*** Isu KTS, “…Taubat nasuhalah wahai Tuan…” ***

Salam ceria.

Rabiul Awal adalah bulan yang indah. Terjemahannya yang simple ‘Awal Musim Bunga’. Keindahannya bertambah-tambah bila di bulan inilah dilahirkan junjungan Nabi Muhammad saw ke dunia secara fizikal walhal secara rohnya, Nur Muhammad adalah kejadian yang pertama. Rasulullah saw manusia luar biasa sejak belum dikandung Siti Aminah lagi. Mengandungkannya dan melahirkannya sangat membahagiakan Siti Aminah, betapa lagi berlaku kejadian demi kejadian yang membuktikan baginda sangat luar biasa. Bukan seperti yang didakwa oleh Nik Aziz, dia seperti mana-mana ‘mamat kampung’. Tidak, tidak sama sekali!!

 

Firman Allah di dalam Al Quran: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang terbaik buat kamu.” Allah yang beritahu, pada diri Rasulullah itu contoh untuk umatnya. Allah tak hadkan contoh di satu sudut. Baginda contoh terbaik di semua sudut. Berpakaian, makan minum, tidur baring, bermusafir, Ibadah, akhlak, pergaulan, perjuangan, pengorbanan, perhubungan, politik, tawakkal, sabar, berani, redha, bagaimana berperasaan dengan Tuhan dan lain-lain. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya, semuanya adalah contoh terbaik.

 

Bila KTS aka OWC menabalkan baginda Rasulullah saw sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ sempena bulan Rabiul Awal yang mulia ini, tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang meminta ahli-ahli KTS bertaubat nasuha kerana menghina Rasulullah saw.

 

Macam biasalah, serbu, rampas, tangkap, tanpa perbincangan, ‘menjatuhkan hukuman’ di dada-dada akhbar dengan tajuk-tajuk yang menunjukkan KTS bersalah sebelum dibicarakan.

 

‘Tolak kempen Kelab Taat Suami cemar kesucian Islam’

‘Kempen KTS rendahkan martabat umat Islam’

’50 ahli KTS disoal siasat’

‘Boleh cemar imej Islam’

‘Kempen Satu Penghinaan’

 

Ya, tanpa bertukar pendapat dan mendengar dahulu. Seolah-olah agama ini milik istimewa mereka sahaja.

 

Korang tentu tahu, setiap Nabi, Tuhan utuskan untuk mengenalkan kaumnya kepada Tuhan dan syariatNya. Sedangkan Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk umat Arab dan ‘ajam (bukan Arab). Setiap Rasul pula, Allah bekalkan dengan mukjizat untuk menundukkan kaumnya. Jika sesuatu kaum itu berbangga dengan kelebihannya, atas kebesaran Tuhan, Nabi yang diutus lebih hebat dari kebanggan kaum tersebut.

 

Kaum Nabi Musa as berbangga dengan kebolehan sihir. Mampu menyihir mata manusia hingga melihatkan tali temali yang mereka campakkan itu seperti ular. Tuhan anugerahkan Nabi Musa as mukjizat dengan tongkatnya boleh berubah menjadi ular, menelan ular-ular ahli sihir Firaun. Kaum Nabi Isa terkenal dengan kemahiran dalam bidang perubatan. Tetapi kemahiran mereka sudah tentu tidak sampai mampu menyembuhkan pesakit kusta dan menghidupkan orang mati. Dengan kuasa Allah, Nabi Isa as diberi mukjizat mampu melakukannya. Maka menanglah kebenaran.

 

Begitu juga dengan Nabi Muhammad saw, diutus di tengah bangsa Arab yang fasih bersyair dan tinggi sasteranya. Maka dengan mukjizat Al Quran, bangsa Arab tidak mampu menandingi baginda.

 

Jangan kita lupa atau buat-buat lupa, Arab Quraisy juga berbangga dengan banyaknya wanita yang mereka kuasai. Samada sebagai isteri, gundik, berzina dan lain-lain. Dalam Bahasa Arab disebut: ‘kanu yafkharun bi fuhulatihim’. Mereka dulu berbangga dengan ‘kejantanan’ mereka. Hebatnya mereka di ranjang. Tanpa mengira halal dan haram. Maka lahirlah ramai anak-anak zina hingga bangsa Arab malu mempunyai anak perempuan takut dinodai dan melahirkan anak-anak tanpa bapa lalu memalukan keluarga.

 

Maka Allah datangkan Rasulullah saw yang seluruh kehidupannya menjadi contoh umatnya. Dia mampu memiliki 11 isteri secara suci, sah dan halal. Mendidik semua isteri-isterinya menjadi wanita mulia. Maka bungkamlah kaum Quraisy, tak mampu berhadapan dengan kehebatan Nabi Muhammad saw. Tidakkah seorang lelaki yang berkahwin dengan 11 wanita begini tidak boleh dinobatkan sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’? Di mana salahnya? Tang mana yang merendahkan Islam? Kalau ibadah, akhlak, perjuangan, pengorbanan kita jadikan Nabi sebagai idola, bab seks ni siapa idola umat Islam?

 

Perkahwinan dihalalkan seperti makan minum dihalalkan. Buat yang halal pun mencemarkan imej Islam ke? Korang perlu faham, Yahudi yang mengejek 11 isteri itu sebagai sesuatu yang hina. Sedangkan Rasulullah saw berbangga. Malah Rasulullah saw berbangga dengan hasil seks suci iaitu anak yang ramai.

 

Mafhum sabda Nabi: “Bernikah kahwinlah, ramaikanlah anak, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di hari qiamat kelak.”

Di mana yang mencemarkan kesucian Islam. Yang tercemar Islam yang suci ke Islam tajaan yahudi?

 

Tak heranlah yang cakap pun dah rata-rata malu dengan sunnah. Bangga tak berkopiah, malu nak berserban, bangga dengan kot yahudi, malu menyarung jubah, lagilah kalau berwarna hijau kegemaran baginda saw. Bangga dengan rokok yahudi, bangga dengan makan gaji, berkereta mewah, berumah besar, sedangkan Rasulullah saw dan sahabat berkorban habis-habisan hingga nyawa demi Islam. Mereka malu dengan apa yang Rasulullah saw banggakan.

 

Sekarang siapa yang patut taubat nasuha? Orang yang mengiakan ejekan yahudi konon kahwin 11 isteri itu jatuh martabat, berkahwin 11 konon gila seks atau orang yang memperjuangkannya? Itulah ketinggian, ketokohan, keluarbiasaannya, kebesarannya sebagai seorang Rasul. Yahudi merendahkannya. Ia adalah hero sebenarnya.

 

KTS tak buat salah apa pun. Memang 11 isteri itu selamat menjadi wanita-wanita yang mulia. Itu kenyataan yang besar dan mahal. Yahudi putarbelitkan. Kebesaran Rasulullah saw diputar belitkan. Yahudi pembohong besar. Kenapa ikut yahudi, kita tukar kata hinanya mempunyai ramai isteri??.

 

Malah dalam hadis mengatakan, dalam sehari Rasulullah saw boleh lakukan hubungan dengan semua isteri-isterinya. Ertinya 11kali seks. Hanya Nabi Muhammad saw yg mampu. Hebatnya baginda, mengapa malu? Ia suci dan halal. Sedangkan persatuan gay ditabalkan di barat, kahwin sejenis dianggap kemuliaan. Jelas pembohongan.

 

Kalau engkau minta taubat nasuha, kamu yang kena taubat nasuha kerana seorang lelaki Malaysia berkahwin sejenis di barat. Sehingga Malaysia, islam orang Melayu dihinakan begitu sekali. Pihak berwajib perlu bertaubat nasuha atas itu. Sepatutnya kamu didik rakyat agar tidak terlibat dengan zina dan liwat tetapi hari ini, ia dibanggakan.

 

Sudah beratus ribu anak zina dilahirkan. Sudah beribu-ribu dicampak, dibuang, ditinggalkan di tapak perlupusan sampah, di parit dan sungai, di mangkuk tandas tanpa harga, siapa yang perlu bertaubat? Video lucah berleluasa, bahan-bahan prono boleh didapati begitu mudah di telefon bimbit. Anak-anak muda berpeleseran di merata tempat seluruh negara, siapa yang perlu bertaubat? Semua itu tak menghina agama? Tak merendahkan Rasulullah saw. Siapa yang nak bela agama ini? Kamu wahai pemegang amanah agama! Bartaubat nasuhalah.

 

Ahli KTS yang aku kenali memang sentiasa bertaubat dengan ‘ilahi las…’

dan doa taubat Nabi Yunus. Beratus-ratus kali setiap hari. Moga Allah jadikan kita seperti hati Sy Abu Bakar ra yang sentiasa bertaubat, sesuci hati ASZ yang kekal bertaubat… Akhir kata: Rasulullah saw adalah tokoh di seluruh kehidupan…

Selamat ulangtahun kelahiranmu wahai Paduka Tuan, kami merinduimu…

 

Ikhwan Homestay, Damascus.

2.55pm, Jan 28, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Kempen satu penghinaan

PUTRAJAYA: Pelancaran kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ oleh Kelab Taat Suami seolah-olah menunjukkan satu penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

 

Beliau berkata, ini kerana kempen dengan tema berkenaan boleh mengundang kekeliruan kepada masyarakat memandangkan perkataan seks itu sendiri pada pandangan umum memberi tanggapan berbeza.

 

 

“Penganjuran kempen seperti ini adalah dilarang sama sekali kerana ia seolah-olah penghinaan kepada Rasulullah. “Walaupun Rasulullah berkahwin dengan 11 perempuan, tetapi Baginda bukan gila seks. Jika kita sebut mengenai seks ia memberi maksud yang lain pada pandangan umum,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kempen itu.

 

Semalam, Kelab Taat Suami dilaporkan melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Presidennya, Fauziah Ariffin dipetik berkata, kempen berkenaan bagi mengajak umat Islam terutama pasangan suami isteri supaya mengamalkan kehidupan Rasulullah. Katanya, Rasulullah menjadi panduan kepada umat Islam dan ia termasuk aspek ibadat keluarga dan kehidupan seks.

 

 

Advertisements

7 thoughts on “*** Isu KTS, “…Taubat nasuhalah wahai Tuan…” ***

  1. Alasan anda menurut saya tidak berhubungan , antara lain: 1.Rasulullah berhasil mendidik istri-istri –> Rasulullah Tokoh sex suci Islam, (mengapa mendidik istri lalu hubungannya ke sex? bukankah mendidik istri2 itu berarti mendidik istri2 untuk cinta dan takut Tuhan, bukankah kalau disebut sex orang lebih berfikiran urusan diatas ranjang?). 2.Sekarang banyak gay, lesbi, sex bebas–>diselesaikan dengan sex suci Islam (kenapa ujung2nya langsung sex suci Islam, bukankah gay, lesbi, free sex dan penyakit masyarakat lainnya itu umumnya orang2 nya belum menikah, bukan semata2 karena tidak puas dgn istri di rumah? Dan bukannya diajak untuk mendalami Islam dahulu, dikenalkan siapa Islam dahulu. kenapa tiap masalah penyelesaiannya sex?)

  2. mungkin menurut anda alasan anda itu benar, tapi kan menurut pandangan masyarakat awam yang belum terdidik, Rasulullah Tokoh Sex Suci Islam itu seakan2 Rasulullah itu gila sex..?? Bukankah menurut Abuya Berdakwah itu harus berkhidmat..?? bagaimana ini..??

  3. Subhanallah …maha suci Allah atas segala firmanNya… apa yang di rasa, di ucapakan Rosulullah dan di jalankan Rosulullah dan apa yang di fikirkan Beliau berkenaan massa depan Islam di akhir zaman mari sama-sama buktikan jangan asal komen kalo tak ada pengetahuan tentang itu semua. Rosulullah sampaikan kepada kita semua ” Kalo kalian belajar tak ada Guru maka Guru kalian adalah Syaetan ” . coba mari kita renungi yang rosul sampaikan 1500 tahun yang silam. Memang susah cakap sama orang yang tak ada ilmu… Ya Allah berilah petunjuk bagi orang yang menghina Rosul Kekasihmu YA ROBB…mzb dari Bumi yang di berkahi Batam..semoga ..AMin.

  4. ada beberapa logika yang saya kira tidak tepat: 1.Rasulullah mampu mendidik 11 isteri –> Rasulullah saw. Tokoh sex suci Islam (mengapa kalau mampu mendidik langsung jadi tokoh sex suci Islam, bukannya tokoh yang mengenalkan Tuhan, yang mendidik manusia terutama istri untuk cinta dan takut kpd Tuhan). Mengapa yang ditonjolkan tentang Rasulullah adalah masalah ranjangnya..??

  5. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,OWC & KTS ada primary & secondary motives.Ada yang tersurat & ada yang tersirat secara syumul.Bertemunya 2 khitan melambangkan kebesaran Allah Azza Wajallah,lambang kelamin lelaki & perempuan bila terasing & bila bersatu.Kalau dicorak/dididik cara Rasulullah dan digandingkan dengan poligami {sunnah},boleh menghasilkan zuriat2 yang BERKHALIFAH.Sunnahtullah & sunnah Nabi {SAW} tidak boleh diasingkan.Berganding bahu,hand in hand untuk menjalani hidup dimuka bumi yang penuh dengan tipudaya.A WAY OF LIFE,AD DEEN,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

  6. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,apa yang telah di utarakan oleh Anjangmour diatas cukup luas.Mungkin BRO/SIS missing the point.Itu sebab kita sendiri nampak & witness pemimpin2 yang berwatakkan hawa nafsu & sifat2 mazmumah seperti hasad,dengki,benci,riak,tamak dan akhirnya akan menghasilkan rasuah,mengadu domba,fitnah,bunuh dan lain2.Nabi {SAW} is EVERYTHING TO US,EVERYTHING.OWC & KTS is very DIRECT & DARING but also GLOBAL in message.BRO/SIS may also like to refer to Encik Azman Ari’s { our representative in S’pore} huraian selanjutnya di suratkhabar seberang tambak,Berita Harian/Minggu.It’s in one of the website also,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s