***murid sejati vs pure munafik***

Salam ceria, apa kabo korang semua? Moga sehat roh, akal dan jasad. Suci roh dari dosa dan mazmumah. Dari sombong dan bangga diri. Dari Al Wahan, cinta dunia dan takut mati serta lain-lain mazmumah, perosak diri. Suci akal dari pemikiran wahabi, yahudi dan sekular. Suci fizikal dari dosa-dosa lahir, yang merosakkan. Merokok, dadah, pakaian yang menyerupai orang kafir, seluar-seluar jean yahudi, rambut yang malu nak tiru cara mursyid, kuku-kuku yang panjang menghalang sampai air whudu’ dan mandi junub, hp-hp yang masih ada gambar yang tidak syarie, senarai awek-awek yang masih dihubungi, FB yang menjadi medan memadu kasih cinta haram, mata keranjang yang masih liar memandang penuh nafsu syahwat, kata-kata yang masih bercampur lucah, kasar, bohong, hina, kutuk. Masih ketagih game internet. Dan 1001 dosa lahir akibat terputus hati dengan Tuhan.

Mudah-mudahan Allah sempatkan kita bertaubat, berubah, mendapat hati yang sejahtera sebelum mengadapNya. Kerana mati datang tiba-tiba. Tanpa mengira usia. Tanpa ada perbincangan. Kadang-kadang, tanpa ada tanda-tanda ketara. Sedangkan kita belum bersedia. Amalan kurang, dosa melaut tak terkira. Anjang pun sama. Nak solat subuh pagi tadi dapat berita: ‘Askum ,,utk makluman semua bahawa Mohd Shahrom Yusuf(Mat Yong)telah kembali kerahmatullah jam:7:30am diLahar Yooi ..Al Fatehah.’ Bila di tanya punca: ‘ Sesak nafas, kawan2 kejut dah tak sedar subuh tadi!!!senyap terus!!’ Dah dua orang remaja meninggal dunia cara begini di Lahar Yooi. Sebelum ni aruah Megat. Tak sempat aku jumpa Mat Yong, dah pegi dia. Tak sempat nak minta maaf, salah silapku. Ada beberapa soalannya tak aku jawab, rasa bersalah sangat. Moga Allah terima roh Mat Yong. Moga kita segera buat perubahan, tak tau giliran kita bila?… Atk.

Para remaja semua, jangan mudah mengalah dengan nafsu. Jangan kecewa dan putus asa. Jangan rasakan diri kamu sahaja derita. Para pemimpin pun sekarang berkursus, demi mencapai tahap yang ditarget. 100% hati dengan ASZ. Di Bt Hampar, Merbok, Tg Belungkor, Sg Buloh, Mutiara Rini Square…JB, Jitra, Kuala Terengganu. Beruntunglah mereka yang terlibat dengan kursus-kursus kerana mendapat latihan untuk berdisiplin dengan Allah dan perjuangan. Dapat ingat Abuya 100% dan menghayati perjuangannya 100%. Sanggup mati untuk Islam. Macam Mat Yong, meninggal dalam jemaah. Dalam sistem. InsyaAllah selamat.

Sebenarnya kita diserang dari seluruh penjuru. Serangan pemikiran, budaya, pendidikan, ekonomi, hiburan, makan minum, politik. Ditambah dengan kekuatan sihir-sihir dajjal dan kuncu-kuncunya. Di mana sudut atau point kita lemah (nuqtatul dhi’fi), di situlah serangan lebih dijurus. Kalau lemah fikiran dan minda, musuh akan menghujani kita dengan hujah-hujah yang menjadikan kita syak, tak yakin dengan kebenaran. Kalau kita lemah jiwa, diancam-ancamnya kita, diugut-ugut. Ditakut-takutkan. Kalau kita ada penyakit atau fizikal kita mengidap penyakit tertentu, di situlah musuh tumpukan agar bertambah-tambah sakit. Ya, mereka guna sihir. Yang terkena je yang tahu. Orang yang tak faham mengatakan GISB perasan perang dengan yahudi. Manalah mereka tahu. Kita yang kena, tahu sangat. Kalau dah sakit tu tak dpt dikesan dihospital, doktor kata sehat je. Pastu dalam beberapa second, atau jam… Sakit tu boleh berpindah-pindah di anggota tubuh. Pastu, badan jadi lesu, malas, nak tidur. Semua macam susah sangat nak buat. Solat entah ke mana, wirid pun begitu. Atau sakitnya terlalu sakit, terlalu bisa hingga tak boleh buat apa-apa… Sakit apa tu, kalau bukan sihir? Moga Allah sembuhkan Sy Hashim yang masih belum pulih dari serangan sihir. Begitu juga , mudah-mudahan Allah sembuhkan Sy Saudi yang juga sedang berlawan dengan sakit.

Ada serangan selain sihir? Ada le sangattt…. Pertembungan di antara haq dan batil sentiasa berlaku dari sejak manusia dicipta hingga harÍ kiamat. Kalau kecik-kecik dulu, biasa la, anak zaman, tengok tv gak. (Balik rumah abah belasah dengan talipinggang), biasanya kalau lambat sampai, cerita dah mula, soalan yang keluar: ‘Mana baik? Mana jahat? •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Padahal semuanya jahat. Bila hero dan grupnya jelas, crook dan gengnya pun jelas, filemnya menarik. Tapi, nak bagi lebih menarik, di celah-celah kawan-kawan hero tu ada pembelot, pengkhianat, gunting dalam lipatan, talibarut musuh, talam dua muka, musuh dalam selimut,
telunjuk lurus kelingking berkait, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam, musang berbulu ayam.
Istilah yang paling mudah ialah hipokrit atau berpura-pura. Senang cerita, munafik.

Itulah yang berlaku kepada GISB sekarang. Orang luar tidak akan faham apa yang berlaku. Yang di dalam pun tak akan tahu, illa man rahima robbi. Kecuali diberitahu, rupanya orang yang tak kita sangka-sangka, dialah munafik. Biasa kita kenal dia sebagai Cikgu tu, Ustaz ni, Abg tu … tapi dalam FB dah berubah jadi Jubah Putih, bila jubah dah syaffaf sangat sampai nampak ‘aib’, buang jubah, pakai serban biru, dan entah apa-apa nama lagi, sapu tangan, semua boleh. boleh je berubah jadi ubaid sakhr ke samir marwan ke. Syu biddak kaman…??! Kullu syie bisir..

Asalnya tak yakin dengan Abuya tapi ada kepentingan, duduk la sampai kena buang atau sendiri lari. Atau memang dihantar musuh (well trained), samada tuan punya diri sedar atau tak. Kerjanya menimbulkan syak wasangka dalam jemaah. Menjadi batu api. Protes apa-apa yang dia tak setuju. Bawa budaya luar dalam jemaah. Jadi, masa Abuya ada ke, Abuya dah pergi ke, sama je keja depa ni. Tak puas hati tentang TT, walaupun sesen pun tak amik duit korang. TT latihan seorang guru mursyid kepada murid-muridnya. Serampang banyak mata. Yang paling utama ialah untuk:
1.Membuang cinta dunia, serahkan duit demi Islam. Maka terbangunlah bandar-bandar Islam dengan sistem dari Tuhan.

2.Ia juga latihan menambah keyakinan. Beri satu untuk Allah, akan dibalas 10, tapi kalau beri terpaksa atau teragak-agak penuh perjudis, sampai kiamat pun tak dapat

3.Latihan kuat jiwa. Tanpa harta pun kamu mampu tersenyum. Kalau harta pun kamu sayang, boleh harap ke nak serah nyawa pada Islam?
Dan lain-lain. Al muhhim, sangka baik je la dengan mursyid.

Tapi dah dasar tak mau faham, macam Ummu Afif tu, tuduh BUJ salah guna duit jemaah, untuk peribadi dan anak beranak. Korang percaya ke? Cakap tanpa bukti, menuduh je, anjang duk di istana RSA dengan BUJ, Sy Farul, Sy Nik Hishamuddin dan lain-lain selama 40 hari, musim haji tahun lepas. Anjang tengok, Ummu makan apa yang kami makan. Malah kami agih-agihkan pada Ali Sudani dan kawan-kawannya di kalangan penjaga bangunan. Biasa je, tak dak bermewah-mewah pun. Malah dasarnya: ‘Masak sekadar tidak cukup, kerana makan kena berhenti sebelum kenyang’. BUJ naik Nissan Armada, kami pun naik gak, kami anak beranak sejemaah. Anjang pun dah duduk di Jerash, bersama pelajar-pelajar, majoritinya anak cucu Abuya. Tak dak mewah lah. Time rezki lebih, makan sedap-sedap, nasi mandi ke, Ras ghanam ke, tapi masa lain, sama je macam orang lain. Tak caya? Tanyala Abg Zai atau Abg Irmawan Indon. Mereka pun lama di Jerash. Jangan tanya Geeha Nazri, entah dah pernah naik kapal terbang ke belum. Takut-takut KLIA pun tak pernah sampai.

Ok, jumpa lagi.

Ikhwan Homestay, Jerash
1.31 am, Sep 18, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

2 thoughts on “***murid sejati vs pure munafik***

  1. whoah this weblog is fantastic i really like reading your posts.

    Stay up the great work! You understand, many individuals are looking round
    for this info, you can help them greatly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s