***Raya Korban 1432H***

Kunjungan Saudara Seislam dari Jerman ke Bandar RSA Jerash

Salam ceria. Korang sehat ke? Beraya cara orang biasa ke ala-ala pejuang? Orang biasa beraya, agak ada duit lebih, korban 1 ekor lembu. Mau RM1K++ gak. Maka ketika serahkan duit pada AJK surau atau masjid yang uruskan korban, terkorbanlah rasa bakhil dan cinta dunia terhadap duitnya. Kalau dia kaya raya, tak de hal lah. Tak tergugat pun simpanan hartanya. Kalau tak banyak duit, amik 1 bahagian, dalam RM350-RM400. Masa serah tu, terkorbanlah perasaannya. Kalau dah tak de sangat, pegi tolong tumbangkan lembu, sembelih dan melapah. Korbankan masa dan tenaga. Jangan hanya tunggu daging korban, beraya korban tanpa pengorbanan. Pejuang pulak, tak musim perayaan pun, sentiasa dilatih berkorban. Masa, tenaga, wang dan perasaan. Sanggup menelan kesusahan dan berkata kepada hatinya: ‘Aku sangat menerima kesusahan ini ya Allah, demi mengekalkan rasa kehambaan, tanpa rasa hamba, aku hanya bahan bakar api neraka.’

Menuju Tempat Korban


Orang lain sibuk balik kampung, korang kena bangunkan bandar-bandar RSA. Susah tak? Apa yang susah? Pemikiran? Tak, mana perlu perah otak sangat. Susah tenaga, berapa jam je keja. Susah sampai luka parah dan syahid berdarah? Tak de lah. Yang susah tu perasaan…nafsu yang nak bergembira, ditekan-tekan, tak dilayan.

 

Ketika orang biasa bersesak di highway, beratur membayar tol menuju kampung halaman, Ummi dan Abi korang di airport, dalam kereta, sedang menaiki kapal, dalam flight menuju tempat bertugas. Bertebaran ke negeri-negeri kembar merata dunia. Perit tak? Apa yang perit? Hati…  Itulah latihan mursyid. Ia adalah keperluan.

 

Mana lebih susah dengan Nabi Ibrahim? Barkahwin bertahun-tahun tak dapat anak. Bila berkahwin dengan Siti Hajar, dapat anak… Gembira, seronok, ia fitrah, tapi Allah uji, arahan diterima supaya berpisah dengan anak dan isteri. Jumpa setahun sekali sahaja. Dengan sedikit bekalan. Di padang pasir yang kering kontang. Korang mungkin tak pernah rasa macam mana… Angin panasnya saja dah terasa membakar kulit. Tiada air. Tiada manusia. Tanpa hp, bb, tv, radio, sms, mms, skype, internet dll. Terputus sama sekali. Oh, alangkah susahnya.

 

Bila anak dah besar sedikit, dah pandai macam-macam. Membantu itu dan ini. Allah uji lagi, bukan arahan biasa, sangat luar biasa, minta dikorbankan dengan disembelih. Aduh… Buah hati, permata jantung minta di korbankan dengan tangan ‘abi’nya. Luluh hati. Mendengarnya pun rasa tak sanggup. Tapi keluarga inilah yang Allah minta kita kenang-kenangkan setiap kali sembahyang. Allahumma solli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala ali Saiyidina Muhammad kama sollaita ‘ala Saiyidina  Ibrahim wa ‘ala ali Saiyidina Ibrahim…

 

Betapa lagi kemuncak ibadah, manasik haji. Tentulah lebih-lebih lagi wajib kita kenangkan pengorbanan mereka. Kesusahan dan penderitaan mereka. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pun rasa dekat bila dikenang-kenangkan, apa lagi yang paling dekat dengan kita Abuya yang dirindui. Hayati kata-kata Abuya dalam sajak yang telah dinasyidkan.

 

Kesusahanku

 

Kesusahanku di masa kecilku

Mengenalkan aku erti penderitaan

Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita

Aku suka sekali menolong mereka

Kematian ibuku di waktu kecilku

Menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu

Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu

Inginnya aku menghiburkannya Ingin aku menggembirakannya

Kesusahanku di dalam kehidupan

Di dalam semua aspek pengalaman

Di dalam makan minum,

di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian

Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang

Rupanya pengalaman di dalam kehidupan

Banyak pengajaran dan didikan

Banyak menyedarkan dan menginsafkan

Sangat berguna buat perjuangan masa depan

Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi

Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang

Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan

Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman

Malam, 20 Oktober 2002

 

Beberapa hari di bandar RSA Jerash terasa kesusahan yang kena remaja RSA hadapi. Kesejukannya, sampai ke tulang hitam. Sy Mazlan beberapa kali sesak nafas bila diusia 50’an baru dikejutkan dengan sejuk yang melampau ni. Bilik sejuk, surau sejuk, lagi-lagi nak ke bilik air, di bangunan lain, di lereng bukit. Menempuh ‘peti ais’ besar. ‘Peti ais’ Tuhan. Fuuh… Sejuuuuk. Brrrrr. Tak heranlah kalau Ibu Atiyyah dengan nada bergurau janjikan ‘soba’ (heater) sebesar musolla. нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ 

 

Selepas Khutbah Aidil Adha di surau Bandar RSA Jerash

Tapi hidup pejuang kena diteruskan. Jadual Ikhwan tetap berjalan. Lepas pakej ibadah, perbarisan dalam kesejukan. Habis mendengar tarbiyah membangun jiwa, makanan roh, Hasibi dan teamnya terus bertebaran ke stabe kuda, uruskan Ibrahim, Hajar dan si comel yang baru lahir. Fitri dan Daniel ke kandang kambing mengembala kambing baka Syami. Uwais, Ajwad dan lain-lain ke mazra’ah memetik zaitun. Alun dan Hussam membaiki pam air. Dalam kesejukan tapi penuh kegembiraan. Gembira dengan cabaran dan kesusahan.

Demi nak jadi pejuang. Nak jadi Ikhwan. Ikhwan boleh buat banyak kerja.

 

Hajar dan si kecil... Lahir tanpa bidan..... Ajaib

Mari katakan pada diri: ‘Ya Allah demi kekalnya rasa kehambaan dalam diriku, yang itulah keselamatanku, aku sanggup hidup susah dan menderita.’

 

Moga anjang dapat jumpa Aji, Nafib, Suhail, Umair dan lain-lain di Bt Hampar. Fateh di Sanglang. Taqwa di Sentul. Epol di kolam. Fidaie dan Fakhrur di BB. Lokman di kolam Telok Tenggiri dan lain-lain semuanya sedang mengunyah kesusahan dan menelan kepahitan dalam senyuman.нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Selamat Berjuang!

 

Rumah Syabab Ikhwan Dimasyq,

7.44am Nov 11, 2011  

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***Raya Korban 1432H***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s