…Aku dan Poligami…

*** Aku dan poligami -i-***

Salam ceria. Salam Ramadhan untuk remaja-remaja buah hati RSA. Remaja yang sentiasa cuba mengingati Abuya untuk

al ula was thaniah

dapat puasa roh. Siapa dapat menghayati Abuya, puasanya meningkat. Puasanya bertaraf puasa roh. Abuya bantulah kami mengingatimu. كن مع الله فإن لم تكن مع الله، كن مع من كان مع الله فإنه يوصلك إلى الله.
Hendaklah kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak mampu bersama Allah, hendaklah kamu bersama sesiapa yang sentiasa bersama Allah, maka sesungguhnya dia akan menghubungkan kamu kepada Allah. Atk.

Tadi tengok Tv RSA, Sy Zailan dan Abang Adam di kandang Kambing Waman. Ada dialog: ‘Kambing pun poligami’. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Masa anjang kecik, 1977-1982 sekolah rendah di SK Simpang Jeram, Bakri. Petang sekolah agama. Atau orang Johor kata, sekolah petang. Masa tu gi sekolah naik basikal, kadang-kadang jalan kaki. Naik basikal sekali sekala ikut simpang empat Kg Tengah, atau lalu tepi kelapa sawit Dato Osman, dekat rumah Embah Surip, rumah Lek Anan ikut Sg Abong. Di kelas anjang ada budak perempuan namanya Zainab. Ayahnya Cikgu Jami’an. Berpoligami, rumah kedua isteri bersebelahan. Kat jalan Sg Abong tu lah. Di sekolah petang, Cikgu Husin dan Cikgu Magrib yang ajar. Guru besarnya Cikgu Misbah. Ketika tu guru sekolah agama disebut cikgu, istilah ustaz ni rasanya orang Arqam yang bawak. Cikgu-cikgu Sekolah agama kata, orang Islam boleh beristeri empat. Waktu tu tak pernah dengar orang sebut perkataan poligami. Pastu, cikgu-cikgu tu kata: ‘Rasulullah bangga dengan umatnya yang ramai.’ Anjang yang baru 9-10 tahun dah pasang niat. Nak beristeri 4. Nak anak ramai. Kalau abah anak 11, anjang nak lebih. Tak padan yang kecik. Badan anjang memang kecik dibanding rakan sebaya. Nape korang gelak? Normal le tu. Seorang lelaki normal sebenarnya memang perlukan dan suka ramai isteri serta seronok dengan ramai anak. Lagilah kita umat Rasulullah saw. Senyum-senyum tak pe. Kita kena ada cita-cita. Cita-cita nak ikut sunnah. Nak jadikan Rasul bangga. Tapi terfikir gak, boleh ke? Cikgu-cikgu yang cakap tu pun monogami je. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Di usia remaja, abang Akub yang dah kena angin dakwah masa kerja di Mindef, selalu hantar akhbar dan majalah Arqam ke kampung. Majalah Al Munir, Al Mukminah banyak le anjang baca. Selain gambar Abuya, ada cover majalah menceritakan pemimpin-pemimpin seperti Sy Cikgu Rahman dan Sy Abdul Rahim Pfordten. Anjang ingat, oleh kerana minat dengan ustaz-ustaz Arqam, pernah suatu hari Cikgu Subject Lukisan minta lukisan bebas… Anjang pun bebas berkarya. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ korang tau sapa anjang lukis? Gambar orang Jerman berserban jubah, fuuuh hensome habis, sapa dia kalau bukan ayah Rahim Pfordten. Sampai cikgu tanya sapa ni?! Cikgu tu tak pernah tengok Sy Lokman, ‘like father, like son’, cuma sekarang dah ‘nashaan syuwaiya’ Pendek cerita, akhirnya setelah masuk pertandingan ceramah di High School tiru ceramah Abuya, dapat le no 2, abang Akub bawa ikut Kursus Kefahaman Islam di Sungai Penchala 1985.

Abuya di era Arqam

Masa tu datang dengan kesedaran. Hendakkan Islam. Islam cara Abuya. Islam yang paling tepat. Bukan politik, bukan pondok dan bukan Islam tradisi. Dapatlah dengar kuliah-kuliah dari pemimpin Arqam. Rasanya masa tu Abuya di Luar Negara. Syh Farul balik kejap, bawa perkembangan di luar negara. Terasa hebat perjuangan Arqam. Sy Rasidi berceramah: izasy syamsu kuwirat….aku tekad ikut terus perjuangan ini. Demi baiki diri. Untuk jadi pejuang akhir zaman. Masa tu tak fikir langsung nak kawin, apa lagi poligami.

Pastu, macam korang tau… Masuk sekolah Arqam. Botak kepala. Pakai serban jubah. Budak Arqam senior pakai serban cantik-cantik, kupiah keras. Kain putih mamak. Kain cotton berjalur biru, hijau atau kuning di hujungnya. Lipat cantik. Bila dah ikat, boleh tanggal, letak dalam bakul, pakai semula. Anjang serban nipis, macam tudung ridak Sy Mustafa Abu Rumman je. Kupiah kait. Sekali ikat, kalau buka, alamat kena ikat semula. Teringin nak beserban macam dia orang, duit tak ada.

Dah le pendek. Opp, sori. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Rendah. (Pendek sensitif) Kurus. Kepala botak. Tangan berkudis. Mata kuyu-kuyu. Macam cina pun ada. Dengan serban jubah pondok, bukan macam Serban berkilat Abuya. Sangat berwibawa. Anjang, tak menarik langsung. Memang tak fikir jodoh. Umur pun baru belasan tahun. Tapi rasanya, tak de sapa nak dengan anjang. Lagilah masa tu orang momokkan. Sekolah Arqam tak de sijil. Tak de masa depan. Buang dunia. Mana nak fikir akan berkahwin, apa lagi poligami. Lagi la masa dok kat dalam hutan di Batu Hampar. Tempat jin bertendang…. Bercinta sangat terlarang. Kalau adapun, yang simpan a’yun. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

as thalisah

Sekali sekala je keluar. Hari Jumaat ke masjid Padang Serai. Naik van Us Zainal. Lagi teruk dari sardin dalam tin. Sebab sardin dah mati, kami ni masih hidup. Kadang-kadang pegi awal, jalan kaki. Sampai masjid tido, sebab awal sangat. Bangun orang dah ketuk tabuh. Kadang-kadang solat Jumaat kat masjid Bt. 26. Kalau nasib baik, Us Zaidun bawa ke Kg Teluk Kepayang. Tapi kena dengar ceramah dia sebelum khutbah. Itula peluang keluar kampung. Atau Us Lah bawa ke Manjung. Naik Sekuter dia. Tak terfikir nak nikah di luar negara. Ke Pantai Remis pun jarang-jarang. Lainlah kawan-kawan yang suka tengok wayang. Konsert rock di Taiping pun sanggup pegi. Anjang tak berani.

Tapi susunan Mursyid itulah yang paling tepat. Perancangan Abuya penuh hikmah. Sampai masanya, anjang dinikahkan dengan susunan jemaah. Berkahwin bukan kepentingan peribadi semata-mata. Ia ada kaitan dengan perancangan perjuangan. Ada kena mengena dengan latihan kepimpinan. Kemudian dipoligamikan. Poligami adalah gelanggang para isteri mendapat Tuhan. Di kala suami tiada di sisi, itulah peluang menambah rindu dengan Allah. Ketika bersama-sama, inilah masa untuk taat setaat-taatnya. Suami pula melalui proses upgred seni-seni kepimpinan. Latihan bertanggung jawab. Maklumlah, setiap isteri mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada mahmudah dan mazmumah yang tak sama. Tahap pendidikan dan umur yang berlainan. Maka sudah tentu ada bermacam-macam karenah yang perlu dihadapi untuk membina keluarga agar selamat dari neraka Tuhan. Agar semua isteri dan anak-anak kuat keyakinan, kemas ibadah, halus akhlak, bertambah takut dan cinta Allah. Hidup sepenuh masa untuk Tuhan. Sanggup sakit, dihina, susah, payah, menderita malah mati untuk Tuhan. Abuyalah yang mendidik, memberitahu poligami adalah senjata melawan yahudi. Manalah kita tahu, kalau tak diberitau. Kalau berjaya membawa keluarga, 1 kelompok kecil kepada Tuhan, moga-moga layak memimpin negara dan dunia.

Alhasil, pernikahan pertama anjang pada tahun 1995 di Amman, Jordan. Pernikahan kedua pada tahun 2003 di Seremban, Negeri Sembilan tapi majlisnya di hotel terbesar dan tercanggih di Brunei Darus Salam. Pernikahan ketiga pula pada tahun ini di Damsyik, Syria. Semuanya adalah kehendak RSA jua. Mudah-mudahan selamat menjadi buah catur RSA, melawan yahudi walaupun dulu kurus, cengkung, berkudis, entah dari ceruk mana… Ok, moga Allah selamatkan diri dari huzuzun nafsi berkat A. Sekadar berkongsi dengan korang supaya semangat macam Dad, Abang, Damah, Faah. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ tak lupa Ikhwan al ghouti.

Ni sedang hantar Sy Azri balik Malaysia, dah sepurnama di luar negara. Jordan dan Syria. Balik ada tugas baru yang penting. Meziarahi isteri-isteri dan anak-anak. Teruskan perjuangan RSA di Malaysia. Cuma ada barang-barang bisnes Anim tak lepas. Hu hu. Hantar power…. Depa nak USD100, mana nak korek?

Damascus International Airport
1.38pm Ogo 14, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

6 thoughts on “…Aku dan Poligami…

  1. Salam tuan.. lum lambat lagi rasanya utk ana ucapkan tahniah dan selamat ber pengantin baru.. hehe.. Moga dgn bertambah nikmat anugerah tuhan, bertambah2 laju lagi lah tuan menulis. Ana ni antara peminat setia, minat membaca jer.. tapi tak reti nak mengarang cerita. Lebih2 lagi nak buat blog cam tuan ni. Teruskanlah berjuang di alam maya…

  2. Wah En Harun sekarang dah ada 3 isterilah ye..betullah x padan dgn kecik. apa pun tahniahlah coretan anda memang menarik.

  3. “Pernikahan ketiga pula pada tahun ini di Damsyik, Syria. Semuanya adalah kehendak RSA jua”. ini petikan daripada apa yang anta tulis diatas sheikh….setahu saya allah yang tentukan jodoh bukan RSA sepertimana yang anta tulis tu..ini persolan aqidah sheikh….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s