***Maulid Rasul: Adat yang ada akarnya vs Budaya Kristian***

Salam ceria,
Semasa belajar di Jamiah Dirasat Islamiyah, Karachi, Pakistan sekitar tahun 1990, anjang sempat mengenali mudirnya Dr Abd Jawwad Khalf. Warga Mesir pemegang beberapa Phd tetapi mempunyai cita-cita perjuangan. Mempunyai keyakinan, Sangat menghormati dan mengkagumi Abuya. Pernah seorang pelajar kita terjemahkan minda Abuya ke Bahasa Arab, apabila beliau membacanya, beliau katakan, untuk minda yang ini sahaja, kalau aku, aku akan beri 5 Phd pada Ust Ashaari. Betapalah dengan lebih 70 judul buku Abuya. Apa tajuk kuliah Abuya tu? Sampai 5 Phd, diberi oleh orang Akademik? Itulah tajuk 5 syarat ibadah.

Abuya jelaskan perkara harus, boleh jadi ibadah, dapat pahala, dekatkan diri dengan Tuhan, bukan dianggap adat, menambah taqwa jika menempuh 5 syarat. Korang tentu dah tau. Malas anjang ulang-ulang. Ramai yang dah pandai syarah, malah kormesialkan dan amik keuntungan dunia darinya. Ia panduan yang simple tetapi sangat jelas. Mudah difaham dan diamalkan. Itulah minda mujadid. Abuya PBT.

Tiba-tiba ada seorang yang dikatakan tokoh di Malaysia mengatakan sambutan Maulid hanya adat tetapi ada ‘akar’nya dalam sejarah. Jadi dok pakai baju Melayu, kumpul ramai-ramai, berarak, angkat sepanduk, marhaban, selawat ramai-ramai, dengar ceramah, menjamu selera, menonton persembahan sepanjang hari sambutan Maulidur Rasul itu hanya adat? Tak dapat pahala? Tak dikira ‘qurbah’, tak menambah taqwa. Sia-sia je la berpenat hari tu. Lakukan perkara yang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit, tiba-tiba ia hanya adat budaya orang Melayu je. Mungkin betul juga, kalau dah buat tak tempuh 5 syarat.

Lebih-lebih lagi, anjang tak boleh terima langsung- tak tau la korang, ada seorang yang sangat disanjungi oleh sebuah parti politik, malah ada yang rasakan dia umpama Nabi tiba-tiba mendakwa perbuatan menyambut Maulidur Rasul sebagai meniru budaya Kristian yang meraikan Krismas sempena kelahiran Nabi Isa. Yang kamu sampai ke la ni perjuangkan Islam melalui jalan politik demokrasi yang kotor dan jijik tu bukan amik dari barat yang kafir? Dia la juga yang mengatakan, junjungan kita Nabi Muhammad saw ketika kecil macam mamat kampung. Yang anjang tau, wahabi je yang berfahaman begini. Wahabi memang rasakan Islam dia saja yang betul. Jadi yang ulama-ulama serta pemimpin-pemimpin Islam yang hak lakukan maulid selama ini kerana meniru Kristian? Baru dapat 1 negeri, berani beri pendapat begini sedangkan Sultan Solehuddin Al Ayubi, yang kamu akan jumpa kubu-kubunya yang kukuh hingga ke hari ni, di Mesir, Jordan, Syria, pembebas Baitul Maqdis, beliau dan tenteranya adalah pengamal Maulidur Rasul. Ya Rasulallah, selamatkan agama ini! Demi kemuliaanmu!

Sangat berbeza pendapat seorang mujaddid yang Tuhan anugerahkan ‘min ladunna ‘ilma’ dengan orang yang mendapat ilmu hanya belajar melalui kitab-kitab atau guru-guru semata. Melalui Abuya, mudah je kita faham, tempuh 5 syarat, jadi ibadah walaupun menguap, makan minum, berehat hatta masuk keluar tandas sekalipun.
1. Niat kena betul
2. Perlaksanaan kena betul
3. Perkara yang dibuat harus dalam Islam
4. Natijahnya betul.
5. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas.
Mudah difaham. Syarahannya tanyalah ustaz-ustaz korang. Dr Jawwad sangat memahami ini. ‘Jauhari saja yang mengenali manikam’ Tapi kalau ulama politik ni, macam ni la, semakin memberi kenyataan, semakin keliru masyarakat walaupun orang lantik dia sebagai mursyid.

Ya Rasulallah saw, hadiahkanlah kami rasa menunggu dan merinduimu, di hari ulangtahun kelahiranmu, agar kami selamat dunia dan akhirat. Merayakan Maulidmu bukan adat budaya, lebih-lebih lagi bukan meniru kristian, ia adalah sumber kekuatan roh, keberkatan dan kemakmuran hidup, menarik pertolongan Allah. Sumber segala cahaya, ubat segala penyakit, anak kunci segala kejayaan dunia akhirat.

Ikhwan’s Homestay, Damascus.
2.49am, Feb 8, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Pihak buta sejarah halang Maulidur Rasul

Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2012/02/07

KUALA LUMPUR: Tindakan menyamakan sambutan Maulidur Rasul sebagai meniru amalan Nasrani yang meraikan Krismas adalah perbuatan orang buta sejarah dan cubaan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata dakwaan itu juga umpama racun dan berniat jahat, sedangkan tiada hujah atau alasan menyokong bahawa sambutan berkenaan meniru perbuatan Nasrani.
Beliau berkata, walaupun Maulidur Rasul disambut 200 atau 300 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, banyak perkara baru yang menjadi adat dalam mengembangkan syiar Islam dan tiada pada zaman Nabi tidak berlawanan dengan Islam.

Katanya, sambutan Maulidur Rasul termasuk dalam lingkungan adat dan bukan ibadat.

“Perkara berkaitan adat boleh dicipta selagi tidak bertentangan syarak dan ia bukan kesalahan kecuali jika ia diisi dengan acara bertentangan syarak.

“Dalam hal ini, adat tidak bertentangan dengan syarak dan baik, Nabi Muhammad menggalakkannya seperti hadis bermaksud, Sesiapa yang mencipta sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala. Sesiapa yang mencipta sunnah yang tidak baik, maka ia menanggung dosanya dan dosa orang yang melaksanakannya,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di internet mendakwa perbuatan menyambut Maulidur Rasul sebagai meniru budaya Kristian yang meraikan Krismas sempena kelahiran Nabi Isa.

Nakhaie berkata, Maulidur Rasul bertujuan mengingati Rasulullah dan perjuangan Baginda dengan cara untuk melaksanakannya boleh berubah dari semasa ke semasa asalkan tidak melanggar syariat.

Beliau berkata, amalan mengingati perjuangan Rasulullah diadakan sejak awal iaitu pada zaman pengikut sahabat selepas kewafatan Rasulullah yang masih berpegang teguh dengan sunnah.

Antaranya majlis dinama Majlis As Samar diusahakan Urwah Zubir yang mengumpulkan anak muda dan menceritakan mengenai jihad Rasulullah dan peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah untuk menghidupkan semangat jihad di kalangan mereka.

“Urwah ialah anak saudara Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah dan beliau mempunyai banyak sumber mengenai perjuangan Baginda melalui hubungannya dengan Aisyah serta sahabat Nabi.

“Upacara mengingati Rasulullah bukan sesuatu yang sesat dan meniru bukan Islam tetapi mempunyai akarnya dalam sejarah Islam sendiri,” kata beliau yang turut mendakwa usaha berkenaan adalah cubaan mengaburkan pemikiran umat Islam terhadap adat dan kebudayaan Islam untuk memuliakan junjungan Rasulullah serta mengingati perjuangannya.

Advertisements

3 thoughts on “***Maulid Rasul: Adat yang ada akarnya vs Budaya Kristian***

  1. salam..memang amat tidak wajar dan amat kurang ajar orang yang menyamakan sambutan maulid Baginda SAW dengan budaya kristian…andai katalah Baginda SAW masih hidup, apakah perasaan Beliau jika mendengar sambutan maulidnya disamakan dgn budaya kristian..bukankah perbuatan itu akan menyakitkan hati Baginda? dimanakah layaknya tempat org yang menyakitkan hati Baginda?..jangan sekat orang yang hendak membuat kebaikkan jika kita tak mahu buat.

  2. membaca tentang 5 syarat ibadah yg diketengahkan oleh Abuya membktikan ketinggian ilmunya yg Tuhan anugerahkan dari hasil taqwa. huraiannya tentang perkara2 harus yg bleh dijadikan ibadah sebagai contohnya memperjelaskan ttg konsepkan ayat Quran “tidak aku jadikan n manusia melainkan utk beribadah kepadaKu -Az Dzariyat: 56, memahami bhw hidup ini 24 jam sehari semalam boleh dijadikan ibadah sekiranya menempuh lima syarat. kitab2 lain ada jg memperjelaskan konsep ibadah ini tetapi tidak seindah n seluas yang Abuya ajarkan.

  3. mari kita pakat ambik yang jernih bagi melapangkan persoalan sambutan maulid.. bagaimanakah rasulullah saw yang kita cintai menyambut hari kelahirannya?(jwp. baginda berpuasa pada hr isnin) bagaimana pula para sahabat dan salaf menyambut kelahirannya baginda selepas kewafatannya?(jwpn. tiada riwayat yg jelas akan majlis sambutannya). bilakah sebenarnya tarikh kelahiran baginda saw? (jwpn. tidak jelas akan tarikh yg sahih samada benar 12hb, yang rajihnya 9hb – rujuk al bidayah wa an nihayah atau al raheeq makhtum) persoalannya, jika tarikhnya sendiri tidak diektahui dgn jelas, bagaimana mungkin terdapat amalan sambutan maulid itu dgn jelas? pada perkara ini kita tidaklah perlu membesar-2kan dan mennyanggah dgn kata-2 yg tidak sepatutnya kpd saudara yg seagama dgn kita bilamana mrk juga punya hujah utk menyangkal pendapat kita yg menyokong sambutan maulid. islam, ikhlas dan ittiba lah didalam setiap amalan kita, insyaAllah diterima WA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s