***Menangislah selalu, nasib kita belum tahu..***

Salam ceria, moga kita dapat tingkatkan rasa-rasa yang sepatutnya menguasai hati seorang murid terhadap mursyidnya, melalui kursus-kursus yang sedang kita jalani. Korang semua apa khabar? Nampak ramai betul peserta di Teluk Tenggiri. Moga Sy Fadil Yasin dibantu. Us Dad dah sampai ke belum? Kena cepat…Sy Mujahid dan Us Fateh dah sampai Jerash. Muaz dan Yahya tentu sangat bersedia untuk ke Batu Hampar. Moga kita dapat memecut untuk menuju jiwa pejuang yang sebenar. Respon Tuhan atas usaha baiki diri secara berjemaah ini rupanya sangat luar biasa. Terbongkar rahsia demi rahsia musuh-musuh dalaman yang kita tidak ketahui secara jelas selama ini. Benarlah RSA pemegang rahsia segala rahsia. Rahsia akhir zaman.

Semasa menunggu Dodge di tepi kolam renang Mat’am RSA di Jerash untuk ke Abdali anjang terima post kawan-kawan di BB group. Elok juga kita kongsikan untuk menambah gentar di hati kita terhadap kuasa Tuhan. Inilah teksnya:

Ada sesuatu hakikat yang menakutkan yang boleh kita kongsikan sebenarnya dari kisah JP ini, kerana setiap era kebenaran yang datang itu, Tuhan sudah persiapkan siapa musuh-musuh kebenaran itu. Sejak permulaan pertembungan Azazil dan Nabi Adam as. Qabil dan Habil. Seterusnya setiap zaman begitulah keadaannya. Hingga ke zaman Rasulullah saw, adanya Abu lahab, Abu Jahal dan lain-lain. Hinggalah ke era para mujaddid di setiap kurun.

Kalau kita perhatikan, musuh-musuh itu bukan datang dari tempat yang jauh. Yang menjadi musuh itu adalah dari kalangan yang terdekat, rapat malah tak disangka-sangka. Jadi begitulah yang berlaku kepada jemaah sekarang ini. Musuh itu adalah muncul dari kalangan kita juga. Ini adalah satu fakta yg sangat menakutkan kerana sesiapa sahaja amat berpotensi besar untuk menjadi MUSUH ALLAH. Kerana itulah, mengambil iktibar atas setiap yang berlaku, A selalu meminta kita menyuluh diri dan kita selalu diingatkan.. “Menangis lah selalu..nasib kita belum tahu.. Walaupun dlm petunjuk.. Belum tentu diterima.. (Bait-bait dalam lagu itu adalah peringatan yang sangat keras hakikatnya).. Wallahualam.. RSATK. Diolah dari group BB.

Ok, itu sahaja untuk pagi Jumaat ni. Rafiq dan rombongan dah bertolak ke Syria. Khubaib dan Sauban serta isteri tangguhkan dulu sebab terlalu ramai takut mencurigakan. Lama betul tunggu budak-budak perempuan ni bersiap, jam 11 belum sampai Abdali lagi… Tapi ada hikmahnya, bolehlah coretan ringkas ini dibuat. Mzb. Atk.

Dalam Dodge, menuju Abdali, Jordan.
11.04am, Sep 16, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s