wahai Nur Muhammad! Kayakan Islam dari khazanahmu…

Salam ceria. Di Jumaat pertama Syawal tahun 1432 H ni, nasyid A ni sangat mengetarkan hati sesiapa yang menghayatinya… ‘Tuhan kusedari, kelemahan diri ini, yang tidak istiqamah dalam beribadah. Ramadhan berlalu. Ibadah pun berkurangan. Begitulah diriku yang sering kelalaian…..’ Wali besar je yang mampu menyusun bait-bait seperti ini. Sangat memberi kesan di jiwa. Teringat kata-kata YM Sy Nizam, bila yang menyusunnya wali, yang nasyid pun kena hati wali. Atau berusaha untuk melalui jalan kewalian. Kalau tak, dia tidak akan mampu menerima ujian, sebab ujiannya setahap dengan ungkapan-ungkapan tadi. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin, penghibur-penghibur dan para tabib (dan lain-lain kelebihan) dalam jemaah kebenaran sangat diuji dengan kedudukan dan kelebihan masing-masing. Ia merupakan ujian yang samada boleh memecut dan melonjakkan roh atau mencampakkan kita keluar dari jemaah kebenaran. Atk

Kepada remaja RSA di Syria dan diriku sendiri, akhirnya, kita kena pasrah untuk hanya meminta dengan Tuhan dengan keberkatan Nur Muhammad kerana usaha-usaha lahir untuk dapatkan kewangan ternyata di sekat, bila AS melalui Visa dan Master Card membekukan penggunaan kad mereka di Syria. Kerajaan Syria pula bertindak balas lalu di haramkan perniagaan USD dan Euro Pound. Duit China, Jepun dan Russia je yang boleh digunakan. Sapa yang jadi mangsa? Bisnesman dan mereka yang berurusan kewangan dengan luar negara tapi yang paling teruk terjejas adalah pelajar yang mengharapkan duit dari tanah air. Beberapa hari setelah pengeluaran wang disekat, kelihatan ramai pelajar-pelajar forigner samada dari Afrika dan Asia Tenggara, mundar mandir di banyak cawangan bank dengan wajah tidak ceria. Nak Raya, duit ada, tak boleh keluar. Kalau nak draw duit kena pegi Jordan atau Turki yang belanja pegi baliknya dan me’makan’ 50% dari wang kiriman. Atau keluarga kena hantar melalui Western Union yang juga ‘makan’ banyak. Katanya 10%, kena tolak untuk servis mereka. Sebelum ni, sekali pengeluaran hanya kena tolak dalam RM15. Kalau sampai duit RM300 – RM15, masih ok. Tapi 10% dari RM300, banyak woo. Lepas makan nasi ‘mandi’ dengan kepala kambing. Dah nak jatuh rejim Pak Long niiiii. Ramai yang terzalim.

Apa-apa pun, teruskan bertawassul. Moga segala kesulitan di ganti dengan rasa-rasa takut dengan Tuhan, takut dengan dosa-dosa, dan segala maksiat yang menghijab. ATK. Salam Aidil Fitri, maaf zahir batin.

Ikhwan Homestay Damascus
11.29am, Sep 2, 2011

Kad Visa dibekukan di Syria

Amerika Syarikat telah mengisyaratkan tekanan terus-menerus ke atas Kerajaan Syria dengan menyekat penggunaan ‘ Kad Visa ‘ . Pada hari khamis lalu, AS telah mengumumkan pembekuan kad Visa di mana-mana bank di Syria.

Menurut Agensi Berita Perancis (AFP), pembekuan kad Visa di Syria ini sebagai mematuhi kehendak sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Pembendaharaan Amerika ke atas Syria baru-baru ini.

Selain daripada Kad Visa, kumpulan Master Card menyatakan kesediaan mereka bahawa pihak mereka akan mengikuti langkah yang sama.

Amerika Syarikat mengumumkan dua minggu lalu bahawa ia telah mengenakan sekatan ke atas Bank Perdagangan Syria dan Bank Perdagangan Lubnan dengan mengatakan bahawa Amerika tidak akan terlibat dalam urusniaga komersial atau kewangan dengan entiti.

Pegawai bank di Syria memberitahu bahawa penggunaan Kad Visa di bank Syria atau bank-bank yang mempunyai cawangan di Syria telah berhenti beroperasi semenjak rabu lalu.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Syria mendakwa bahawa tindakan-tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat dan negara-negara barat adalah sebagai ‘protes’ terhadap pendirian Kerajaan Syria dalam mempertahankan negara Iran, Palestin serta Lubnan.

Tambahan lagi, Said Hirsh berpendapat bahawa tekanan Amerika serta barat dalam mengadakan sekatan ekonomi terhadap Syria sebenarnya tidak dapat mempengaruhi ekonomi Syria dengan serta-merta kerana Amerika sedia ada telah menghadkan perdagangan dengan Syria dan saling tidak mempunyai hubungan ekonomi yang baik.

Said Hirsh, seorang pakar ekonomi Timur Tengah berkata lagi bahawa yang dapat melumpuhkan ekonomi Syria adalah orang arab sendiri bukannya sekatan antarabangsa. Beliau berkata 60% daripada eksport Syria pergi kepada negara-negara arab dan sekiranya negara-negara Arab menghentikan perdagangan dengan Syria maka ianya akan menjadi titik utama untuk Syria.

Advertisements

2 thoughts on “wahai Nur Muhammad! Kayakan Islam dari khazanahmu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s