***Islamkah Kamu?! -part iii- ***

Salam ceria. Beruntung kamu disulukkan. Walau istilah apa diberi, pengasingan memberi ruang untuk kita fokus kepada roh yang selama ini kita abaikan. Tak seperti muka, yang sangat dijaga. Sebijik jerawat pun di’nyah’kan. Dicuci dengan pencuci khas, berasaskan air tanpa ‘soap’. Tekan tiubnya, letakkan ‘paste’ sebesar kacang peas di tapak tangan, basahkan muka. Sapu dan gosok perlahan-lahan di pipi dan seluruh muka. Ratakan, bilas dengan air bersih. Remaja lelaki pun, bukan main jaga rupa lahir. Sedangkan semua tahu, Allah pandang batin. Allah nilai roh. Kalau RSA tak tekan-tekankan bab ni, kekallah kita hanya Islam kulit. Tapi, dengan kasih sayang Allah, kita dididik, ditegur, diberi panduan, dikursuskan, di’suluk’kan, agar jangan menipu orang dengan kecantikan zahir tetapi pengaruhilah manusia dengan roh yang tinggi. Dengan akhlak yang mulia. Pun begitu bukan bermakna kita biarkan musuh mengata agama tanpa dibela. Kalau dibiarkan, nanti ada yang berpendapat, golongan yang menuduh itu yang benar. Walhal fitrah atau hati kecil setiap orang mengatakan, jemaah RSA lah yang benar, walaupun belum ada hujah dengan lidah. Yang ada keyakinan di hati.

Semalam, diantara perkara yang sangat menyentuh fitrah atau hati kecik semua orang, korang tau apa? Tak lain dari ucapan Cikgu Fe’ah dan Hj Sulaiman. Anjang kenal Cikgu Fe’ah, Hj Leman dah lama. Pernah Anjang kena jaga usrah Mersing, sebelum Hj Leman dan keluarga bergabung dengan Tg Gemar. Selalu adakan pertemuan di rumahnya selain rumah Sy Uzet Omar, Us Zainal atau Us Salim Forest. Anak-anak Hj Leman pun bukan asing dengan Anjang. Hasnul, Hafiz, Khai, aruah Bokhari. Bukannya ramaipun dari ribuan keluarga Melayu Islam di Mersing, yang ikut jemaah Abuya. Tetapi dalam sedikit yang terpilih itu, tentulah Hasnul yang paling bertuah. Bukan sahaja berpeluang belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan, malah lebih dari itu bertuah kerana menjadi keluarga Abuya. Tetapi tentulah nikmat besar, ujiannya pun besar.

Hari ini, hancur luluh fitrah sesiapa pun bila mendengar ucapan Cikgu Fe’ah. Diluahkan rasa sangat malu untuk datang ke Mekah memandangkan keadaan Hasnul begini sekarang. Bersengketa dengan bonda Ummu dan meninggalkan jemaah kebenaran. Sanggup menentang apa yang menjadi cara hidupnya selama ini. Sedangkan ibu dan ayahnya bersusah payah berhadapan dengan tentangan keluarga dan ejekan jiran untuk bersama Abuya. Aduh, sayu hati mendengar tangisan ibu dan rintihan seorang ayah. Hasnul tentu ingat kisah Alqamah yang melukakan hati ibunya hanya kerana mendahulukan isterinya. Kembalilah kepada kebenaran. La tajtami’ ummati ‘alad dholalah. Punya ramai ahli keluarga, Bod dan Ibu setuju dengan Bonda Ummu, tak kan salah keputusan mereka dibanding dengan hanya segelintir kecil yang tak setuju dengan bonda Ummu.

Ambil pengajaran dari kisah Rizal, tanya sungguh-sungguh dengan Allah, siapa yang betul? Akhirnya, ayahnya yang dah lama tak ikut program GISB memberi jalan keluar. “Minta maaf dengan Bonda Ummu. Allah berkuasa menjadikan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk mendampingi Rasulullah saw.” Siapa yang ajar perkataan itu kepada En Rosli, kalau bukan Tuhan? Siapa yang menjadikan kata-kata yang ringkas itu memberi kesan di hati Rizal, kalau bukan Tuhan? Siapa yang dorong Rizal kuat hati untuk serah diri pada Abuya walau di hasut macam-macam oleh Mustahab, kalau bukan Allah? Siapa yang memberi keberanian pada Rizal untuk berterus terang dalam majlis tentang aktiviti kamu semua, walau diancam oleh En Latif dengan pedang, kalau bukan Allah.Inilah karamah Abuya.

Abuya, ramai rakyat Malaysia mengatakan dia mati walaupun berselisih pendapat tentang kematiannya. Kenyataan rasmi Hospital, jangkitan kuman di paru-paru. 1 golongan yang tak puas hati mengatakan, Bonda Ummu bunuh. 1 puak pula mengatakan, banyak sangat cucuk pain killer. Macam-macam pendapat. Ikhtilaf bainal juhala’. Korang kena faham, katalah kita ambil pendapat Abuya meninggal dunia, kata Abuya, seorang wali itu, kalau meninggal dunia… Karamahnya masih berlaku, malah bertambah hebat. Itu bukti kewaliannya. Mana karamah Abuya yang berlaku pada kalian? Adakah ke sana sini membuat show sampai dapat bergambar dengan Datuk Siti Norhaliza itu karamah? Adakah menghasut Mr Lee meninggalkan jemaah Abuya, itu karamah? Adakah berjumpa dengan bekas anak-anak murid Abuya yang telah memusuhi Abuya itu karamah? Aneh kamu semua.

Ok, setakat ni apa pendapat korang semua remaja A tentang isu ini? Lagi-lagilah, JP yang sudah teserlah identitinya (bila tanya, pucat muka… Takut. Tak mengaku)itu hanya menentang 1 point dalam khutbah aidil fitri tu. Iaitu isu seks. Sedangkan kerana itu jugalah Nabi Muhammad saw diejek oleh yahudi. Hari ni, tak payah tunggu yahudi, jemaah jubah putih dah jalankan tanggung jawab. (Islamkah kamu?!) Tapi dah nak berakhir, sebab pemimpinnya tak berani berdepan. Nak bawa hujah Saidina Umar Abdul Aziz, Bisyru Al Hafi, Imam Nawawi konon. Sama ke masalah di zaman mereka dengan kritikalnya masalah di seluruh aspek kehidupan di zaman Putera Bani Tamim?!!. Tolong buka spek yang tebal tu wahai JP.!! Pastu, nak mengatakan jin sahaja di alam ghaib. Macam tak ada rijalul ghaib, malaikat, roh-roh syuhada… Kenapa hanya tau jin dan hantu je? Ada buat hubungan dengan mereka ke?!!

Tak tau ke setiap Nabi datang mencabar dan mengalahkan kekuatan atau kehebatan kaum mereka? Nabi Musa as mengalahkan sihir kaumnya dengan tongkatnya, Nabi Isa as mengalahkan kehebatan perubatan kaumnya. Nabi Muhammad saw, mengalahkan kehebatan syair kaumnya dengan mukjizat Al Quran. Kemudian, korang jangan lupa, Arab Jahiliah ketika itu berbangga dengan mampu menguasai wanita, berzina, atau mempunyai isteri atau gundik yang ramai. Dalam bahasa Arab disebut, ‘kanu yafkharuna bi fuhulatihim’. Bangga dengan kehebatan mereka di ranjang. Maka datang Rasulullah saw, dengan kehebatan rohnya kepada Tuhan, lalu Tuhan beri kehebatan yang sangat luar biasa di ranjang. Dengan cara yang halal. Beristeri 11. Mampu bersama dengan setiap seorang dari mereka dalam 1 malam sahaja. Habis perniagaan haram (pelacuran)yahudi dan budaya zina Arab Jahiliyah. Tapi cakap banyak dengan orang yang takut bini, bukan mudah faham, walaupun dia pensyarah universiti.

Ok, korang teruslah berkursus di Teluk Tenggiri tu. Anjang pun dok sana sebelum ni. Yang kat Bt Hampar pun, ikutlah sungguh-sungguh program di situ. Bt Hampar tu Bandar RSA. InsyaAllah, selesai penyakit lahir batin dengan rawatan Nur Muhammad. Mudah-mudahan kita dapat 100% bersama PBT. Ok, jumpa lagi.

Dewan Mat’am Jerash, Jordan.
5.22pm, Sep 14, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***Islamkah Kamu?! -part iii- ***

  1. Mantap,JP mane berani nak tunjuk muka atau ckp terang2an,sbb dia bukan lelaki sejati,setakat kecoh2 kat FB boleh la,dengan bini pun takut,macamane nak berhujah dengan masyarakat luar yg lain yg nakkan kebenaran,BUJ yg dia ckp nenek tu pun,dia x leh nak lepas,BUJ hantar surat kat Vatican,bukan sebarangan,tp dia berani letakkan nama dia sebagai penulis surat tu.alah bangga pulak tu…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s