***’Dunia di tanganku’***

Ya Allah, datangkanlah Abuya, zahirkan Saidi dan munculkan Nur Muhammad... Amin

Salam ceria,
Apa kabo korang semua? Sehat? Anjang ok je…Yang zahir, yang batin, moga Allah sehatkan berkat RSA. Sy Megat yang sakit, teruk gak. Dah 3 hari, cirit beret dan muntah-muntah. Macam keracunan makanan je. Toriq dan Us Hafiz, sakit perut je. Tak tau apa sebabnya. Kalau sebab makan mu’ajjanat, anjang, Faah dan lain-lain ‘belasah’, gak. Dah nak kena agaknya. Moga Allah sehatkan segera.

Macam biasa, kita kongsi pengalaman di Damsyik ni. Solahuddin Kurdi, seorang pemuda berbangsa Kurdi. Berniaga di kedai runcit milik keluarganya dekat Jami’ Muhaiyuddin Ibn Arabi, di Ruknuddin. Duda, setelah becerai dengan isterinya warga British kerana tak sehaluan. Melihat keadaan Syria yang mula berkrisis beberapa bulan lepas, dia minta pertolongan anjang. Tolong carikan rumah di Malaysia yang sederhana, dekat dengan pasar atau kemudahan awam. Dan ada kawan yang boleh membantu menjaga kebajikan serba-sedikit. Untuk apa? Dia cadang nak pindahkan keluarganya yang perempuan ke Malaysia. Ibunya dan adik-beradik perempuan kerana keadaan akan menjadi semakin teruk.

Us Mahmood (bukan Us Mahmud Khalil… lama tak jumpa dia, kat mana sekarang?), Us Mahmood ni guru Bahasa Arab di Kompleks Pendidikan Abu Nur, Damsyiq. Lulusan farmasi dan mempunyai farmasi sendiri. Tetapi jiwa agamanya yang kuat, mendorong dia menyambung pelajaran di Kuliah Dakwah, Abu Nur disamping menjawat Ketua Pusat Bahasa Arab. Ketika jemputan makan di rumahnya – Jemputan yang pelik sebab dia beri duit, remaja kita masak nasi tomato, bawa ke rumahnya, untuk menjamu kita makan…. he he he. Makan makanan kita masak sendiri- dia kata; Sekarang arahan dari Kerajaan Syria, semua kursus-kursus Bahasa Arab untuk forigner ditutup serta merta. Dalam ertikata yang lain, kerajaan Syria mahu semua rakyat asing keluar dari sini. Kami, guru-guru Bahasa Arab sekarang tiada kerja. Kalau kamu ada pusat pengajian atau ada info pihak tertentu perlukan guru-guru Bahasa Arab, kami bersedia berpindah ke Malaysia beramai-ramai.

Abu Humam, pengurus KFC di Dimasyq pun berterus terang, selepas anak perempuannya Rina, selesai peperiksaan menengah tinggi, dia bercadang berpindah ke Malaysia. Cuma dia bercadang untuk pergi dahulu, membuat tinjauan dan kajian untuk pastikan proses hijrah mereka berjalan lancar. Faktor keselamatan yang mendorongnya untuk berhijrah. Rumahnya yang terletak di Harasta adalah kawasan panas. Ramai pemuda-pemuda di situ telah ditangkap kerana terlibat dalam tunjuk perasaan menentang kerajaan.

Di atas adalah beberapa contoh tindakan yang hendak diambil sebahagian rakyat Syria sejak krisis semakin memuncak kebelakangan ini. Walau atas apa niat sekalipun perancangan hijrah mereka, mengapa Malaysia menjadi pilihan? Pada mereka, Malaysia adalah sebuah negara Islam, yang aman, makmur, moden, indah dan lain-lain. Rakyatnya sangat kuat mengamalkan Islam dan Islam di Malaysia adalah sederhana. Siapa sebenarnya yang menggerakkan hati mereka rasa cinta kepada Malaysia?, rasa Malaysia adalah negara Islam contoh, negara yang hebat? Sedangkan mereka boleh sahaja dapatkan indeks jenayah di Malaysia, statistik penyalahgunaan dadah, kemalangan dan kemalangan maut yang jauh lebih tinggi dari negara mereka. Kerana Malaysia, walau apa keadaan, masih lagi aman…

Ini membuatkan kita sangat yakin, dunia di tangan Rasulullah. Abuya sudah memerintah. Tiada siapa boleh mengawal krisis di Timur Tengah dari merebak dari satu negara ke negara yang lain. Dah lama Ben Ali, Mubarak, keluarga Assad, Ali Abdullah Soleh, Ghaddafi, pemerintah Saudi dan Bahrin menzalimi rakyat masing-masing tetapi mengapa baru sekarang ianya seakan-akan ‘meletup’ serentak. Sudah tentu ada yang mengawalnya, menghayunnya, melambungnya. Itulah Nur Muhammad yang sudah kembali bertemu pencinta dan perindu baginda, lalu digoncangkan dunia ini. Agar semua memberi perhatian kepada perkara paling ajaib akan berlaku, munculnya negara Islam sebenar di timur. Tapi malangnya, di saat-saat begini, ada orang yang konon cerdik akal tidak mampu menerima hakikat ini. Maka secara sengaja dan terancang mahu memutuskan hubungan umat ini dengan Nabinya. Awass!!! Takutilah kemarahan Nabimu. Kemenangan ini hampir sahaja berlaku. Tetapi masih ada ruang waktu untuk kita bertaubat dan menambah rindu. Atk.

Ok, jumpa lagi. Menulis dalam gelap, biasa la. Hari-hari blackout di sini. Tadi baru pindahkan barang-barang dari rumah banat di Muhajirin ke Homestay, punyala banyak, depa ni tak takut kena hisab ke?… 4 kali naik ‘tut tut’, masih ada baki. Tak dan nak susun lagi, dah dalam gelap tak de letrik macam ni…

Ikhwan Homestay, Damascus
8.29pm, Dis 11, 2011  
anjangmuor.wordpress.com
 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s