***Best sangat ke naik kapalterbang tu?!***

Salam ceria. Semasa sembang dengan Us Zar, dia suarakan harapan beberapa orang remaja… Syh tak nak bawa kami ke Syria keee? Allah. Ya, mereka mengikuti perkembangan jemaah. Mereka tau, adat perjuangan, naik turun kenderaan. Merantau. Bermusafir. Bak kata Bonda Ummu,: ‘Harta tinggal 1 beg’. Kalau harta dah tak de, tinggal beberapa helai pakaian je, senang le nak ke mana-mana.

Ia fitrah. Sapa yang tak nak jalan? Melihat negeri orang. Mengenal masyarakat manusia dengan pelbagai bahasa, bangsa, warna kulit, watak, sikap, tradisi, adat resam dan pantang larang. Makan minum mereka pun, bukan semua sesuai dengan selera asal kita. Itu yang Abuya sarankan kita supaya jadikan perut/selera pun kena antarabangsa. Globalkan. Syh Lan nampak kurang selera apa yang dihidangkan dalam flight. Mungkin kerana tak biasa. Anjang ‘belasah’ semacam je. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ insyaAllah, duk Syria lama nanti perut pun antarabangsa. Memang kalau tak biasa, bukan senang nak makan ‘mansef’ yang baunya …..tapi ‘steady’ macam makan nasi lemak sambal kerang. Nak kunyah zaitun jeruk, macam makan petai je . Nak cicah roti dengan ‘hummus’ dan ‘mutabbal’, macam keropok lekor cicah sos pencicah. Perlukan sedikit ‘keberanian’.

Tapi jika ada cita-cita, semua yang susah akan sanggup kita tempuhi. Akhirnya ia mudah. Buat dengan seronok. Benda baik atau tak, positif atau negatif tetap akan lalui fasa demi fasa. Korang yang terlibat merokok, dulu waktu cuba-cuba, bukannya sedap, mesti terbatuk-batuk kan? Tetapi dek kerana cita-cita nak nampakkan diri dewasa, padahal fardhu ain tak lepas, juga agar tak ketinggalan dari kawan-kawan kononnya (berjaya yahudi racuni fikiran kita), hisap gak rokok, walau terbatuk-batuk nak muntah. Walau kena marah, kena hukum, bila kantoi. Teruskan gak demi cita-cita.

Di Era Al Arqam, Syh Tengku pun pernah minta izin dari Sy Farul nak ambil pengalaman belajar luar negara tapi Sy Farul bertanya kembali: ‘Semua guru-guru (khasnya yang seangkatan dengan Sy Tengku) dah berada di luar negeri, siapa nak tengok yang di Malaysia? Maka tetaplah Sy Tengku di Malaysia. Tapi masanya dah tiba. Akhirnya Sy Tengku kena juga ke Mesir, bertugas di sana, walaupun dah beranak cucu. So, korang jangan bimbang. Yakin dan taat je. Sampai masa, bila ada KEPERLUAN, giliran korang akan sampai. Cuma di sini anjang nak coretkan cabaran ketika dalam penerbangan. Sisi lain yang kureng mengembirakan.

Anjang akui, anjang penakut. Jenis gayat di tempat tinggi. Spesis, kalau jatuh ni… Kalau…kalau…eeei. Bukan suka sangat naik kapalterbang. Lagi la ‘time’ flight langgar awan tebal, suasana tenang bertukar jadi bergoncang kuat. Kapalterbang merendahkan ketinggian dengan mengejut. Seperti jatuh. Kecut perut. Takut, Allah saja yang tau. Pernah dulu pindah 1 family dari KK ke semenanjung naik MAS, berlaku begini kerana cuaca buruk. Flight macam ditarik ke bawah secara mengejut. Aduhhh, cemas gila. Masa tu bukan takut Allah, takut mati. Si Miqdam duk seat sebelah pun penakut. ‘Like father, like son’. Dipegangnya tangan ‘abi’nya kuat-kuat. Abi buat-buat berani, padahal sedang tahan nafas. Bertawassul hangit. Boleh harap ke Miqdam yang gayat ni bergantung kepada ‘abi’nya yang gayat juga?! Walau kawal macho cam mane pun tetap nampak cuak. Nasib baik kita ada mursyid, boleh bertawassul.

Jadi tak le best sangat naik kapalterbang ni. Hatta kalau naik first class sekalipun, time bergegar, tetap sama bergegar. Kalau detailkan dari mula chek in sampai turun ke destinasi lagi banyak cabarannya. Takut korang semua tak jadi naik flight… Abu Khalid tak mau naik flight. Pernah dia bertanya, ‘Kalau ke Malaysia naik pick-up boleh tak?’ Orang macam dia, aku rasa, tak perlu pick-up dan flight. Ada cara Tuhan nak sampaikan ke Malaysia. Seperti Tuhan ada cara nak zahirkan Imam Al Mahdi dan Pemegang panji-panjinya di musim haji atau di bulan Muharram.

Ya Allah, bebaskanlah kaabah dari wahabi dan yahudi. Segerakan kemenangan Islam kali ke 2, di akhir zaman seperti yang telah Engkau janjikan melalui lidah nabiMu. Amin….

Homestay Ikhwan Jerash, Jordan.
3.08pm, Nov 4, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s