***Al Mahdi disiapkan dalam 1 malam***

Menara Jam Abraj al-Bait

Salam ceria.

Dengan suhu -1 darjah celcius (maaf tak jumpa simbol ‘darjah’) ni, teruji gak nak keluar rumah pagi-pagi begini. Kalau di Bt Hampar, dah ke Sg Kerang dengan Sy Cikgu Syaarani dan team binaan, Syidi dan abg Nordin. Pekena roti canai Bongkok dengan gulai semilang. Jap lagi la ke kafe Abuya, di sini, ada gak nasi lemak… Alhamdulillah remaja lelaki dah boleh memasak semuanya, terutama ketua Chef, Mujahid Asqalani Sarawak. Sebelum keluar ni belek-belek e mail dan blog, boleh kongsi-kongsi dengan korang…Apa yang anjang dapat? Ni haa… baca la kalau free…

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion,

Makkah Expansion & Shades

Projek ‘Makkah Expansion & Shades’ iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara ‘gila’, sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan ‘impress’ dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.

Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Inilah yang anjang dapat dari e mail seorang kawan. Tapi, boleh juga kita lihat dari sudut yang berbeza. Abuya pernah beritahu, zaman Imam Al Mahdi adalah kemuncak tamaddun lahiriah dan rohaniah. Maka sudah pasti seluruh kecanggihan lahariah juga akan di tampilkan oleh Islam yang dibawa oleh Imam Al Mahdi. Dalam masa yang sama, hadis menyebut, Imam Mahdi itu disiapkan dalam masa semalam. Rasa keterlaluan kalau hanya semalam sedangkan kerosakan sudah menyeluruh. Tetapi, PBTnya yang paling tepat mentafsir…Rupanya persiapan menyambutnya di sediakan oleh pemegang panji-panjinya iaitu PBT. Malah kecanggihan tamaddun lahir disiapkan oleh musuh-musuhnya. itulah ‘makar’ Tuhan. Apabila hampir siap, maka ‘tug boat’ masuk ke limbungan untuk menarik ‘kapal besar’, tak kan nak tarik dari luar… Ya, masa akan tiba untuk menyaksikan peristiwa paling ajaib di sepanjang zaman, lahirnya Muhammad ke 2. Atk. Moga-moga kita semua dilayakkan menjadi orangnya, walaupun sangat tidak layak kerana terlalu banyak dosa dan kelemahan sedangkan ikhwan itu adalah wali-wali besar.

Ya Allah bantulah kami bi barakah Al Fata At Tamimi wa Imamil Mahdi….Aminnnn

Ikhwan Homestay, Damascus
8.20am, Dis 13, 2011 
anjangmuor.wordpress.com

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

 
 
 

Makkah Metro Line Station

Advertisements

One thought on “***Al Mahdi disiapkan dalam 1 malam***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s