ORD budak Arqam

Ni bukan nak ORD, nak naik Jabal Arbaien, Damascus.

Salamm akhir Ramadhan. Moga kita selamat dalam ujian kali ini. Maaf, diringkaskan muqaddimah. Post kali ni, cite sikit tentang ORD. ORD tu singkatan dari Operasi Risalah Dakwah. Era Rufaqa’ depa tukar jadi OSSD, Operasi Sains Sosial Dakwah….Nama glamour le tu, hakikatnya jual paper atau majalah iaitu satu cara berdakwah mengajak orang kepada Allah dan syariatNya via medium penulisan. Atau sekarang, jual apa-apa pun secara direct selling. Majalah, cd, dvd, calendar,stiker, malah team OSSD Cikgu Suhaimi pernah jual ubat-ubat, balm dan minyak urut. ORD ni antara trade mark Arqam atau bekas Arqam. Pastu baru orang lain tiru termasuk Al Mansuriyuun. Dulu, dengan berserban, jubah, sebelah tangan memegang dalam 50 keping akhbar dan majalah, tangan kanan menghulurkan satu daripadanya: Salamu ‘alaikum Cik, Suratkhabar Islam Cik…. Berjalan dari rumah ke rumah, dari taman ke taman, dari pejabat ke pejabat, dari pasar malam ke deretan kedai-kedai, bus stop, restoran-restoran, terminal bas. Di mana sahaja ada manusia muslim, akan dihulur majalah Islam ini. Ohhh. Pengalaman 1001 hikmah. Sapa yang tak pernah cuba, ruuuuuuugi. Pahit, manis, masam, masin dan bermacam-macam rasa.

Dalam Jemaah dulu ramai tokoh-tokoh terkenal ‘power’ ORD ni. Antaranya Sy Kadir. Semua tau, power dalam ORD. Masa aku di SP dulu, Us Zaimus antara yang mantap ORD. Aku biasa ikut. Cekap menyusun orang dan tempat. Malam-malam berkumpul kira duit selepas solat, fuuuh ribu-ribu. Sambil menunggu nasi masak guna periuk letrik. Cucuk kat soket surau. Lauk beli kat mana-mana kedai atau pasar malam. Pastu solat Us Zaimus yang paling aku ingat, banyak angin sangat…. Brrrrrr… burrrrr…burrrrr. Kalau balik kampung dari Bt Hampar Perak ke Muar, mesti lalu kat Hentian Puduraya, situ korang boleh jumpa (dulu la, sekarang dah jadi tabib) Us Rashid ‘Yakin’. Berjalan hujung ke pangkal, sambil membawa majalah dan akhbar. Mengucap salam, menegur sapa, menghulurkan paper, mengambil duit dan serahkan baki. Sentiasa tersenyum mesra dengan ikatan serbannya yang sedikit terangkat menampakkan sebahagian kecil rambut di dahinya masih lagi dalam ingatanku. Kadang-kadang  Nampak dia berbual lama dengan pembeli, kadang-kadang macam berhujah. Antara tokoh ORD gak, jangan lupa Pak Cik Dolah. Accident sampai patah berapa, aku pun lupa tapi tetap gigih menyampaikan risalah. Antara yang terlibat accident tu member baik aku, Busu Limat. Mujur panjang umur. Che Dollah ni, ORD sampai selalu tak balik rumah. Isteri pertama sangka dia ke rumah isteri ke 2. Isteri ke 2 sangka dia di rumah isteri pertama. Rupa-rupanya dia di ‘rumah’ isteri ke 3….pegi ORD. Masa era Rufaqa’ pernah ORD ke JB. Naik motor dari BCH, sedangkan beliau dah berumur. Power Che Dollah. Ramai lagi yang power-power. Maaf kalau tak disebut di sini.

Yayasan Arqam dulu ORD program wajib.Bulan Posa pun wajib. Macam-macam orang kata. Ekplotasi tenaga pelajar la. Budak-budak tak belajar la. Pemimpin bermewah dengan titik peluh pelajar. Salah guna pelajar. Masa tu masyarakat tak boleh terima ada program ko kurikulum berbentuk berniaga. Sekarang ok je, Nampak sangat Abuya mendahului pemikiran masyarakatnya. Sebab masa tu, kalau minta senaraikan 5 cita-cita, selalunya yang disebut: doctor, pensyarah, peguam, tentera dan guru atau yang se’waktu’ dengannya. Pendek kata, semua keja makan gaji. Kata Abuya, kalau disenaraikan kerja sebanyak 20 pilihan, Abuya akan letakkan kerja makan gaji di no 20. Ya, Abuya juga guru sekolah tapi diawal kerjanya, gaji pun tak amik. Pastu, di alam perjuangan… habis gajinya diserahkan pada perjuangan. Sebab itu Abuya Berjaya menyuburkan jiwa perjuangan ahlinya yang makan gaji sanggup berkorban demi Islam. ORD… penuh dengan latihan jiwa, akal dan fizikal. Masyarakat subsidi dan makan gaji, mana mampu menjangkau apa yang Allah ilhamkan pada orangNya. Masyarakat dilambakkan dengan ribuan graduan yang tak pandai kerja kerana hanya bergantung pada sekeping sijil tanpa pengalaman.

Biasanya kami keluar ORD lepas zohor hari Khamis atau asar atau kadang-kadang malam Jumaat. Hujung bulan, masa orang dapat gaji. Lepas solat Zohor, seorang ketua usrah akan bacakan nama-nama yang akan keluar ORD. Masa tu macam-macam perasaan ada. Yang suka keluar, dah lama tak keluar…fuuh rasa lega, best dapat ORD seminggu. Merancang macam-macam nak beli barang, itu dan ini kalau orang beri sumbangan. Yang jenis malas keluar, merancang gak… merancang macam mana nak mengelak. Demam la, sakit la, menyorok di hutan atau dalam kelas la. Tak ramai yang betul-betul keluar demi menyampaikan risalah.  بلغ عني ولو آية. Anjang masuk golongan mana? Hehehe… rahsia. Kalau beritau kantoi….

Nasib la, ada yang kena naik van abg Azwan al Baluni. Ada yang dengan abg Syihabuddin. Atau Us Kamaruzaman… ada juga dengan Us Zainal Kulim. Ada yang dengan Wajid (sekarang kalau tak silap staf Sy Farul). Masing-masing bawa beberapa helai pakaian dengan beg galas. Menaiki van, bersama perasaan yang bercampur baur. Nasib la, kalau ustaz-ustaz yang membawa tu kaki ceramah, hah kau terimalah kuliah demi kuliah. Kita pergi ni berjuang. Menyampaikan mesej Jemaah pada masyarakat. Kita beruntung, tak macam sahabt-sahabat yang ditentang kaumnya. Paling teruk pun orang tak buka pintu. Orang marah. Orang tak nak beli. Tapi ramai yang beli,  ada yang beri sumbangan duit. Ada yang ajak makan. Tak teruk macam sahabat Rasulullah saw. Dan macam-macam tajuk ceramah untuk memberi semangat… Hehehe. Kalau yang jenis suka jaga kebajikan, dia beri makan sedap-sedap. Ada yang suka bawa rehlah selepas ORD. Mandi pantai Teluk Batik, Segari atau …..

Saat paling mendebarkan ialah bila sampai lokasi, haa… sini enta berdua turun! Nak mula turun tu yang teruji… Tapi masih boleh maintain. Paling teruji bila nak mula menghulur akhbar dan majalah. Dah dengar ceramah, dah jual paper bukan sekali dua, tapi nak mula hulur punyalah berat. Malu, takut, apa reaksi dia, kalau dia tak nak macam mana? Kalau dia marah. Aduh, punyalah banyak songeh setan membisik, nafsu merayu. Akhirnya ada yang Us Zainal suruh turun di surau taman, nanti petang amik di surau tu jugak. Dari pagi ke petang dia bantai membuta di surau, tak jual langsung sebab tak berjaya melepasi perasaan pertama. Perasaan malu, takut, malas ketika mula mengedar…

Tapi saat yang mengembirakan akan tiba juga, bila? Bila orang pertama membeli majalah. Ertinya dia hampir pasti mendapat didikan, pengajaran, ilmu dll mudah-mudahan hidayah dan taufik untuk terus dalam kebenaran. Haah.. itu teorinya, sebenarnya seronok kerana, ada juga orang yang nak beli. Cemas tak de yang nak beli, lebih-lebih lagi kalau dalam bulan itu ada konterversi tentang Jemaah Arqam. Bila ada yang mula beli…. Fuuh lega. Kalau dia beli semua jenis majalah dan paper laaaaagi seronok. Lagilah kalau dia beri sumbangan. Kesian adik penat jalan, baki tu amik la. Barang laku, duit dapat, beban kurang. Korang ingat ringan ke? Anjang pernah, seminggu pegi ORD, tak dan balik. Bila buang air besar, ada sesuatu tak kena di dubur. Jalan tak selesa. Rupanya kena buasir. Aduh ujian. Satu bundle tu tak le berat sangat bagi orang yang badan taf macam Anam atau Ramli. Anjang ni kecik. Tapi tak de hal, jumpa Dr Kadiri, dengan homeopaty pendulumnya, settle.

 Budak-budak Arqam ni, bab ORD ada yang expert di pejabat, ada yang pakar di pasar malam, ada yang mahir di taman-taman. Ada yang all rounder, mana letak pun tak mengecewakan. Yang pejabat tu selalunya licik, pengawal tak beri masuk ikut lift, dia guna tangga. Pengawal tanya nak apa, direct selling tak boleh, dia kata nak jumpa pak menakan. Kadang-kadang seorang sembang dengan pengawal, seorang lagi menyelinap masuk. Masuk pejabat tak cakap banyak, letak paper dan majalah 1 set setiap meja, kalau ada 10 staf, letak kat setiap 10 meja tu…pastu patah balik, kutip duit. Yang nak beli amik, yang tak nak, tak pe. Selalunya musim gaji, ramai yang amik. Kena cepat, sebab banyak tingkat nak cover, pastu takut member kat bawah habis modal sembang pak cik pengawal. Dah habis ayat nak meng’ayat’kan pak cik tu. Atau ada bos yang anti kita call pengawal.

Pernah anjang ORD kat Balai Polis Bagan Serai kalau tak silap. Masa tu isu kita tengah panas. Lupa isu apa. Polis bahagian SB panggil, tanya pasai apa juai paper sini? Bos panggil. Dia bawak anjang ke bilik mesyuarat. Ada la dalam 6, 7 orang di situ. Ada lelaki dan perempuan. Rasa cuak gak, tapi buat-buat rilek. Aku tak salah, buat apa takut. Dengan serban jubah tu, 5,6 orang tu tanya anjang macam-macam. Masa tu umur anjang 17tahun. Alhamdulillah boleh jawab spontan. Berkat Abuya. Dah akhir, ada yang tanya, ko ni asal mana? Anjang kata: Muar. Seorang SB tu toleh pada kawan dia, huh… orang kampung ko ni Muor. Akhirnya Abuya menang sebab beberapa orang mereka beli ‘barang dagangan’ yang dibawa. Memang ORD ni, Abuya hadiahkan kita boleh jawab spontan. Ada budak kita OSSD, dia tiru Abuya sujud agak panjang. Seorang pak cik tak puas hati lalu menegurnya, minta dia nas quran atau hadis mengapa sujud panjang. Budak ni spontan minta pak cik tu beri nas quran atau hadis mengapa sujud pendek. Hehehe. Pak Cik tu bungkam, masam muka dan pegi. Dia pun tak de nas.

ORD kat pasar malam pun best gak. Bila kita hulur majalah, peniaga tu kata tengah sibuk ni dik, orang ramai ni. Ok tak pe… masa tu kat Pasar Malam Taiping, tak jauh dari masjid. Anjang balik ke masjid, agak-agak dekat pukul 10, orang dah kemas gerai. Masing-masing nak balik. Tengah kira duit. Anjang muncul, jeng-jeng-jeng. Taka da alas an lagi, pelanggan dah tak ramai, duit cash banyak di tangan. Mau tak mau kena beli secara paksarela kat budak Arqam yang seorang nie. Hehe.

Abuya Bapa Pendidik

Yang paling tak mencabar, jual di taman-taman, kampung ke kampung. Jenuh beri salam. Dari jauh ada, bila sampai rumah, sonyap je, macam tak berpenghuni. Kat kampung Manjoi tu, nak gelak pun ada, anjang beri salam kat pintu belakang, member beri salam kat pintu depan. Jenuh mak cik tu nak jawab. Tapi bab buka posa di masjid dan surau kampung dan taman, fuuuh menyelerakan. Kat Kelantan, cemas kita dibuatnya. Anak dara mandi di telaga tepi rumah, naik bang naik bang (dalam slang Kelantan) romah tak de orang. Hai, tak ada orang, suruh naik. Nak suruh tunggu dia siap mandi. Bahaya. Cabut. Pastu harga majalah 3 amah. Menatang apa amah tu, ingatkan pembantu rumah. Kat Negeri Sembilan, dia tanya berapa hadiahnya. Kita nak jual, dia tanya hadiah. Poneng eden. Kat Johor, di kampung-kampung susah laku. Orang Johor ingat mereka dah alim, tu yang tak nak beli agaknya. Mentang-mentang sekolah agama. Kata Us Aziz Bachuk, sekolah petang, masa belajar tidur, masa periksa meniru. Hehe.

Ish-ish, banyak lagi kalau nak cite. Kena kejar anjing di Sitiawan. Kena marah pakai serban besar di Kelantan. Jual paper paling boring dengan Zul Panjang. Dan macam-macam lagi. Terima kasih Abuya memberi peluang belajar mengenal masyarakat. Walaupun masa tu remaja. Bukan kukuh sangat pun cita-cita, tapi dapat mengenal hamper semua golongan masyarakat. Kaya dan miskin, tua dan muda, lelaki dan wanita, orang bandar dan orang kampung, si jahil dan ulamanya, korperat dan pegawai kerajaan. Mengenal aliran politik mereka, mana yang PAS, UMNO, Tabligh, ABIM dll. Mengenal manusia begini, tidak disebut dalam kitab. Kena terjun. Hasil dakwah Abuya ini, ramai yang berubah menjaga syariat. Perempuannya dah mula bertudung, menutup aurat. Anak-anak dah pandai baca doa makan. Menghormati ibu bapa. Ibu bapa dah cuba mencari makanan halal, mengelakkan riba. Fardhu Ain dah mula diambil berat di tengah masyarakat. Nikah kahwin dah semakin islamik. Dan lain-lain lagi.

Kesannya pada budak-budak Arqam pulak, yang sebulan sekali keluar dari hutan-hutan (sebab banyak yayasan di tengah hutan),jadi pandai menyesuaikan diri bila bermasyarakat. Dengan akhlak dan manis tutur kata, mereka menambah simpati perjuangan di tengah masyarakat Malaysia. Ini bukan menyalahgunakan tenaga pelajar, tetapi inilah didikan yang sebenar. Ajar dan didik di pusat-pusat pembangunan akal dan rohani, kemudian test mereka di tengah kehidupan. Mampu tak jujur dengan duit? Mampu tak jaga mata dan syariat lahir? Bersungguh-sungguh tak berjuang? Bukan bercakap aje. Tahan lasak tak dengan cerca hina dari orang ramai? Berani tak mempertahankan kebenaran.

Oh… ORD sebenarnya satu kursus yang sangat mahal nilainya dan Abuya beri pada pelajar Al Arqam secara percuma. Ramai yang pandai berniaga hasil latihan dan keberkatan Abuya, tapi hari ini baru kaya sedikit dah memusuhi dan mengata Abuya lebih dari orang yang tak pernah jumpa Abuya. Sebenarnya banyak anjing yang pandai berterima kasih pada orang yang berjasa padanya. Kecuali seekor je iaitu ‘anjing yang tersepit’ dalam peribahasa melayu. Tapi manusia……

Ikhwan Homestay Damascus, Syria

11.27pm, Ogo 22, 2011

Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

5 thoughts on “ORD budak Arqam

  1. ”……….Terima kasih Abuya memberi peluang belajar mengenal masyarakat. Walaupun masa tu remaja. Bukan kukuh sangat pun cita-cita, tapi dapat mengenal hamper semua golongan masyarakat. Kaya dan miskin, tua dan muda, lelaki dan wanita, orang bandar dan orang kampung, si jahil dan ulamanya, korperat dan pegawai kerajaan. Mengenal aliran politik mereka, mana yang PAS, UMNO, Tabligh, ABIM dll. Mengenal manusia begini, tidak disebut dalam kitab. Kena terjun. Hasil dakwah Abuya ini, ramai yang berubah menjaga syariat. Perempuannya dah mula bertudung, menutup aurat. Anak-anak dah pandai baca doa makan. Menghormati ibu bapa…..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s