penterjemah kerana mereka yang datang dari iran dan Serbia tak boleh berbahasa Arab. Atk.

Di kafe dan mat’am kita biasanya menjadi tempat perbualan dan perbincangan, semalam seorang pelanggan mat’am RSA di Damsyik dari Indonesia menceritakan, seorang Syeikh ketika memberi kuliah di sebuah masjid mengatakan, ada seorg perempuan yg baru pulang dari Madinah. Blm sampai seminggu ini. Bila berada di Syria ni dia bermimpi bertemu Rasulullah saw. Dia menghulurkan tangannya utk bersalam, tetapi apa yang berlaku baginda saw menghulurkan tangan kiri baginda yg mulia kpdnya lalu dia bertanya, : Wahai Rasulullah, mengapa Tuan hulurkan tangan kiri tuan kepadaku, jawab baginda: tangan kananku sekarang sedang memegang bumi syam. Berita ini menurut Syeikh tersebut adalah busyro kepada umat Islam di Syria.

Kita lebih2 lagi rasa beruntung kerana melalui wasilah RSA, BUJ ra telah memberitahu kita sebelum ini, kata Rasulullah saw: Dunia di tanganku, jemaah di hatiku. Alhamdulillah tiada prejudis dari syeikh tersebut berita itu dtg melalui seorang wanita kerana itulah kehendak Allah dan Rasul. Dan tak de isu perempuan bersalaman dengan lelaki kerana Syeikh itu amat faham persoalan ini berbeza dengan orang yang tak faham tapi rasakan dia faham..

Dunia di tangan Rasulullah saw… Atk

Damascus, Syria
9.02am, Feb 10, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

DUNIA
PBB kutuk keganasan tentera Syria

GAMBAR yang diperoleh di Shaam News Network semalam menunjukkan sebuah masjid dikelilingi asap ekoran pertempuran tentera Syria di Homs.

AMMAN – Tentera Syria mengebom kawasan kejiranan penduduk yang dikuasai kumpulan penentang antipemerintahan Presiden Bashar Al-Assad di bandar Homs semalam, kata beberapa aktivis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut mengutuk serangan tentera Syria ke atas kumpulan penentang itu.

Pertempuran itu berlaku sejak tahun lalu dan ia kini semakin menyebabkan ramai kematian.

“Saya bimbang keganasan yang sangat dahsyat yang kita saksikan di Homs dengan senjata-senjata berat melepaskan tembakan ke arah kawasan kediaman penduduk,” kata Kim-moon.

Para aktivis dan penduduk melaporkan ratusan penduduk terbunuh sejak tentera Bashar cuba untuk mengusir para penentangnya di Homs pada minggu lalu. – Reuters

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s