***Power Nasyid Abuya…***

Salam ceria. Apa kabo korang semua? E mail la berita tempat korang pada anjang. Kongsi-kongsi berita. Kesiankan anjang yang tak ada servis bb di Syria ni. Di Malaysia masih selalu hujan ke setiap petang? Asrama pelajar di Thai masih banjir lagi ke? Di sini, bila musim sejuk begini, malam lebih panjang. Maghrib masuk seawal 4.30pm. Sebelum jam 6 dah azan Isyak. Malam yang panjang, kami ambil peluang berziarah para simpati. Dipimpin oleh Us Hafiz yang berjuang di sini sejak 2005.

Berziarah ni tradisi Abuya. Salah satu cara berdakwah yang berkesan. Mengenal masyarakat tempatan, bahasanya, budayanya, pola pemikirannya, tradisinya, pantang larangnya dll. Awal naik teksi lagi remaja Ikhwan dah RSA kenalkan dengan watak bangsa Syria. Pergi lepas Isya’, dalam kesejukan syita’ kami bergerak konvoi 2 teksi. Driver teksi belakang yang kami naik tak puas hati driver yang depan yang menurutnya ikut jalan jauh sedangkan ada jalan dekat. Sedangkan dia tak tau driver yang di depan itu hanya mengikut arahan Us Hafiz. Us Hafiz pula terlupa jalan. Mulutnya terus berulang-ulang sebut: Himar!! Himar! Nus himar. Atau dalam bahasa kita ‘keldai, keldai…bodoh macam keldai, keldai pun pandai… Ni setengah otak keldai!’. Dah banyak kali, anjang pun bersuara,: ‘Hai, di Syria ni, keldai pun dapat lesen memandu.’ Dia kata: ‘Ya, semuanya keldai. Aku pun keldai juga, •нëнëнëнëнë•‎•нëнëнëнëнë•‎ tapi keldai kecik…kau tengok yang depan kita ni pun keldai!’ Katanya sambil menunjuk lori sampah yang berada di depan kami terbuka pintu belakangnya. Bila-bila sampah boleh jatuh. Atk. Nak wat camne, pedulikan yang penting kami sampai ke distinasi.

Seronok ziarah rumah simpati jemaah dengan cucu-cucu Abuya. Rofiq Aufa, Toriq dan Hazim. Selain dari keberkatan yang ada pada mereka sebagai darah daging PBT, mereka pandai bernasyid.
Dengan orang tempatan di sini, nak syarah-syarah ni, mereka lebih pandai daripada kita. Al Quran dan Hadis cair. Lagi lah Sy Lan yang kata: ‘Ana rasa macam bisu je, sebab tak boleh cakap Arab.’ Strategi Abuya sangat berkesan dengan menggunakan nasyid. Bila bait-bait sajak Abuya dinasyidkan penuh penghayatan, di pertengahan lagu pertama, ‘Cinta Agung’ versi Arab, kelihatan Abu Omar Juwaijati mengambil tisu mengesat hujung matanya. Menangis terharu. Bila hati lembut, dengan sentuhan rohani orang Tuhan, secara automatik Abu Omar sendiri yang bertanya perkembangan jemaah.

Abu Omar sangat berterima kasih atas layanan Sy Jaafar dan Sy Lokman serta Us Rizal semasa dia di Malaysia. Dia berjanji akan menghubungi Us Hafiz sebelum bergerak ke Jordan untuk mengambil info alamat dan no hp untuk menziarahi Bandar RSA Jerash. Malah Abu Omar akan berusaha mendapatkan visa umrah dan bertemu dengan Sy Fakhrur di Mekah bila visa umrah dibuka nanti. Menyentuh keadaan politik yang semakin bergolak di Syria lebih-lebih lagi setelah Syria dikeluarkan dari Kesatuan Liga Arab, Kata Abu Omar,: ‘Kami di Syria mengharap Allah melindungi kami dengan berkat kamu remaja-remaja Abuya yang sangat menjaga hubungan dengan Allah, berakhlak dan menenangkan hati.’ Malu mendengarnya.

Di Mat’am Abuya, Dr Zaidi anak angkat Kak Ummi, seorang Cina dari Terengganu  (telah lama memeluk Islam) seronok bertukar-tukar pendapat di bangku kafe sambil mendengar nasyid-nasyid. Duda anak satu yang pernah beristerikan wanita Itali itu pernah tinggal 10 tahun di AS tapi rasa bahagia berlama-lama di Kafe Abuya. Bukan sahaja dia datang hampir setiap hari malah semalam dari sebelum Asar sampai jam 10 malam. Ketika seorang kenalan Arab mengadu masalah kepadanya, dia terus terang mengatakan untuk berbincang apa masalah pun di sinilah tempatnya. Tak payah pening-pening cari tempat lain.

Begitulah Abuya menyiapkan sistem Tuhan, pendidikan, ekonomi, perubatan, pertanian, ternakan dan lain-lain hatta hiburan. Seorang ulama dari parti yang mendakwa memperjuangkan Islam di Malaysia secara sinis pernah menyindir: ‘Nasyid-nasyid, boleh ke dapat negara?!’ Tapi dengan nasyidlah, berkat RSA, remaja Abuya pusing seluruh dunia. Menundukkan ulama dan orang-orang berpangkat. Tanpa syarahan panjang dan diskusi berjela-jela, mengalirkan air mata insaf atau terhibur gembira. Ok, jumpa lagi.

Musolla Rumah Syabab, Damascus
9.35, Nov 14, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***Power Nasyid Abuya…***

  1. ulamak mane tu…?? ap die pk jemaah kebenaran ini, digerakkn dgn smata2 usaha mulut brbaul nafsu..bkn nyer perancangan tuhan…..smoge Allah bisu kn mllut2 mrk diakhirat kelak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s