***Islamkah kamu?! -part i-***

Salam ceria. Apa khabar remaja semua? Kumpul kat mana tu? Ramai2 di kolam… Proses. Sekarang, ramai orang diproses di kolam. Kat Bt Hampar, proses di kolam. Tak tau apa cite ayam dan itik Us Sharaf, Fatih jaga betul-betul ke? Jangan ber’asap’ di kolam tu! Ibu-ibu di istana berlatih te kwan do di tepi kolam istana. Sy Kadir dan kawan-kawan juga sedang operasi projek baru RSA, ada kolam gak. 4 kolam renang, 8 bilik chelet, Taman kanak-kanak dan halaman untuk kuda. dalam 13km dari Mekah. Jalan ke Jaddah.

Bercakap tentang Jaddah ni, anjang nak sentuh sikit tentang maknanya dan sejarahnya. Secara ringkas yang anjang taulah, sejarahnya berkait rapat dengan nenek kita, Siti Hawa. Sebenarnya dalam bahasa Arab, ejaannya حواء ada sabdu, sebutan sebenarnya Hawwa’. Nenek kita diturunkan dari Syurga di sini iaitu di Jaddah. Jaddah dalam bahasa Arab, terjemahannya dalam bahasa Melayu nenek. Begitulah Tuhan memuliakan nenek kita, dikekalkan nama jaddah hingga hari ini. Setelah itu beliau berjalan hingga Allah takdirkan bertemu semula dengan Nabi Adam, datuk kita semua di Arafah, atau lebih tepat jabal Rahmah. Mulianya nenek kita. Allah yang muliakan, dikekalkan panggilan jaddah hingga hari ini. Kita orang Melayu pun sangat memuliakan nenek-nenek kita. Menyebut perkataannya pun dengan penuh hormat takzim.

Yang tak pandai hormat nenek, menggunakan perkataan nenek dengan maksud menghina ini yahudi. Yahudi kata datuk nenek manusia dari beruk, walhal sebaliknya. Ada di kalangan bangsa yahudi yang dilaknat menjadi beruk dan babi. Kerana ingkar perintah Allah. Korang hormat nenek korang tak? Anjang hormat sangat. Tanpa mereka, kita tak lahir ke dunia.

Tapi sapa ntah, nama pun menyamar, tapi yang letak kat FB Abul Miqdam namanya Razif Satari. Ada seorang yang nak berhujah-hujah, mengejek-ejek Bonda Ummu dengan gelaran nenek dengan tujuan penghinaan walhal Tuhan muliakan nenek. Bangsa Melayu, memuliakan nenek mereka. Tak taula bangsa apakah mereka ini?!

Pastu minta dalil dan bukti BUJ adalah wasilah RSA. Mai kita pakat tanya, kalau dah ada dalil, nak ikut ka? Matiiii, tak ikut pun, sebab semasa A masih bersama pun mereka dah tak ikut jemaah. Dah tak yakin Abuya tu PBT. Setakat yakin sebagai guru, lebih-lebih sikit sebagai pemimpin dan mursyid. Itupun dah tak pandai nak jaga adab dengan guru. Mengata-ngata isteri mursyid dan anak-anak mursyid adalah sangat tidak beradab. Putus hubungan rohani. Kalau yang memang pernah belajar di Mandiah, tak dopek eden nolongnya. Memang tak pandai jaga adab.

Kalau nak dalil, nak hadis soheh carila sendiri? Hangpa masih tercari-cari kebenaran. Lambat. Kami sangat yakin berada dalam kebenaran. Perlu ke dalil? Kalau korang chek mereka pun bukan hafal hadis pun. Yang dah mutawatir pun tak buat? Yang jelas wajib pun tak buat. Yang jelas haram, qatie tsubut haram pun pakat langgar. Korang tak percaya? Umat manusia akhir zaman ni sapa yang kaji hadis sangat pun, lagila yang dok sibuk mengata orang. Cuba tanya dia, apa hadis soheh yang mengatakan membaca fatihah itu wajib dalam solat? Tak tau pun…. Dok baca fatihah dalam solat dari kecik sampai la, mana kira ada hadis ke? Dok taqlid macam tu la. Kalau bila anjang sebut ni, baru terhegeh-hegeh nak cari hadis, baik tak payah. Jangan baling batu ke rumah orang, kalau rumah sendiri guna kaca tak kalis peluru. Nanti remaja GISB pakat baling batu ramai-ramai, hancur berderai rumah kamu.

Islam adalah amalan. Bukan cakap semata-mata. Bukan dalil dan hujah je. Rukun Islam yang lima berkait amalan. Syahadah perlu pembuktian… Kena ada amalannya. Solat, bukan teori… Jelas amalan. Puasa, amalan. Zakat, kena amal. Bukan cakap je. Haji juga amalan… Jadi, tengoklah amalan. Tengoklah macam mana BUJ praktis Islam. Orang nak amik hadis zaman dulu pun tengok amalan. Kalau perawinya menipu unta, tak jadi ambil hadis darinya. Apa amalan Islam yang BUJ dah buat? Pergilah Mekah… GISB hantar rombongan demi rombongan ke Mekah dan Madinah. Berapa rombongan hangpa yang dah pegi umrah sejak menentang BUJ? Nak ke Australia pun ke orang support. Ke Singapore pun, kena bank in duit dulu. Tu nak buat show untuk kutip duit lagi. Bukan untuk dapat Tuhan.

BUJ dengan panduan RSA bangunkan projek-projek di Haramain. Dari hanya sebuah mat’am, sekarang dah ada istana, deretan kedai. Ada bandar Ikhwan di Mekah. Kampung Rasulullah saw. Ada 8 chelet dengan 4 kolam renang, serta Taman Permainan kanak-kanak dan padang untuk ternakan kuda, kambing dan unta. Bandar tradisi Arab. Mengimbau kehidupan Rasulullah saw yang lampau dengan sentuhan moden.
Di Madinah ada mat’am dan villa.

Inilah Islam praktikal. Islam Rasulullah saw. Islam amalan, bukan teori dan dalil. Bukan munafik yang asyik nak protes je. Bukti tak ada. Firman Allah:
وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون
Ok, jumpa lagi… Nak gi program. Atk.

Ikhwan Homestay Jerash, Jordan
3.20pm Sep 12, 2011

Advertisements

2 thoughts on “***Islamkah kamu?! -part i-***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s