***Corat coret hari akhir puasa 6***

Salam ceria. Walau hati penuh kesedihan. Pedih kerana belum mencapai tahap yang sepatutnya. Belum dapat rasa yang sepatutnya berlaku kepada seorang murid terhadap guru mursyidnya.Ya Allah, bantulah kami. Tanpa pertolonganMu, mustahil kami mampu melepasi ujian ini. Sepi sejak beberapa hari ini kerana rasa sangat ketinggalan dalam mengejar rasa-rasa kehambaan yang telah dicapai oleh kawan-kawan satu dunia. Saat demi saat berlalu, begitulah minit dan jam. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Sudah bertahun-tahun, malah puluhan tahun bersama Abuya tetapi masih belum dapat lagi perasaan yang sepatutnya. Sakit tapi tak terasa diri sakit. Rasa macam sehat je. Atau rasa sakit pening pening je, padahal sudah sepatutnya dibawa ke ICU. Itulah hati tanpa perasaan. Apakah hati begini mampu bertemu Allah untuk diadili?! Lebih-lebih lagi pelbagai peristiwa yang berlaku, kalau kita ambil iktibar, mudah-mudahan lembut hati untuk tunduk kepada Allah dan orang-orangNya.

Macam biasa, kegawatan di Syiria… orang di luar lebih tahu. Kami di kawasan perumahan Ruknuddin, pinggir Bandaraya Damascus agak tenang. Walaupun setiap malam di bulan Ramadhan tentera mengawal masjid-masjid berbas-bas takut rakyat merusuh selepas solat tarawih. Suatu hari, ketika keluar rumah untuk ke Muhajirin (Rumah Amal rakyat Malaysia di Syria), seorang pemuda memberikan padaku sekeping kertas iklan. Tertera padanya sessi pembelajaran baru dibuka di Maahad Al Fath Al Islami yang dipelopori oleh keluarga Farfur. Anjang pernah belajar dengan seorang dari keluarga mereka di Karachi, Pakistan iaitu Ustaz Syihabuddin Farfur. Sangat tegas dalam kelas tapi terlalu mesra dan memuliakan tetamu. Ok, sambung cite tadi. Bila anjang jalan je melalui kelompok tentera. 3 orang dari mereka meluru pada anjang, meminta kertas yang anjang bawa. Dapat dari mana? Siapa beri? Mana dia? Iklan sekolah agama je… punya le prejudis. Jalan ke depan sikit, 2 orang lagi datang, tengok kertas tadi. semua menerkam dengan wajah yang tak mesra alam. Syria… Syria.

Baru-baru ni, di rumah terbuka Kedutaan Malaysia di Syria, YTM Duta buat ucapan panjang lebar tentang keselamatan di Syria. Kerajaan buat keputusan untuk menghantar balik semua rakyat Malaysia. Rombongan pertama 50 orang minggu depan.Sy Isnil baru je Chat dengan YM tanya: Akhi, dgr cter safarah nk hntr blek semua pljr Msia dsyria.kte trlibat ke? Anjang jawab: kita tak ikut wisma putra, kita ikut Putera Bani Tamim. Tapi pastu terfikir, Abuya pun ikut undang-undang kerajaan, demi pastikan jadual Allah berlaku. Jadi, di Syria ni, kalau memang perlu keluar, kita akan pergi Jordan hingga suasana aman semula. Sekarang memang agak susah, nak draw duit pun kena keluar imma Turki atau Jordan. Tambah belanja lagi. Atk.

 

Malam tadi dapat berita BBM dari Ikhwanshah: Assalam… Tn Hj Azmi dalam keadaan tenat skrg berada di hospital Sg Bakap. Oleh kerana masalah line dan lain-lain, BBM ni sampai lewat. Bila anjang reply, Moga segera sembuh Atk. Ikhwan jawab: Thj dah meninggal… alfatihah. Moga Allah menerima rohnya sebagai orang yang dialu-alukan. Teringat kisah bersama beliau, seorang yang gigih cuba mencintai Abuya. Yang Anjang dengar, semua sudut biliknya diletak gambar Abuya. Hatta di syiling. Kenapa Tuan Hj?: Bila tidoq, langut ataih, nampak Abuya. Ditulis sajak, luahan hatinya terhadap Abuya. Sentiasa hadiahkan surah Al Fatihah kepada Abuya… Dia dah pergi dulu. Aku tak tau bila? Adakah matiku di dalam rahmat jemaah atau di luar. Na’auzubillah. Kalau mati di luar jemaah, tanpa mursyid, siapalah yang akan membela kita… Yang akan bela kita amalan kita, amalan paling utama adalah solat. Sembahyang kita yang tanpa membawa rasa itu boleh membela kita? Atau sembahyang yang sangat lalai dan biadap terhadap Tuhan di majlisNya itu layak membela kita? Moga-moga mencintai mursyid Allah nilai sebagai amalan, untuk mensyafaatkan kita.

 

Kata Yusri Sabah, sekarang ni cuaca panas betul di sini… air susah, pokok getah pun kurang susu. Ceritanya yang menziarahi ibunya di Papar. Ya aku faham, teringat ketika tolong abah mangkit susu getah di kebun Temiang. Musim panas. Daun gugur. Selalu kutip susu getah, pergi pokok demi pokok di bawah redup daun-daun getah. Bila musim panas, daun gugur. Aduh panasnya. Getahnya kurang pulak tu. Likat dan melekit-lekit. Terasa perit. Tapi alhamdulillah. Dengan duit jualan getah itulah abah tampung kehidupan 11 orang anaknya. Terima kasih abah. Di samping menjual penyapu lidi dan buah kelapa. Serta tapai ubi. Jasa abah dan mak akan aku kenang. Menyediakan kehidupan dunia untuk aku, betapa lagi jasa Abuya yang mengenalkan aku dengan Allah dan Rasul.  Tanpa mengenal Allah dan Rasul kita adalah umpama bangkai. Abuya adalah nyawa kita. Hidup mati kita. Begitu juga bonda Ummu yang tak jemu-jemu membantu Abuya, menyampaikan pesanan, nasihat, didikan. Oh, bagaimana akan ku balas jasa semua orang yang berjasa dalam hidup ini.

Tak pe Yus, panas sikit. Di tempat lain ada yang Allah bakar. 60 hutan Texas musnah terbakar. Ada segelintir orang kita yang bangga dengan barat. Di tempat anjang, ada orang bila tanya dari mana? dia jawab USA. Tengok rupa, macam bangsa kita je… USA tu di mana ye? Ulu Sungai Abong. Allah… Ingatkan Amerika Syarikat. Begitu gak, ada kawan di Trengganu kata, sebenarnya Texas tu asalnya terjemahan dari bahasa Melayu iaitu Chukai. Di ambil sempena satu daerah di Terengganu, Chukai (tak tau betul ke dak ejaannya). Hari ini mereka di US yang dikatakan moden itu sedang berhadapan dengan kebangrapan, taufan, kebakaran dan lain-lain. Janji Tuhan sedang berlaku, dipergilir-gilirkan kuasa memegang dunia. Sekali Timur, sekali barat. Farsi timur, Rom barat, Islam timur, eropah dan Amerika barat. Sekarang giliran timur insyaAllah. Orang-orangnya sedang dipersiapkan. Moga-moga kita dilayakkan menjadi pejuang agama akhir zaman. Para Ikhwan yang dirindui oleh baginda Rasulullah saw, yang insyaAllah akan menguasai timur dan barat termasuk Masjid Al Aqsa. ampun maaf.

Ikhwan Homestay, Damascus

09.06am Sep 07, 2011

anjangmuar.wordpress.com

60 hutan Texas musnah terbakar

2011/09/07

 

PEKERJA memeriksa kemusnahan bangunan resort di Killington, Vermont, Amerika Syarikat akibat ribut Irene.

KEBAKARAN hutan Bastrop County Complex antara terburuk di Texas.

Banjir kilat turut ancam timur laut AS

SAN ANTONIO: Sekurang-kurangnya 60 kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Texas semalam, memusnahkan beratus-ratus rumah dan membunuh sekurang-kurangnya dua penduduk. Pihak berkuasa di Gregg County di timur laut Texas berkata seorang wanita berusia 20 tahun dan anak perempuannya berusia 18 bulan terbunuh dalam kejadian kelmarin apabila mereka terperangkap dalam rumah mudah alih yang disambar api.Perkhidmatan perhutanan Texas menganggarkan sejumlah 424 rumah musnah setakat ini, termasuk 300 kebakaran di timur Austin.

Gabenor Texas, Rick Perry yang bertanding sebagai seorang calon presiden Republikan terpaksa memendekkan kempen beliau dan kembali dari South Carolina ke Texas pada Isnin.

“Saya menggesa penduduk Texas mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kita terus menyaksikan kesan kemusnahan akibat kebakaran hutan yang menjejaskan kawasan bandar dan luar bandar negeri ini,” kata Perry dalam kenyataan.

Perry sepatutnya menyertai satu forum yang disiarkan di televisyen bersama calon Republikan lain.

Lebih 1.5 juta hektar kawasan di Texas dilanda kebakaran hutan sejak November berikutan kemarau yang mengakibatkan kerugian lebih $5 bilion dalam industri pertanian negeri itu dan menunjukkan tiada tanda untuk berkurangan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan Perhutanan Texas memberi maklum balas pada Ahad bahawa 63 kebakaran baru menyebabkan kemusnahan kawasan seluas 13,000 hektar termasuk 22 kebakaran baru yang besar.

Pegawai berkata bahawa kebakaran terburuk membabitkan Bastrop County Complex, yang mempunyai keluasan sehingga 26 kilometer.

Pihak berkuasa berkata kebakaran merebak ke bahagian jalan raya yang diharapkan mereka akan menjadi penghalang dan kini sudah mencapai keluasan10,000 hektar.

Sementara itu beberapa negeri di timur laut Amerika, diletakkan di bawah amaran banjir kilat berikutan lebih banyak hujan diramalkan.

Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran banjir kilat tengah hari kelmarin yang akan berlarutan sehingga Selasa bagi kawasan di timur laut termasuk Vermont dan sebahagian New Hampshire, Maine, Massachusetts, Connecticut, Pennsylvania, New York dan New Jersey.

“Ini adalah keadaan yang mungkin berbahaya. Kawasan yang teruk terjejas akibat ribut tropika Irene minggu lalu akan membawa lebih banyak banjir kilat manakala hujan diramal berterusan,” kata jabatan itu melalui laman webnya.

Kawasan paling teruk dilanda Irene termasuk Long Island New York, utara New Jersey dan selatan serta tengah Vermont dijangka mengalami lebih banyak kenaikan paras air sungai. – Reuters

Advertisements

2 thoughts on “***Corat coret hari akhir puasa 6***

  1. Kami doakan semoga segala urusan perjuangan Sy Harun dan kawan2 berjalan lancar di bawah pimpinan RSA…. Dari Pawie Melaka (Asal Parit Bakar Laut Muor…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s