***Kafe Nur Muhammad, Damsyik***

selamat menjamu selera

show sempena iftitah

bersama tetamu yang hadir

Salam ceria.
Pada 21-1-12, jam 2.00pm, bertempat di kompleks perniagaan sahah Maisat, berdekatan dengan Mujamma’ Abu Nur, di hadapan lebih 50 orang pelajar Malaysia di Syria dan sebilangan warga tempatan dan lain-lain negara, Sy Mazlan memberi ucapan pembukaan Kafe Nur Muhammad sempena Maulud Nabawi Syarif. Manusia paling agung, yang sangat inginkan keselamatan bagi kita. Bimbang dengan iman dan islam kita di akhir zaman ini. Sentiasa memohon, merintih, berdoa, merayu dengan tangisan pada Cinta Agungnya, Allah Taala agar kita umatnya dikembalikan padanya. Tidak menempuh jalan ‘al maghdub ‘alaihim’ juga jalan ‘ad dholin’.

“Di atas nama Tuhan dan atas nama Rasulullah saw lah GISB membuka sebuah kafe lagi di sini untuk kita semua berkasih sayang sempena bulan Rabi’ul Awal yang mulia ini.” Itulah antara kata-kata Sy Mazlan yang segak berbaju sejuk hitam. Ya, atas nama Tuhan, moga-moga kita jalani kehidupan ini, dan atas namaNyalah kita sanggup mati. Kita berniaga bukan kerana keuntungan material semata-mata. Kita berniaga kerana itulah perjuangan. Memperkenalkan sistem Tuhan, di tengah masyarakat yang berlumba-lumba menimbun kekayaan atau mencari rezki semata-mata. Tentulah berbeza.

Atas nama perniagaan, kaum Quraisy berdagang ke negeri Syam ini di musim panas sahaja kerana tak mampu menanggung kesejukan melampau di musim sejuk begini tetapi generasi sahabat, atas nama Allah dan Rasul, atas nama perjuangan, keluar berperang membebaskan negara-negara Syam dan lainnya dari cengkaman Rom tanpa mengira musim.

Itulah yang RSA lakukan, bukan sahaja di musim sejuk, Syria sekarang sedang gawat di ambang perang saudara, tapi RSA boleh buka satu permis lagi atas nama Allah dan Rasul saw. Moga-moga semua yang terlibat samada secara langsung atau mengirimkan doa dan power akan Allah beri ganjaran peningkatan roh. Roh yang tidak putus bersama mursyidnya. 100%, bila-bila dan di mana-mana. Amin. Atk.

Maaf, lambat diselesaikan tulisannya.

Homestay Ikhwan, Damsyik.
8.31am, Jan 31, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Syria gesa wanita goda pemantau Liga Arab

2012/01/22

Perisik Damsyik ikut pemerhati hingga ke bilik air

DAMSYIK: Syria mengancam pemerhati Liga Arab dengan ugutan bunuh dan menggunakan wanita untuk menggoda mereka, dakwa seorang delegasi Algeria kepada akhbar Britain, The Telegraph.
Bekas pegawai tentera Algeria, Anwar Malek, memberitahu akhbar itu bahawa dia meninggalkan negara itu selepas kerap diganggu selepas menyaksikan pembunuhan wanita dan kanak-kanak oleh pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Syria, Bashar Assad.
Beliau menyifatkan wilayah Homs, pusat penunjuk perasaan anti Bashar sebagai ‘zon bencana antarabangsa’.

“Ugutan dari ancaman bunuh hingga kepada memalukan kami di khalayak. Kami ke sini untuk memantau usaha rundingan damai tetapi sebaliknya melihat orang ramai dibunuh, dipukul dan ditahan polis, tentera dan militia,” katanya.

Malek meninggalkan Syria minggu lalu selepas keretanya diserang tembakan dan beliau berkata ia adalah dari penyokong Bashar.

“Sebarang komen negatif diabaikan dan pihak berkuasa cuba memeras ugut kami bagi merahsiakan apa yang kami lihat. Telefon bimbit kami disekat dan kami tidak dibenar menggunakan emel atau laman rangkaian sosial seperti Facebook untuk menyiarkan maklumat,” katanya.
Malek juga melaporkan bahawa kanak-kanak ditembak mati atau dibiarkan kelaparan manakala mereka yang terselamat didera setiap hari.

Misi pemantau Liga Arab bertujuan melaporkan kekejaman pentadiran Bashar termasuk menindas penunjuk perasaan dalam tempoh 10 bulan Kebangkitan Arab, meragut lebih 5,000 nyawa dan ramai yang cedera. Delegasi pemantau itu turut dikritik kerana bertindak sebagai pelindung Bashar.

Malek mengesahkan laporan sebelum ini bahawa pemerhati terbabit berada di bawah pemantauan berterusan pegawai perisikan Syria yang membawa mereka di seluruh negara.

“Pengintip memerhatikan kami sepanjang masa, dengan kamera, teropong dan peralatan pemantauan rahsia,” katanya.

“Saya diarahkan berada di hotel untuk tempoh yang lama dan kemudian gambar saya dirakamkan sepanjang masa termasuk semasa saya masuk keluar bilik air.

“Ideanya ialah mendapatkan gambar bogel saya untuk digunakan bagi memalukan saya jika timbul masalah,” katanya.

Beliau berkata, beliau melihat mayat tiga tentera Syria yang ditembak di belakang kerana ingkar terhadap pemerintah.

Jurucakap Liga Arab berkata sesetengah dakwaan Malek tidak berasas dan beliau tidak menghabiskan banyak masa menyertai lawatan pemerhati Liga Arab di negara itu. – Agensi

Advertisements

One thought on “***Kafe Nur Muhammad, Damsyik***

  1. syabas Global Ihkwan. Saya doakan agar selamat kembali dan berurusan seperti biasa, kami semua rindu nasi lemak. Dr Zaidi.

    Fitnah dan hasad dengki tak akan kemana …kebenaran akan nampak jelas kerana islam sebenar berasaskan kebenaran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s