***Teruskan Hantar Power***

Salam ceria. Berbagai berita dan cerita sepanjang minggu ni. Tadi bawa banat Syria yang tinggal di Irbid naik jabal Arbaien, rakam sajak untuk tv RSA. Mudah-mudahan jadi kali ni, walaupun tak cukup alat pengambaran dan tak terlatih. Atk. Moga Hussam menjadi suami yang bertanggung jawab, mubarak lahuma. Ahlan wa sahlan li qada’ shar ‘asal fi Syam. Begitu juga Mak Wan Perlis, dengarnya dah bernikah juga, tak jemput kami ke? hehehe. Ada juga berita sedih, kemalangan di kafe kita di Mansurah. Moga Firdaus cepat sembuh. Mari terus berpencak, hantar power, menunggu dan merindu, Tuhan yang akan jayakan jika kita berusaha cukupkan syarat. ‘wa ma romaita, iz romaita, walakinallaha roma’

ampun maaf,

rumah syabab, dekat Abu Nur, Ruknuddin.

1.52am, Dis 30, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Paderi bergaduh semasa menyapu


Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin

BAITULAHAM – Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. – Agensi

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s