***Imam Al Mahdi!! Segeralah zahir…***

Ais di padang pasir SaudiSalam ceria,
Apa khabar semua? Anjang harap semuanya ok. Kami di Syria ni ok je. Lahir la, yang roh… masih sangat perlu dibaiki. Baru je balik dari KFC Damasqino Mall di Kafr Suseh. Abu Humam, KFC Manager Aera yang bawa. Baru 4 hari makan malam dengan keluarganya, dia dah mula berbahasa Malaysia. ‘Selamat Malam!, Terima Kasih, sama-sama’, antara beberapa ungkapan yang dia pelajari dan catit di kertas. Aku dan Hafiz agak terkejut mendengar ungkapannya dalam BM. Rupa-rupanya dalam 2 hari ni, dia melayari internet untuk mengenali Malaysia lebih dekat. Nampak serius betul dia hendak berhijrah ke Malaysia.Mudah-mudahan hijrahnya menjadi detik perubahan diri dan ‘family’nya kepada hidup secara Islam yang lebih sempurna.

Hari ni kawan-kawan beratur lagi untuk dapatkan gas tetapi hampa. Barisan yang mulanya elok berubah menjadi ‘faudho’ bila lori gas tiba. Berebut-rebut gas, tanpa memikirkan orang lain. Malah ada yang ambil peluang meraba (gangguan seksual). Setiap yang berjaya mendapatkan gas, mesti mempunyai kesan luka di kepala atau di tangan. Nampaknya, krisis gas ni…bil letrik naik melambung sebab terpaksa memasak menggunakan heater.

Ais batu di dedaun pohon di Saudi ....Suhu yang sangat rendah di padang pasir Saudi...

Sebelum zahirnya Imam Al Mahdi, dunia sangat huru hara. Bukan sahaja dengan jenayah, penzaliman, penindasan, pembunuhan dan peperangan , malah alam juga dijadikan bereaksi dengan berbagai cara. Banjir, ribut, panas terik, gempa bumi, gunung berapi dan bermacam-macam fenomena yang memberi isyarat pemimpin besar dari Tuhan akan zahir.

 

Cuma mungkin ada pihak yang mahu bukti di depan mata atau masih memerlukan hadis-hadis soheh untuk membuktikan kebenaran. Silakanlah, cari. Anjang tak akan buat, Pejuang kebenaran nak menagih janji Tuhan melalui lidah Rasul-Nya, bukan baru nak cari Hadis soheh ke tak. Al Quran yang dah confirm 100% mutawattir pun tak amal, apakah bila datang hadis soheh nak amal? Apakah ada hadis soheh Sultan Muhammad Al Fateh lah yang membuka Kota Konstatinopel, Sultan Solahuddin Al Ayubi lah yang membebaskan Baitul Maqdis, Toriq Ibn Ziyad akan menakluk Sepanyol… Atau mereka semua pejuang agama yang berusaha membuktikan kebenaran hadis, lalu Allah hadiahkan ia berlaku di tangan mereka… Biasalah, bahu-bahu yang memikul tak akan sama dengan mata-mata yang hanya memandang dan memberi komen. Lagilah orang yang tak setia bersama Abuya sejak Abuya masih nampak aktif berjuang… Apa yang diharapkan dari mereka?
 

Ikhwan Homestay, Damascus
10.12pm, Dis 12, 2011  
anjangmuor.wordpress.com
 

 

Advertisements