***Highlightkan seks, KTS diserbu***

Salam ceria,
“Nak masuk Yayasan Arqam mana?” Kata Ust Ibrahim Mal ketika anjang datang dengan abg Akub untuk mendaftar ke Yayasan Al Arqam Sg Pencala Januari 1985. “Sini dah tutup. Boleh pilih Kg Sempadan, Pahang atau Alai, Melaka.” Sambung beliau lagi. Padan agak sunyi dari pelajar-pelajar berjubah dan serban putih yang ramai melayanku pada Kursus Kefahaman Islam bulan lepas, getus hatiku. Yang ada hanya timbunan selipar pelbagai saiz dan keadaan peninggalan kursus.

Pada tahun-tahun 80’an Darul Arqam sudah sangat terkenal memperjuangkan syariat Allah dan sunnah Rasulullah saw secara syumul di bawah pimpinan Abuya Ashaari. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya untuk saiz jemaah telah Arqam buat. Abuya tak pernah mahu berkompromi dengan yahudi dan nasoro sejak awal lagi. Perang tetapi tidak menumpahkan darah. Bermusuh tapi tak tergadai akhlak Islam. Perang sistem.

Pakaian lelaki jubah, selalunya warna hijau atau hitam, berserban Turki, di dalam kain pelikat berseluar sufi, dengan bert shirt pagoda. Bercelak dan bersugi. Simpan janggut kadar segenggam dan misai ber’trim’ kemas. Perempuan pula berfurdah hitam atau warna yang gelap, dengan ‘tingkap’ berbutang klip yang kemas. Nampak mata je…

Lahir, klinik Arqam, Pengajian; kalau bayi, nurseri Arqam, kanak-kanak, tadika Arqam. Pastu yayasan Arqam yang ada merata negara. Pelajar dah capai 10 ribu orang. Yang dewasa, Fardu Ain mingguan, Fardhu Ain Zon, Duduk, kampung Arqam. Makan minum, mi Arqam, kicap Arqam, sos Arqam, taucu Arqam, tauhu Arqam, roti Arqam, air oren Arqam. Bahan bacaan, surat khabar Arqam, majalah Al Ain, Al Munir, Al Mukminah. Video, video-video ceramah Arqam, malam puisi Islam. Hiburan, nasyid Arqam. Rangkaian perniagaan dan kilang pemerosesan makanan ada di seluruh negara. Markaz-markaz, ada di banyak negara di dunia. Pendek kata seluruh aspek kehidupan telah Abuya ‘highlight’kan bagaimana Islam patut diamalkan.

Korang tak akan nampak orang Arqam berserban minda, mengeluarkan sebatang rokok dari poket jubahnya, ketuk-ketuk lalu menyalakan lighter dan berasap-asap seperti sebahagian anggota jemaah Islam atau politik Islam. Islam Abuya lain dari Islam yang mereka faham. Dalam poket orang Abuya ada tasbih 10/50, minyak wangi sweet Malaya (dll jenama), kayu sugi dan mungkin sapu tangan.

Korang tak akan jumpa orang Abuya yang ambil ‘loan’ untuk beli kereta atau rumah. Jarang yang ada tv di rumah. Kalau adapun, berserta alat pemain video VHS dan koleksi video Arqam. Masuk politik, bertakbir sakan, anak isteri tak tutup aurat. Menyuruh orang Islam, diri tak dibaiki. Atau bekerja untuk Islam tapi mengambil gaji. Kerja ikut waktu pejabat 8am-4pm. Lepas tu, jangan ganggu-ganggu sangat. Marah. Tunggu esoklah. Habis waktu pejabat, ada kuliah-kuliah di merata tempat. Ada envelop ketika salam. Soal orang nak amal atau tak, tak amik kira. Yang penting dah sampaikan Islam. Selalunya diri sendiri dan family pun terbarai.

Pendek kata, kalau ikut kitab-kitab fekah yang muqaddimahnya selalunya dimulakan dengan asas tauhid, pastu rubu’ ibadah, pastu muamalat, pastu munakahat, pastu jenayat…dah semua Abuya buat kecuali jenayat kerana ia adalah tanggung jawab negara.

Tiba-tiba bila GISB dan KTS ‘highlight’kan bab seks suci Islam, memperkenalkan Rasulullah saw dari sudut hubungan suami isteri yang ianya termasuk rubu’ munakahat ada yang melenting. Patut tonjolkan perkara lain, ini tak penting. Ini bukan matlamat… Bla…bla…bla. Yang dah Arqam, Rufaqa buat selama ini kamu haramkan. Hampir semua dah di’highlight’kan. Yang kamu punya mana? Masyarakat inginkan Islam praktikal, Islam contoh, bukan ceramah-ceramah, amik envelop, berbelanja masih di Giants, dan Tesco lagi.

Sebenarnya bila jemaah PBT dah menabalkan Rasulullah saw sebagai tokoh seks suci Islam sempena maulidur rasul tahun ini, itulah kemuncak. Dah hujung bab munakahat. Pasni masuk rubu’ jenayat. Ertinya dah hampir sangat Daulah Islamiyah berlaku di Malaysia.

Wahai Rasulullah saw, demi kemuliaanmu, syafaatkanlah kami untuk menjadi seperti para sahabatmu. Sanggup mati untuk Islam. Membela agama yang hendak dipermain-mainkan oleh yahudi. Sucikan hati kami ya Allah, kalahkan nafsu kami dan yahudi dengan berkat RSA. Terima kasih kepada BUJ yang sentiasa memberi panduan, teguran dan didikan. Amin..

Ikhwan Homestay, Damascus.
4.10am, Jan 29, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Forum seks Kelab Taat Suami kena serbu
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2012/01/26

ANGGOTA penguat kuasa JAIP menanggalkan poster yang dipamerkan pada Pelancaran Kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) di Ipoh, semalam. – Foto Ikhwan Munir

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.
Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang. Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.

Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.

Beliau berkata, kempen yang bermula serentak di sini, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga mahu menghebahkan bahawa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh masyarakat Barat dan Yahudi.

“Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan diberi tenaga manusia yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan kuat ibadat kepada Allah,” katanya.

“Jadi, kempen ini sebenarnya untuk menaikkan darjat Nabi sehingga ke taraf `superhero’ dan menjadi contoh umat manusia, bukannya untuk merendahkan kedudukan baginda,” katanya.

Advertisements

4 thoughts on “***Highlightkan seks, KTS diserbu***

  1. ada kawan saya bermimpi, meliat ustad Asaari dalam kuburnya, beliau nampak hitam hangus terbakar, murid2nya nampak datang berduyun2, tapi ustad Asaari berteriak2 sambil mengusir murid2nya itu, pergi-pergi jangan ikuti Abuya, Abuya bersalah, pergi-pergi.
    Tapi nampaknya murid2 itu nampak tidak mendengar kata2 ustad Asaari itu. wallahu aĺam

  2. Boleh sy tahu kawan kamu itu adakah orang yang menjaga syariat serta melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar? jikalau tidak mimpi tersebut adalah datang dari syaitan kerana mimpi yang benar adalah datang dari orang yang bertaqwa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s