Solahuddin Al Ayubi (part iv)

Qubbatus Sahra' dan Aqsa akan dibebaskan oleh pemimpin berperibadi seperti Solehuddin Al AyubiAbuyalah yang memperkenalkan kamu siapa dia Sultan Solahuddin Al Ayubi...

Salam ceria. Kepada semua remaja yang sangat didoakan. Tadi dapat skype dengan mamat di France. Rasanya baru je jumpa dia di surau GISB Jerash, yang sekarang sudah dibesarkan. ketika tu Mamat tengok video Abuya tentang AM. Tapi sekarang sudah di Eropah, anjang pula di Syria. Ana pun nak balik Malaysia ni, paspot nak abis kata Mamat. Kakaknya ada di situ gak. Selain Syeikh Idriss Pascal yang kelihatan lalu di belakangnya. Satu-satunya MB berbangsa Eropah dalam GISB.   Kenapa dia masih bertahan dalam jemaah Abuya, secara lahirnya kerana dia sanggup datang ke Malaysia setelah perginya Abuya, bertanya dan melihat sendiri jemaah dari dekat. Begitu juga, sanggup ke Mekah untuk memahami sendiri keadaan jemaah di era Haramain. Tidak seperti sebahagian bekas murid Abuya yang hanya menembak dari jauh. mempertikaikan itu dan ini khususnya pengorbanannya dalam jemaah. Konon nak jadi Ikhwan, ikhwan itu dicemburui sahabat. Sedangkan sahabat mengorbankan nyawa untuk Islam, kita korban harta, tak menghilangkan keselesaan hidup pun, tapi mengungkit-ungkit. ATK. Mohon maaf pada Mamat sebab selalu terpanjang bila hantar post.

Ok, kita sambung kisah Solahuddin Al Ayubi. Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuatkan Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Solahuddin yang hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Solahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat.

Tugu Sultan Solehuddin Al Ayubi di Karak, Jordan

Sultan Solahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu sembahyang dan mengerjakannya secara berjamaah. Sepanjang hayatnya baginda tidak pernah terlepas dari mengerjakan sembahyang jemaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap  mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah. Baginda tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Solahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Baginda suka mendengar bacaan Al Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

Solahudin Al Ayubi, adalah orang yang menghidupkan yaitu perayaan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dengan sebutan maulud atau maulid. Baginda sangat yakin dengan keberkatan majlis maulidlah yang menjadi sumber datangnya bantuan Allah Taala dalam perjuangannya. Baginda meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 47 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Imarah Ayyubiyah. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menterinya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Moga Allah merahmati baginda.

Di depan maqam Sultan Solehuddin Al Ayubi di Masjid Umawi, Damascus

ok, Setakat ni je. Ampun maaf. Doakan anjang selamat dunia akhirat.

12.18am, Ogo 29, 2011

Ikhwan Homestay Dimasyq

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s