Al Arqam jemaah olok-olok

***Al Arqam Jemaah olok-olok***
Salam ceria. Pertama-tama anjang nak mohon maaf atas segala salah silap pada semua pembaca, mudah-mudahan di era penapisan yang ketat ini, semua kita diselamatkan. Sebenarnya mood nak menulis sangat kurang bila mengenangkan diri yang tidak selamat. Tidak kuat hati dengan RSA. Tak kuat berkorban. Sifat-sifat munafik masih banyak pada diri. Sisi gelap yang RSA sangat tahu, menjadi penghijab kepada kemenangan yang akan berlaku. Cara hidup ikhwan yang dipraktiskan Abuya belum benar-benar menjadi pakaian diri dari semua segi; Keyakinan, ibadah, akhlak, syariat, perjuangan dan pengorbanan. RSA tolonglah kami membaiki diri di hujung bulan Ramadhan yang mulia ini.

Anjang tulis tentang Arqam dalam post yang lepas sebagai catatan peribadi sahaja, juga untuk dikongsi dengan para remaja yang tak sempat merasakan suasana itu. Bukan untuk kembali ke era yang telah berlalu. Tidak sama sekali. Sehebat-hebat era Arqam, Cikgu Mohd Rejab mengatakan kepada anaknya di dalam mimpi, (ketika itu Cikgu Mohd Rejab telah kembali menemui Tuhan) mereka yang meninggal dunia dalam perjuangan di era Rufaqa’ lebih tinggi darjat dari yang meninggal dunia dalam perjuangan di era Arqam. Kalau korang tak percaya, tanyalah pada Kak Long Rubaizah. Aku percaya je… Sebab aku
dengar dengan telinga aku sendiri,

Abuya kata; ‘Jemaah Al Arqam ni Jemaah olok-olok.’ Bior betul? Olok-olok?!! Dah ada 40 kampung, bermacam-macam bisnes, akhbar, majalah dan audio video (research tentangnya sahaja orang boleh dapat Phd) sampai mengancam Pusat Islam dan kerajaan, itu baru Jemaah olok-olok? Tapi ni, Abuya yang cakap. Dia yang mengasaskan Jemaah ini. Betul le sangaaaat. Percaya je la. Abuya kata, olok-olok kerana dengan Jemaah Arqamlah Abuya kumpul-kumpul orang, nak kenal-kenal orang untuk dijadikan orangnya. Penapisan terbesar bila pengharaman berlaku, 2/3 pergi membawa haluan masing-masing. Tinggal 1/3 sahaja yang sanggup bersama Abuya.

Sehari setelah pemergian Abuya, aku naik Alphad Syh Nizam, antara ungkapannya yang masih aku ingat ialah, Jemaah kebenaran ni, bila nak menang ahlinya semakin sikit. Seperti tentera Tholut. Kalau ramai macam ni tak akan berlaku kemenangan. Akan ada penapisan lagi setelah ini. Malam itu memang ramai orang di BCH kerana ada konsert.
Tetapi rasanya, inilah masa ujian paling getir. Bila setiap orang dibongkar. Allahummastur ‘uyubana ya Sattaral ‘uyub. Setiap orang kena memikirkan dirinya sendiri. Apakah aku selamat? Tak ubah macam hari kiamat, dalam surah ‘abasa Allah sebut: ‘Pada hari itu larilah manusia dari saudaranya, dan dari ibunya dan bapanya. Dan dari isterinya dan anak-anaknya. Bagi setiap orang diantara mereka pada hari itu, ada urusan yang mencukupinya. Ada muka pada hari itu yang berseri-seri. Ketawa gembira. Dan ada pula muka pada hari itu, di atasnya ada debu. Ditutupi dengan warna hitam. Mereka itulah orang-orang kafir lagi berdosa. (34-42)

Dalam olok-olok tu, aku rasa Jemaah tu dah hebat sangat. Sebab aku sempat merantau ke Mesir, Jordan, Pakistan, Iran, Turki dan Saudi Arabia sebelum pengharaman, dapat melihat berbagai bentuk dan gaya perjuangan Islam di semua tempat tersebut tetapi tak sama dengan apa yang Abuya buat. Di Mesir dengan Ikhwan Musliminnya, Jemaah-jemaah tareqat sufinya. Di Jordan ada Ikhwan Muslimin. Gerakan Hamas Palestin pun banyak bergerak di sana. Aku sempat semajlis dengan Khalid Mas’al di rumah Dr Ali Faqir. Di Pakistan, ada Jamiat Islami, Jemaah sufi Brilwi, kumpulan Deoubandi dan jangan lupa Jemaah Tabligh. Toliban pun ada, Mujahidin Kashmir pun ada. Kat Pakistan ni semua ada. Syiah Bori ada. Ahmadiyah ada. Kata Dr Zai, saki baki orang Farsi penyembah api pun ada. Fuuh, Pakistan, the real democratic country. Di Turki ada Refah. Di Saudi ada banyak grup tarekat yang berkumpul secara sembunyi-sembunyi. Semua tu, kalau korang kaji…. Tak payah kaji la… buat habis masa je, memang tak akan sama dengan Jemaah Abuya. Kesyumulan Islam boleh difahami dengan mudah melalui apa yang dipraktikkan dalam Jemaah Abuya. Zahir dan rohaniah.

Secara lahir, Jemaah Abuya menuju untuk membenarkan hadis Islam akan menguasai dunia semula di akhir zaman bermula dengan sebuah daulah Islamiyah di Timur. Secara rohaninya, Abuya membawa hati dan roh ini menuju Allah. Bermula dengan merindui Rasulullah saw. Tanpa pertolongan Rasulullah saw, ketua segala doktor rohani kita tidak akan berjaya mencabut segala mazmumah dan selamat dari api neraka. Dengan mazmumah yang masih ada, kita tidak akan dapat mencintai Allah. Ia tidak terpisah. Ruh yang suci sahaja mampu meggalas perjuangan suci ini. Suci dari mazmumah dan nafsu yang jahat. Takkan Tuhan nak takhtakan agamaNya yang suci dari pejuang-pejuang yang kotor. Wahai Rasulullah, dada kami penuh dengan sombong dan bangga diri, tolong wahai Doktor rohani, jangan biarkan kami menjadi ahli neraka, selamatkan kami. Layakkan kami menjadi pejuang agama ini. Menjadi Ikhwan atau ‘asoib.

Ok, setakat ini je la corat coret anjang kali ini. Dapat YM (yahoo messenger) dari Sy Zul, semalam Duta Besar Malaysia ke Jordan dengan semua stafnya, keluarga mereka, termasuk setiausahanya, seorang berbangsa Cina kristian seramai 25 orang berbuka di Mat’am Abuya di Jerash. Terima kasih Abuya. Mereka di sana dan berterawih serta bertazkirah di surau Ikhwan.

Di Syria ni, keadaan semakin gawat. Semalam pelajar-pelajar puteri singgah ke homestay untuk solat Asar setelah menziarahi maqam dan masjid Umawi. Untuk keselesaan mereka, aku keluar dari rumah. Seelok aku keluar pintu besi bangunan flat homestay, aku terserempak dengan lebih dari 10 orang anggota keselamatan dengan pistol automatic dan AK14, penuh di lorong itu menuju jalan keluar. Aku pasti di sebelah jalan luar, lebih ramai lagi. Mereka nampaknya sedang memburu seseorang. Semuanya berpakaian preman. Beberapa orang dari mereka yang sedang bersedia dengan pistol di tangan melihat ke arahku penuh prejudis. Melihatkan keadaan yang agak kelam kabut itu, aku berundur semula ke homestay kerana apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Atk. Suasana begini susah nak keluar dengan aman. Ditambah dengan BB yang tak boleh diguna, rasa teruji. Atk. Bila BB tak boleh guna ni, terpaksalah kembali gunakan ym dengan program SH Messenger via Nokia C5 hadiah dari Ibu Ina, isteri Us En Lan Ukur. (terima kasih banyak) BB Torch 9800 kembali menganggur……

Ikhwan Homestay Damascus, Syria
5.02pm, Ogo 21, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s