***Wahabi oh wahabi***

Salam ceria. Mudah-mudahan kita semua selamat kerana saling mendoakan sesama kita. Sebulan di tanahair tercinta Malaysia aku rasakan sangat singat berlalu. Kita di awal bulan November 2011. Awal bulan Zulhijjah 1432 Hijrah… Rasanya baru semalam beratur panjang dengan pelajar-pelajar Syria pulang ke Malaysia. Terasa seolah-olah baru turun kereta Wira WEG, kereta En Salim Bt Pahat, mengeliat badan yang kepenatan. Dah 5 bulan tak drive tiba-tiba trevel panjang hingga sempadan Malaysia – Thai kerana hantar Sauban ke kolam Telok Tenggiri. Sesat sampai Changlun. Sesat jalan tak pe, jangan sesat aqidah. Wahabi suka tuduh orang sesat, walhal di sisi Ahli Sunnah, pegangan Wahabi yang sesat sebab bila menuduh orang Islam lain sesat, jika orang itu tidak betul-betul sesat maka kesesatan itu berpatah balik pada penuduh. Jemaah Abuya secara jelas mendoakan kehancuran ke atas wahabi. Dah tak boleh ajak berbincang. Dah sebati. Dah jadi pegangan.

Satu kisah yang real tentang wahabi ni, kawan-kawan di kalangan orang Saudi sendiri yang ceritakan. Ada seorang mutowwi’ (sukarelawan) amar ma’ruf nahi mungkar ala-ala sukarelawan pencegah maksiat kalau di Malaysia. Dia ni naik teksi. Driver pula, pasang radio dengar muzik. Setelah beberapa minit di dalam teksi, datang semangat mencegah kemungkarannya. Untuk makluman, pada wahabi, apa yang tak dilakukan di zaman Rasul, kalau umat Islam membuatnya, kira bid’ah. Ada pula riwayatmengatakan, ‘setiap yang bid’ah itu sesat’, wahabi berpegang pada zahir hadis semata-matan maka dia bertanya kepada si pemandu, ‘Di zaman Rasulullah ada radio ke tak?’ Driver: ‘Tak’. Si wahabi: ‘Tutup radio tu!!!’. Dengan penuh ‘paksarela’ si driver offkan radionya yang membantu hilangkan rasa mengantuknya.

Selang beberapa kilometer, pak wahabi syadid ni bertanya lagi, ‘dizaman Nabi ada aircond tak?’, driver teksi itu menjawab,: ‘Tak ada.’ Penumpang: ‘Tutup, jangan buat bid’ah’. Begitulah dia mengomel sepanjang permusafiran. Tentang misai dan janggut. Singkatkan kain. Jangan ziarah maqam. Jangan amalkan maulid Rasul. Talqin, qunut… Semua itu bid’ah yang sesat membawa ke neraka. Sebenarnya, kuliah yang menyesatkan orang itu masih boleh diterima oleh si pemandu yang juga orang yang kurang beragama. Tapi siapa tahan dengan kepanasan tanpa air cond di Saudi, di tengah-tengah padang pasir, jauh dari penempatan orang. Akhirnya, dia bersuara: ‘Di zaman Rasulullah saw ada teksi?’ Jawab si wahabi: ‘Tak ada, kenapa?’ Driver: ‘Ok, oleh kerana naik teksi ni bid’ah, kau turun di sini sekarang juga! Tunggulah mana-mana kafilah dagang Quraish yang lalu, sertai mereka!!!’. Lantas memberhentikan teksinya serta merta dan memaksa pak cik tu keluar. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Nasib kau la.

Nampak macam tak mau berkompromi langsung dengan bid’ah tapi sikap dan akhlak sangat bid’ah. Suatu masa ketika di Saudi, Syh Cikgu Zaki al Yunani (sebab sekarang bertugas di Yunan, China), menyebut dalam kenderaan: ‘Ya Rasulullah!!’ Spontan drivernya, seorang tempatan menegur: ‘Sebut Ya Allah, jangan sebut Ya Rasulullah, Muhammad dah mati, ma yanfa’… Syh Solleh memintas, Rasulullah ma yanfa’, fulus yanfa’ ( dengan nada menyindir… Rasulullah tak berguna, tapi duit berguna?!) Sebab sebelum naik tadi dah berbalah, dia nak harga tinggi.

Tak pe sesat jalan, naik Cherry Sy Jo menuju KLIA, Naim Ibu Adi yang bawa. Nak singgah Mega, sesat entah ke mana. Tanya orang, jumpa balik jalan ke Mega. ‘Malu bertanya sesat jalan’. ‘Sesat hujung jalan, balik pangkal jalan’. Nak jumpa Us Zaimus, amik 12 paspot mereka yang gagal dapat visa haji. Pulangkan balik pada tuannya di Jordan dan Syria. Tu la wahabi, disusah-susahkan orang ingin ke Mekah. Nak beribadah. Ke negara komunis punyalah mudah. 2 hari lepas jumpa Sy Azhar Chen, tanya dia bila nak musafir, ‘3hb’ katanya. ‘Mudah ke urusan visa?’ Katanya:’ Hari ni submit, esok dapat.’ Begitu mudah. Sedangkan, kesian aku tengok kembar tak seirasku, Syh Solleh, entah berapa minggu, ke hulu ke hilir dengan Us Azam yang setia mengup datekan berita di grup bb terutama bab makan. Putih dah beruban uban di kepala Sy Solleh, visa tak dapat juga. Wahabi oh wahabi…tapi Sy Solleh tak salahkan sesiapa, selain merintih: A bantulah aku… A bantulah aku.

Terima kasih Tuhan, berkat ikut Abuya, faham siapa itu wahabi. Alhamdulillah… Selamat sampai ke KLIA. Sy Mazlan dah tunggu untuk naik flight ‘first time’. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Barang punyala banyak, berkat Abuya lepas semua walau lebih timbangan. 10 kotak dan bagasi!! En Razi yang bantu, Us Hafiz call direct padanya dari Damascus. Dulu dia ke sana, kita layan. Sekarang dia janji akan bantu kita selagi dia di posisinya. Nak tengok juga jemaah Cikgu Hashim, Hasnul dan lain-lain buka branch di Damascus, Jerash, Irbid, Cairo, Mansurah, Paris, London, Mekah, Madinah… Siap dengan bandar-bandar kembar-nya. Ada ke orang nak jaga? •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Gurau je, jangan marah. Bandar-bandar RSA meriah menyambut
Milad Abuya, di seluruh dunia, walau karihal wahabiyyun.
Ok, jumpa lagi.

Dalam flight KL-Amman.
7.23 am, Nov 1, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***Wahabi oh wahabi***

  1. ha ha….bid ah?naik teksi? ha ha..dah fahamlah sangat maksud bidah tu….kenapa org tak memahami bidah dr segi bhs dan ibadat.dr segi bhs semua teknologi dikira bid ah.yg dimaksudkan dlm hadis tu bid ah apa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s