***ISLAMKAH KAMU?! -part ii-***

Salam ceria. Walau hati berduka. Masuk kursus tapi tak lulus. Bilalah hati ini mahu khusyu’ dengan Allah, melalui orang-orangNya? Orang yang lulus tu hatinya rasa sangat bersalah, lalu berusaha bersungguh-sungguh melonjakkan rohnya. Ya Allah, jadikanlah hati ini seperti mereka.

So, korang macam mana sekarang? Dah boleh kontrol nafsu-nafsu yang dilarang? Tanpa mursyid, mustahil kita mampu menang. Inilah masanya kita nak gembirakan Rasulullah saw. Baginda dah tangisi kita umatnya ribuan tahun. Sangat bimbang dengan keselamatan kita. Khasnya di Akhirat. Apakah orang yang sangat mengambil berat tentang kita, kita acuh tak acuh. Kita tak serius. Itu biadab dan kurang ajar namanya. Tak ada hati perut. Atk.

Kalau diminta berkumpul, segera berkumpul. Kalau ditawarkan kursus, segera menyambutnya. Kalau kena kuarantin, tekad menghadapinya. Saidi Syeikh bersuluk selama 40hari, 40 malam ketika berguru dengan guru mursyid. Kalau diminta berhenti merokok, segera berhenti. Lawan yahudi dengan sikap. Rokok tu ada sihir. Abuya sebut sendiri. Anjang dengar ketika xpdc dengan Lexus di Labuan. Dah le membazir, mulut busuk.

Tapi busuk-busuk mulut remaja yang merokok, busuk lagi mulut dan hati remaja yang mengata-ngata Bonda Ummu, BOD Abuya dan GISB. Dasar mulut tak ada insuran. Ikut suka je nak ngata. Betula peribahasa mengatakan, macam tin kosong. Kalau berisi, cuba korang ketuk, ada bunyi ke? Ada la. Tapi perlahan. Tapi tong kosong, ketuk sikit, punyalah bising. Lagilah kalau materialnya tak bermutu dan nipis, bising, bingit dan menyakitkan gegendang telinga. Mulut kata, Abuya ok, tapi mengata-ngata anak isteri Abuya. Mempertikaikan pemimpin yang Abuya lantik. Menuduh GISB macam-macam.

GISB syok sendiri konon sedang berperang dengan yahudi. Syok sendiri tu macam mana? Janganla lidah lebih panjang dari otak. Cakap tak sempat berfikir. Atau memang tak tau berfikir. Syok sendiri tu, orang yang bukan di alam realiti. Orang yang sedang berfantasi. Tapi perasan dia macam di alam realiti. Macam orang yang sekolah hanya tahap maahad buuth, tempat dinding sekolah pun dikencing oleh orang Mesir, nak cakap besar. Suruh tasrif fiel ajwaf atau naqis pun tak pandai, sibuk nak mengata orang. Nak mengaku sekolah Arqam pun malu, sibuk nak bela jemaah, supaya pure konon. Ini memang syok sendiri. Ukurlah baju di badan sendiri, semua orang tahu siapa kamu. Pastu, kalau sambung mengaji ilmu ilham dari mursyid, boleh tahan. Ni entah mengaji mana, tiba-tiba dah dapat wahyu suci. Nah, ini betul-betul syok sendiri. Pastu cakap-cakap-cakap. Tak kira betul salah. Buat malu orang Muar je. Orang sibuk berjuang sehingga berkorban segala-gala, hatta nyawa sekalipun. Kamu wahai syok sendiri, sibuk ber’juang’, mana kebajikan kami? Cuba cari dalam senarai di kalangan sahabat, tabien atau tabiut tabien yang kerjanya komeeeeen je memanjang macam kamu, ada ke?! Sapa nama dia?

Cuba korang remaja GISB fikirkan,orang yang syok sendiri boleh bangunkan bandar di Mekah ke? Ni realiti ni. Ada restoran. Anjang dah pegi. Dah tengok. Nampak depa masak untuk katering haji tahun lepas.Syh Inaam masak. Khairil anak aruah Cikgu Khairol Anam masak. Tamlikha masak nasi periuk besar. Masukkan telur, mi goreng, nasi lemak, timun potong,lauk pauk dll dalam catering set. Wrap dengan plastik nipis. Susun dalam Mersedes Wagon, bawa ke hotel jam 3am waktu Saudi. Realiti le sangat, tanya le Syh USU kalau tak percaya. Ni syok sendiri ke?. Nak lawan yahudi le ni, buat projek ekonomi cara Abuya di negara wahabi. Beri khidmat pada jemaah haji, bukan keuntungan semata-mata tapi orang puas makan sedap. Selama ni orang niaga cara yahudi, amik tender pastu sab kat orang bukit, masak masakan Malaysia tapi citarasa orang Fatani. Nak untung semata-mata. Ni bukan syok sendiri, ni realiti.

Pastu sewa Istana RSA, pusat membangunkan roh bakal-bakal ikhwan. Asalnya kosong. Tapi dengan panduan Rasulullah saw, bangunan 4 lantai ini sudah lengkap untuk menerima tetamu. Ada ruang tamu julus Arabi, ada studio rakaman program forum dan diskusi. Ada team TVRSA untuk perangi tv-tv yahudi. Syok sendiri ke Bang? Real le sangat. Ada green screen. Ada khemah esklusif di bumbung bangunan lengkap dengan air cond dan sebahagian dindingnya kaca tebal syaffaf,
bernilai SR47K. Dengan kemudahan lift dan kolam renang. Bilik mandi sauna. Pegi sendiri la tengok. Sebesar tu, selengkap tu punya persiapan… Boleh celupar kata syok sendiri. Yahudi je yang pandai kata orang yang sedang realiti, syok sendiri. Islamkah kamu?! RSA sedang bertungkus lumus menyiapkan orang-orangnya, kamu kata: syok sendiri?!

Sebab tu korang kena pandai pilih kawan. Kalau berkawan dengan penjual attar, kamu akan wangi tanpa usaha. Tapi kalau berkawan dengan perokok, kamu akan kena kenser paru-paru lebih awal dari dia. Bau pun busuk. Orang yang ego dan hasad tak akan berjumpa kebenaran. Sebab dengki dengan Nabi Adam, Iblis sanggup derhaka dengan Tuhan. Sebab ego dengan Nabi Adam, dia enggan sujud. Tunduk. Bagi kelompok ini, staf GISB yang memandu Nissan Armada, Toyota Hilux dan kenderaan mewah yang lain di bumi Haramain itu semua syok sendiri. Yang realiti, orang yang memandu kereta-kereta macam yang mereka pakai sekarang. Aku pun tak tau, kereta apa?!

Eh, syok sendiri ke orang yang sedang membangunkan 8 chelet dengan 4 kolam renang di Mekah? 2 kolam renang untuk kaum hawa. Sebuah bandar tradisi Arab akan dilengkapi dengan ternakan kambing, kuda dan unta.kamu akan menangis ridu dengan Rasulmu yang dibesarkan dengan suasana begitu di bandar ini. Lebih 1500 tahun dahulu. Setelah yahudi dan wahabi meranapkan apa sahaja yang boleh mengingatkan umat ini kepada Rasulnya, datang satu golongan cuba mengikat hati-hati manusia kepada rasul mereka. Berwasilahkan bonda Ummu, kamu katakan: syok sendiri. Islamkah kamu?! Jurubicara yahudi.

Apa yang kamu dah buat untuk Rasulullah? Untuk menghiburkan kekasih Allah? Berapa rombongan yang telah kamu hantar untuk mengerjakan haji dan umrah? Menziarahi maqam Rasulullah saw.? Mebina roh manusia untuk mencintai Rasulullah? Wahai remaja GISB sekalian, di seluruh dunia. Tolong respon soalan anjang, sebenarnya siapa yang syok sendiri?

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan.
1.43am Sep 13, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

One thought on “***ISLAMKAH KAMU?! -part ii-***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s