***Pengalaman orang***

Selamat Bertugas di Jordan

Salam ceria. Apa kabo korang semua? anjang ok je, cuma dah 4 hari tak ada bb di Damsyik ni,tak semangat nak menulis. Memang khidmat BB tiada di Syria oleh kerana dasar BB yang tidakditerima oleh Syria, yang mana semua kita tahu, sesama pelanggan BB boleh berhubung tanpadi’kacau’ oleh pihak ketiga.Kalau berganti regim je rasanya baru BB boleh beroperasi di sini.Tapi dengan berkat RSA, baru-baru ni anjang guna sim kad Jordan dan wi fi Syria, boleh pulaber BB. Alhamdulillah. Tapi, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di musim soifi. Sekarang dah tak boleh semula.Bukan sahaja BB tak boleh, nak surf  internet pun tak dapat.

Tanpa sedar, masa sangat cepat belalu. Sedar-sedar kita dah dekat sepuluh terakhir bulan Ramadhan.Pejam celik, pejam celik, Syh Isnil dah berumur 40 tahun. Syh Azri dah balik Malaysia. Syh Zul dah pindah Jordan.Pagi tadi sempat la adakan program wida’ dengan Syh Zul. Beberapa ucapan menarik anak-anak di Syria anjang rakamkan di sini untuk pengajaran kita bersama. Mujahid kata, berpindahnya Syh Zul dari sini, kita terpaksa berpisah dengan seorang pemimpin yang Abuya lantik yang banyak kebaikan. Ana perhatikan kata Mujahid, Syh Zul ada 5 sifat pemimpin yang Abuya sebut iaitu: sifat pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan. Sanggup tidur baring dengan pelajar berbulan-bulan lamanya. Tinggalkan isteri dan anak-anaknya di Malaysia. Menyampaikan kuliah, menyusun, mengatur, menyelesaikan masalah, bergaul mesra dengan semua pelajar. Kita beruntung kerana kasih sayang Abuya menghantar pemimpin sepertinya. Tapi sekarang beliau mendapat tugasan baru. Marilah kita doa mendoakan sesama kita.

Berbuka Bersama

Ust Hafiz kata, antara yang dikesalkan ialah tidak bersungguh-sungguh memanfaatkan keberadaan Syh Zul di Syria. Ye la, Syh Zul ni pandai memasak. Cuma dia tak nak tunjuk-tunjuk pandai memasak. Kita le kena belajar memasak dengannya. Ahli keluarganya bisnes restoran. Zaman Arqam dulu dia terkenal dengan nama Zul Mini. Mula-mula aku pun tak faham, kenapa Zul Mini. Aku tengok orangnya besar je. Tak le mini macam aku ni. Selepas ke Temerloh dan lihat sendiri Mini Restoran ayahnya, barulah aku faham.Masa Jemaah mula buka restoran di Haiyu Tsamin Cairo, Syh Zul la antara tenaga penting.Aku tengok dia masak macam simple je, macam main campak-campak je. Tapi jadi. Sedap. Baru ni, air tangannya dalam buat sup gear box di sini… Fuuuh, terubat hati anak-anak yang dah lamatak balik Malaysia. (terubat hati ke terubat selera) Itu belum anak-anak manfaatkan pengetahuan bahasa Arabnya, kawalan kewangannya dan lain-lain. Mudah-mudahan pindahnya ke Jordan tak membawa berkat dan rahmat yang dah dicurahkan di sini, kata Hazim.

Tempat wajib ziarah bagi yang bernama Zulkifli

Ya, sebenarnya setiap kita mempunyai pengalaman dan latarbelakang yang berbeza. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu lebih berumur. Kata orang-orang tua, ‘lebih banyak makan garam’. Tambahan lagi kalau banyak merantau. Peribahasa Melayu mengatakan ‘Jauh berjalan, luas pandangan’. Jadi kalau nak cepat pandai kena tawadhu’, belajar dengan semua orang. Syh Farul pernah pesan, kalau nak cepat cerdik, belajar dengan BUJ, tapi kena tahan telinga. Contohnya, Sauban yang berada di Syria sekarang, backgroundnya lebih kepada bidang-bidang seni. Oleh itu bila assigmnt Tv RSA belum bermula di sini diamanahkan padanya, teserlah pengalamannya. anjang tak tau macam mana nak olahkan kamera yang di sewa untuk shooting. Tapi Sauban ni, ada je idea dia gunakan besi pemberat dan kereta sorong budak. hehehe. Mudah-mudahan semua yang Sauban dan Rifaah buat tanpa terputus hatinya dengan A, moga ada rohnya. Begitu juga Us Hafiz, amat mahir mendeklamasikan sajak, patut dimanfaatkan. Dulu abangnya Zubir, terkenal komersial suara dalam tak tau di mana dia sekarang. Bab-bab perhubungan dan travel pun sangat dikuasai oleh Us Hafiz berkat Abuya. Mudah-mudahan ada pelapisnya. Dulu Alun banyak membantu, tapi bila dah pindah ke Jordan. Aku belum nampak pembantunya.

Apa kurangnya dengan pengalaman Syh Azri yang berkunjung ke Syria baru-baru ini? Banyak pengalamannya yang seronok dikongsi sebagai panduan. Antara peribadi yang seronok didampingi. Asalnya orang kampung, dari Kajang.Musim cuti sekolah pergi rumah bapa saudara.Bergaul dengan sepupu-sepupunya. Lagilah bapa saudaranya adalah yang paling tua dan dominin dalam masyarakat etnik Minang. Dia sepupu abang Aris SP dan Syh Ramlan Kajang. Bila, suatu hari di lihat abang Aris keluar dari bilik dengan berjubah serban putih, menangis, baru dia tau, abang Aris dah masuk dakwah. (masa tu masuk Arqam di sebut masuk dakwah). Rupa-rupanya kekuatan yang Abuya bekalkan pada Abg Aris bukan mengubah dirinya sahaja malah satu kampung berubah. Maka antara yang berubah itu ialah Syh Azri. Dari berjinak-jinak, hingga jadi pendengar setia Fardhu Ain SP. Zaman Arqam, Sy Azri sangat ingin bertemu Abuya tapi Allah belum izinkan. Pernah suatu ketika, dia ikut rombongan untuk bertemu Abuya di Bangkok, setelah bersusah payah untuk sampai ke Bangkok, Tuhan uji. Sampai-sampai je, dapat info Abuya dan rombongan baru sahaja bertolak ke Chengmai. Ujiiaaan.Malah walaupun dah berserban jubbah dan istiqamah ikut program, masih lagi taraf simpati.

Hinggalah dia bekerjaya di bidang yang berkaitan projek pembangunan yang memberinya peluang mengikuti rombongan PM ketika itu, Tun Mahathir mencari pelabur di luar negara. Tapi kuat hatinya dengan Abuya, bila dengar Abuya di musuhi oleh anak-anak murid Abuya sendiri, dia diberi rasa membenci golongan tersebut. Bila dengar Abuya akan di bawa pulang dengan kapal terbang, dia tunggu di Air port. Akhirnya bertemu ‘jodoh’, bila cuba membawa kawan-kawannya bertemu Abuya untuk membuat pinjaman kewangan memulakan bisnes di era Rufaqa’, akhirnya mengubah dirinya untuk berniaga dengan Allah. Tinggalkan dunia korporat, (walaupun masih memakai pakaian jenama spark man, beg pierre cardin)dia nekad sepenuh masa dengan perjuangan RSA. Dari dunia kontraktor yang penuh dengan bayangan keuntungan-keuntungan projek berjuta-juta RM. Bermain golf, berkereta mewah dia melalui perubahan menjadi pejuang full time, meneroka dunia rohani, mensucikan dan meningkatkannya. Meng’roh’kan solat, puasa, amal ibadah dan perjuangan. Lalu dalam masa yang sama, mengembara ke seluruh Malaysia, Indonesia, mewakili pemimpin ke Australia, Jordan dan Syria. Semasa di dunia korporat, aku tak pasti berapa kali dia ke Mekah, tapi yang pastinya setelah bersama Abuya ni dah beberapa kali ke Haramain…mudah-mudahan Sy Azri tidak lupa pengalamannya di Jordan dan Syria, khususnya berpuasa dalam musim panas di Syria ni… Dengan izin A, kita akan bertemu lagi, insyaAllah.

Ok…itu sahaja post kali ni, maaf kalau anti climax sebab anjang tak tau sangat berita di Malaysia sejak beberapa hari ni. Cuma nak tanya, kalau begitu sekali Syh Azri menyahut seruan Abuya untuk sepenuh masa, itulah juga yang kita janji dengan Tuhan dalam doa iftitah… sepenuh masa dengan Tuhan. korang macam mana? Nak jadi pejuang ke nak jadi pekerja? Nak jadi ikhwan ke, sekadar kuli amik upah jual air soya, ayam goreng, serunding, kuih raya, di bazar Ramadhan. Kumpul duit untuk hari raya yang sudah sangat pasti kita bukan orang yang layak merayakannya. Ampun maaf. Atk.

 

Ikhwan Homestay, Damascus, Syria.

3.20pm Ogo 18, 2011

Anjangmuor.wordpress.com

 

Advertisements

One thought on “***Pengalaman orang***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s